"Umno dan pihak keselamatan boleh rosakan kepala lutut saya tetapi mereka tidak sekali-kali berjaya merosakan pemikiran saya untuk terus berjuang sehingga matlamat memartabatkan kembali maruah negara yang telah musnah akibat permainan jahat Barisan Nasional (BN)," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di hadapan puluhan ribu rakyat Pulau Pinang di Tapak Ekspo, Seberang Jaya, malam tadi.
Beliau yang datang dengan kerusi roda akibat rempuhan kereta polis
ketika membonceng motosikal untuk ke Masjid Negara pada 9 Julai lalu
turut mengingatkan pihak keselamatan supaya segera mengubah sikap
menjadi lebih profesional tidak mengikut telunjuk BN yang memerintah.
Katanya, Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 tidak akan
berhenti di situ malahan berjanji akan mengadakan lagi sekiranya
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) serta kerajaan tidak
memperdulikan lapan tuntutan untuk memperbaiki sistem pilihan raya di
negara ini.
Tambahnya, seperti mana kata Presiden PAS, Bersih 2.0 merupakan
'mukadimah' kebangkitan rakyat dan seandainya SPR dan Kerajaan Malaysia
masih berdegil, tidak mustahil Bersih 3.0 akan bangkit dengan lebih
ramai rakyat yang rela bersama ke Kuala Lumpur berarak secara aman.
"Kali ni Najib rasa tertekan maka disuruhnya pihak polis bertindak. Akhirnya polis juga yang kena marah.
“Bagi menghilangkan perasaan yang bergelora Najib terus tinggalkan
Malaysia buat seketika," jelasnya sambil melaungkan ‘Najib penipu’
beberapa kali semasa berucap.
Justeru, beliau mengingatkan rakyat supaya sedar polis bertindak
berdasarkan arahan Najib yang tidak senang dengan kemaraan Pakatan
Rakyat.
Ini, katanya kerana anak muda secara terang-terangan memberikan
sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Pakatan Rakyat sejak berkuasa
di lima buah negeri selepas pilihan raya umum ke-12 lalu.
Tambahnya lagi, kehadiran kaum Tionghua dan India ke himpunan Bersih
2.0 cukup membimbangkan pemimpin kerajaan Malaysia berbanding Bersih
pertama dahulu.
Jelasnya, paling membingungkan pemimpin Umno BN adalah masih ramai
lagi rakyat yang keluar bersama Bersih 2.0 walhal semua jalan ditutup
dan sekatan dikenakan.
Tambahnya, ini tentunya ada yang tidak kena terhadap arahan tersebut
atau rakyat sudah cerdik datang awal memasuki Kuala Lumpur secara
diam-diam semata-mata menjayakan Bersih 2.0.
"Saya pun hairan di mana munculnya ratusan ribu manusia bersedia berhimpun secara aman sedangkan berbagai sekatan dikenakan.
“Saya ucapkan syabas kepada anak-anak murid yang sanggup mengepalai
kumpulan besar dan kecil sehingga mencapai matlamat sebab semua
kepimpinan PAS, KeAdiLan dan badan Bukan Kerajaan (NGO) ditangkap lebih
awal," tegasnya pada program anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu.
Pemidato utama yang berucap pada majlis pertama kali diadakan selepas
himpunan Bersih 2.0 itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng
dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Hrkh
3 ulasan:
Apa yang saya lihat.. kita masih tidak mampu untuk melawan walau kepala kita dipijak, Kita masih tidak mampu untuk bertindak balas dan sanggup membiarkan diri dihentak hentak dan diinjak-injak. Kita masih belum ada setia kawan dan kita hanya mampu melihat sahaja..lalu melaungkan slogan,
Ayuh berubah, jadilah diri yang lebuih berani dan lebih bersatu padu,,,
setuju sgt dgn Andy.. kena berubah !!!
polis lakukan kekasaran semata2 untok mencabar kesabaran peserta himpunan supaya bertindak balas dengan itu polis akan mengambil peluang melakukan provokasi lebih hebat begitu juga media akan mengambil kesempatan dari tindak balas peserta himpunan untok memburuk himpunan bersih dimata umum.
Catat Ulasan