Foto : Bernama
Kejadian tembak-menembak kembali tercetus hari ini di kawasan operasi Kg
Tanduo ketika pasukan keselamatan kita meneruskan operasi menggeledah
untuk mencari saki baki kumpulan penceroboh.Laman Utusan Online melaporkan, kejadian berkenaan berlaku pada kira-kira jam 9.15 pagi.
Ia turut melaporkan, pasukan keselamatan turut melepaskan tembakan dari kereta perisai pada jam 8.30 pagi.Sementara itu, pesawat udara tentera juga dilaporkan berlegar di udara pada jam 7.30 pagi di kawasan operasi itu.
Ia turut melaporkan, pasukan keselamatan turut melepaskan tembakan dari kereta perisai pada jam 8.30 pagi.Sementara itu, pesawat udara tentera juga dilaporkan berlegar di udara pada jam 7.30 pagi di kawasan operasi itu.
Kosmo pula melaporkan Pasukan keselamatan mengadakan kepungan di laut dan darat bagi
mengekang kemasukan bekalan makanan dan persenjataan kepada kumpulan
pengganas bersenjata di Sabah.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, pihak keselamatan
turut menangkap pengganas yang cuba masuk dan keluar daripada Kampung
Tanduo serta Tanjung Batu bagi mendapatkan bekalan makanan.
"Kita telah mengadakan kepungan setakat ini, jika mengikut jalan
laut, kita telah mengadakan kerjasama erat dengan pasukan seperti ATM
(Angkatan Tentera Malaysia dan TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia). Kita
telah mengadakan kepungan di lautan dan di darat.
"Saya rasa bekalan makanan itu tidak dapat masuk, kerana banyak juga
cubaan yang kita dapati yang mereka nak masuk dan nak keluar, kita
berjaya menangkap mereka,” katanya ketika ditemu bual menerusi program
Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 yang disiar secara langsung, di sini hari
ini.
Mengenai kumpulan pengganas yang dipercayai menyamar sebagai orang
awam susulan tindakan ofensif pihak keselamatan kelmarin, Hamza berkata,
pihaknya mengadakan kepungan di Kampung Tanjung Batu bagi memastikan
tiada orang awam di situ sebelum serangan dilakukan. – BERNAMA
Dalam perkembangan berkaitan laporan Malaysian Insider menyebut pemimpin militan Agbimuddin Kiram tidak menghubungi rumah dalam masa 24
jam, kata abangnya, lelaki yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu,
Jamalul Kiram III, pagi ini, dikala jet pejuang Malaysia turun sekali
lagi di Sabah untuk mencari pemberontak Sulu.
Siaran televisyen Filipina ABS-CBN News Channel mengatakan pagi ini,
keluarga Kiram semakin bimbang berhubung keselamatan tentera mereka di
Lahad Datu, dimana tentera Malaysia telah masuk melalui darat dan udara,
dalam operasi untuk membentras kumpulan militan tersebut.
“Menurut Sultan Jamalul Kiram, sehingga kini, beliau masih belum
mendapatkan perkembangan dari Datuk Raja Muda Kiram yang sekarang ini
berada di Sabah,” kata wartawan siaran tersebut Jerome Lantin jam 8.00
pagi tadi.
“Sultan mengatakan semakin sukar untuk berhubung dengan tentera Di Raja sekarang kerana mereka terpisah-pisah.”
Wartawan itu melaporkan tentang perkembangan terbaru keluarga Kiram,
yang kini menetap di Taguig City, Filipina, dan dianggarkan 40 orang
tentera “Di Raja” telah gugur semenjak pertempuran pertama minggu lalu.
Sementara Mstar melaporkan Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu
mengumumkan gencatan senjata segera terhadap pencerobohan di Sabah
berikutan gesaan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB
Ban Ki-moon bagi menamatkan keganasan di Sabah dan mengadakan dialog.
"Sultan (Jamalul Kiram III) mengumumkan gencatan senjata sebelah
pihak bagi pihak Kesultanan Sulu bermula pukul 12.30 tengahari Khamis,"
kata jurucakap Ibrahim Idjirani, menurut ABS-CBNnews.com. Beliau berkata
tindakan ini dibuat sebagai menghormati gesaan setiausaha agung PBB
untuk menamatkan keganasan di sana.
Beliau berkata ini adalah "untuk membalas seruan PBB bagi memelihara nyawa."Ketua PBB juga menyatakan kebimbangan pencerobohan terhadap penduduk awam, termasuk pendatang di rantau ini.
Dalam pada itu beliau turut berharap Malaysia juga akan
mengisytiharkan gencatan senjata bagi mengelakkan lebih banyak
kehilangan nyawa.Kompilasi ~ Tinta Hijau DKB
2 ulasan:
Sultan Kiram bodoh....rakyat Msia terkorban x bising...time Msia balas mintak genjatan senjata....geram betu la...ala ala Gusdur la muka dia....hiyahhhhhg.....
sebenarnya kita rakyat malaysia diperbodohkan oleh krajaan haramjadah kita sendiri......ops temberang ini adalah suatu sandiwara arahan 2 ekor pengkhianat negara dengan kerjasama macai-macai umno berketurunan sulu di lahad datu khususnya.....panglima tentera & KPN telah diperkuda oleh Umno...pasukan tentera dan polis...mereka hanya ikut arahan yang telah dikeluar oleh ketua-ketuanya...tak tahu akan permainan politik disebalik itu.....bunyi letepan itu adalah suatu latihan yang dijalankan oleh pihak tentera...kemudian disebarkan kepada rakyat kononnya masih lagi ada berlaku pertempuran di antara pihak tentera kita dengan penceroboh....ingat!!!..semua berita yang dikeluarkan berkaitannya hanyalah dari sumber Bernama sahaja...kenapa pihak kerajaan tidak membenarkan pihak wartawan-wartawan lain masuk ke kawasan itu agar dapat membuat liputan tentang kejadian semasa yang berlaku.....ini semua kerana mereka takut segala perancangan dan sandiwaranya dapat diketahui oleh rakyat...
Catat Ulasan