KUALA LUMPUR: Hari ini masuk hari ke-5 Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipanggil membela diri dalam perbicaraan Fitnah II yang dihadapinya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Hari ini, pakar DNA, Dr Brian Mc Donald menyambung keterangannya di Mahkamah bahawa ada kemungkinan sperma pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan ditemui pada duburnya sendiri.
Beliau menjelaskan perkara itu kerana Ahli Kimia yang menjalankan analisa pada sampel, Dr Seah Lay Hong, tidak menjalankan analisanya dengan betul.
Menurutnya, Dr Seah tidak mengasingkan sel-sel sperma daripada sel bukan sperma yang ditemui pada rektal pengadu, dengan mengandaikan adanya sel-sel ‘epithelial’ pada pecahan (sperma).
Semalam saksi ke empat pembela itu mempersoalkan prosedur yang dijalankan untuk menganalisa sampel DNA yang diambil dari tubuh Mohd Saiful.Menurutnya, sampel yang sudah tercemar tidak boleh diterima sebagai bukti.
Beliau mempertikai kandungan DNA yang tinggi dalam sampel air mani yang dianalisa Jabatan Kimia Malaysia.
Ini kerana menurutnya, sampel air mani yang berada di dalam rektum seorang lelaki selama lebih 56 jam sebelum calitan air mani itu diambil dengan putik kapas sepatutnya mempunyai kandungan DNA yang sudah merosot.
Turut dibangkitkan adalah mengenai kelayakan makmal ujikaji DNA Jabatan Kimia yang tidak diakreditasi dengan pensijilan ISO17025. Sijil itu dikeluarkan oleh American Society of Crime Laboratories Directors (ASCLD).
Berikut lintas langsung perbicaraan pada hari ini yang menyaksikan Dr Brian menyambung keterangan beliau.
9.15 pagi: Perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bermula dengan pakar DNA, Dr Brian Mc Donald masuk ke kandang saksi untuk menyambung memberi keterangan.Ahli kimia Jabatan Kimia Malaysia, Dr Seah Lay Hong duduk di antara Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden Noorn Badaruddin.
9.19 pagi: Dr McDonald menerangkan kepada mahkamah cara untuk mengekstrak DNA daripada sel sperma.
9.29 pagi: Menurutnya, bahan kimia dikenali dengan nama DTT digunakan untuk mengekstrak DNA daripada sel sperma.
9.34 pagi: DTT akan ‘membuka’ kepala sperma membolehkan DNA diekstrak, kata Dr McDonald.
9.35 pagi: Karpal singh tiba di mahkamah.
9.44 pagi: “Jika analisa DNA tidak dilakukan dengan betul, bolehkah kita anggap sebahagian DNA tidak datang daripada sperma?” tanya Ram Karpal“Ya, sebahagian DNA boleh datang daripada sel-sel epitelia (kulit),” balas Dr McDonald.
9.53 pagi: Berdasarkan pemerhatiannya, ada kemungkinan Dr Seah tidak melakukan ujian DTT dengan baik, kata Dr McDonald.Berdasarkan pemerhatiannya, ia tidak dilakukan oleh Dr Seah, kata Dr McDonald.“Berdasarkan bukti Dr Seah, beliau tidak menjalankannya.“Sebab beliau tidak tahu samada terdapat DNA sel epitelia (kulit) dalam sampel sperma yang diambil,” kata Dr MacDonalds.
9.58 pagi: McDonald berkata adalah mungkin yang sperma Saiful berada dalam duburnya.“Jika dia (Seah) telah melakukannya dengan betul, kami boleh menyingkirkan kemungkinan sebegitu. Sampel diambil tidak boleh bergantung pada punca (DNA Saiful).”Sankara: Bolehkah kita dengan pasti mengatakan yang sperma Saiful bukan dalam duburnya?McDonald: Tidak, dia (Seah) mengagak yang terdapat sel lain. Dia tidak buat ujian DEP dengan betul.
10.04 pagi: McDonald kata DNA lelaki Y lebih dominan dalam B7.(Keterangan terdahulu menyebut DNA Lelaki Y telah didapati pada B7, B8 and B9)
10.05 pagi: McDonald berkata DNA Saiful dominan pada B8.
10.07 pagi: McDonald berkata, “Kita tidak boleh memastikan sperma Saiful masuk dalam duburnya sendiri.
10.07 pagi: Dr Seah tidak boleh menganggap DNA Saiful yang dijumpai dalam putik kapas ditanda B8 dan B9 datang daripada kulit Saiful kerana beliau tiada bukti untuk membuktikannya, kata Dr McDonald.
10.15 pagi: Pakar DNA menerangkan proses tersebut perlu mengasingkan sel-sel sperma dengan sel bukan sperma pada rektal pengadu.
10.45 pagi: Mahkamah kembali bersidang selepas berhenti rehat pada kira-kira jam 10 pagi tadi.
10.50 pagi: Dr Mc Donald meneruskan penerangan tentang graf daripada analisa DNA.
11.04 pagi: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Jerejak, Sim Tze Zin dan Adun Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar turut berada di mahkamah.
11.40 : Dr Brian selesai disoal balas.
11.42 pagi: DSP Jude Pereira dipanggil semula untuk memberi keterangan dari kandang saksi.\Karpal memulakan soal balas.Ia berkaitan dokumen pemeriksaan terhadap Saiful yang dirampas dari Pusrawi oleh DSP Jude Pereira.Menurut Jude Pereira, dokumen itu dirampas pada 6 Ogos 2008 pada kira-kira jam 2.45 petang di tingkat 9 Hospital Pusrawi.
11.44 pagi: Jude dibenarkan turun dari kandang saksi dan hakim menangguhkan mahkamah untuk berbincang dengan peguam dan pendakwa raya tarikh untuk menyambung bicara.Mahkamah ditangguh ke 19-23 September.Keadilandaily
1 ulasan:
aku dari kes liwat 1 lg memang aku 100% x percaya lansung krn byk yg meragukan tp apa boleh buat kuasa d tgn2 ghaib kini muncul kes liwat 2 dan jika gagal mungkin akan dtg kes2 seks lain utk anwar ...sabo aje lah nuar muga Allah memberkati mu.insyaAllah kebenaran akan tercipta akhiranya.
Catat Ulasan