Ahad, 30 September 2012

Reaksi Najib Bila Anwar Cabar Berdebat

SHAH ALAM 30 SEPT : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi menolak cabaran debat dilontarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas pembentangan bajet 2013 dibuatnya di Parlimen Jumaat lalu.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang mengulangi cabarannya itu selepas Menteri Kewangan itu menggunakan sebahagian masa dalam tempoh pembentangan bajet tersebut bagi menyerang dirinya dan pemimpin Pakatan Rakyat(PR).

“Saya secara bergurau berkata kepada Najib dalam masa lebih kurang setengah jam saudara menyerang saya. Apa kata kalau kita debat Najib dengan tajuk belanjawan? Dia sambil ketawa pegang beg terus blah (berlalu).

“Pimpinan ini dia mesti berani pertahankan hujahnya. Itu prinsipnya. Jadi kalau kita gunakan media untuk meuar-uarkan jadi alat propaganda dan tidak boleh diulas itu jadi masalah,” katanya ketika berucap dalam majlis Makan Malam Perdana Bersama Pimpinan PR di Stadium Malawati di sini malam Jumaat lalu.

Beliau berkata, selaku Ketua Pembangkang dia akan mengulas secara panjang lebar mengenai bajet 2013 yang dibentangkan Najib dalam sidang dewan pada Isnin ini serta berharap Perdana Menteri menghadirinya.

“Saya masih ingat semasa saya jadi Menteri Kewangan, saya tidak pernah tidak hadir ulasan awal Ketua Pembangkang walaupun pedih telinga (mendengar). Masa itu YB Lim Kit Siang jadi Ketua Pembangkang.

“Bukan senang nak dengar tetapi saya fikir oleh kerana dia dengar ucapan kita selaku Menteri Kewangan maka wajarlah untuk menghormati sistem demokrasi dan memuliakan Parlimen,” lata bekas Timbalan Perdana Menteri itu.TVS

Perbuatan Khianat Di Himpunan Hijau Pengerang

JOHOR: Sekurang-kurangnya tiga kenderaan termasuk kereta yang dinaiki Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dirosakkan pihak tertentu yang tidak senang dengan program Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Johor hari ini.

Kedua-dua tayar kereta milik Penggerak Institut Peduli Rakyat (Peduli), Datuk Seri Abdul Rahman Maidin itu dirobek manakala cerminnya dipecahkan sebelum ia disedari kira-kira jam 1 petang.

Ketika kenderaan itu dirosakkan, kereta itu diletakkan hanya 500 meter dari balai polis Sungai Rengit, tidak jauh dari tapak perhimpunan berkenaan.

Selain itu, dua kereta yang dinaiki aktivis sosial, Hishammudin Rais dan wartawan Suara Keadilan, Sidiqin Omar pula disimbah asid pagi ini.

Kejadian yang disedari  sekitar jam 7.30 pagi itu berlaku depan rumah yang mereka tumpangi di Jalan Teluk Ramonia, Sungai Rengit.

Asid itu dipercayai disimpan dalam plastik sebelum disimbah ke bonet dan pintu kiri kedua-dua kereta itu, menyebabkan cat kenderaan mengelupas.

Perbuatan itu dipercayai didalangi samseng Umno berikutan pelbagai program yang cenderung kepada Pakatan Rakyat diganggu kebelakangan ini termasuk tiga kali simbahan terhadap bas Merdeka Rakyat dan banyak lagi.KD

Lagi Pemimpin BN Sabah Bakal Sertai PKR ???

SEBELUM ini dalam artikel yang lalu, ReJaM© ada memaklumkan bahawa mengikut perkiraan kasar, 7 lagi ADUN Barisan Nasional Sabah akan sertai KEADILAN, rujuk sini [Pemimpin Sabah].

Nampaknya hal itu sudah hampir pasti menjadi kenyataan apabila Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali( gambar ) menyampaikan ucapan dalam Rapat Pimpinan Nasional KEADILAN 2012 di Pusat Konvensyen Shah Alam menyebut beberapa pemimpin kanan Barisan Nasional Sabah bakal meninggalkan parti itu.
“Sekarang kita ada dua orang pemimpin BN Sabah sertai kita, Insyaallah minggu depan akan ada lagi yang bersama kita,” kata Azmin.

Difahamkan pihak yang dimaksudkan akan meninggalkan BN tersebut termasuk pemimpin kanan BN di Sabah. Menurut Azmin lagi, pemimpin-pemimpin yang terlibat merupakan pemimpin di peringkat Parlimen dan juga Adun di Sabah.

Difahamkan juga sudah ada perbincangan bersama para pimpinan yang dimaksudkan untuk mereka memainkan peranan membawa perubahan di negeri paling miskin di Malaysia itu kerana tiada ruang mereka berbuat demikian jika terus bersama BN.

Sebelum ini, bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin mengumumkan meninggalkan BN untuk sertai KEADILAN ~ MiloSuam

Video : Ribuan Berhimpun Bantah Rapid Di Pengerang



Perhimpunan kumpulan peserta Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Johor yang dirancang bagi membantah projek petrokimia Rapid dijadual bermula sekitar jam 10 pagi.

Penduduk di perkampungan nelayan itu, diketuai satu gabungan NGO, mendakwa mereka tidak dirunding dan bimbang projek besar bernilai RM60 bilion itu akan menjejaskan alam sekitar, kesihatan dan punca ekonomi mereka.

Full story: http://www.malaysiakini.com/news/210320 http://www.malaysiakini.com/news/210319

Kerabat Di Raja Akan Sertai Pas?

Parti Islam se Malaysia (Pas) terus mendapat suntikan semangat apabila seorang kerabat di raja dari negeri pantai timur tanah air akan menyertai Pas tidak lama lagi. Menurut satu sumber di raja, tokoh berkenaan akan menyertai parti itu di dalam masa terdekat.

Kata sumber itu, kerabat di raja berkenaan pernah terlibat dalam politik sebelum ini. "Dia telah memberi tahu saya akan tujuan berkenaan," kata sumber berkenaan sambil menambah kerabat di raja berkenaan telah pun menghubungi pihak Pas.

Tambah sumber itu lagi penyertaan kerabat di raja berkenaan memberi impak besar kepada Pas di negeri berkenaan.

Dari maklumat lain pula memberi tahu kerabat di raja berkenaan akan muncul buat pertama kali di pentas Pas pada minggu pertama Oktober ini di negeri asalnya itu.

Gula naik tiada laporan pesakit diabetes berkurang

KUALA LUMPUR: Mengurangkan subsidi gula sebanyak 20 sen sekilogram kononnya untuk mengelak rakyat negara ini mengidap diabetes adalah alasan yang tidak munasabah.
Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata, harga gula yang sentiasa berlaku kenaikan namun tidak pernah dilaporkan pesakit kencing manis berkurangan.

Bahkan katanya yang juga Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Pusat, tidak ada satu fakta yang dikeluarkan bahawa pesakit kencing manis di hospital berkurangan.

"Ia tidak memberi apa-apa makna jika kurangkan subsidi untuk kurangkan pesakit kencing manis. Alasan kerajaan tidak betul," katanya.

Tambahnya, penguna tegar tidak boleh elak dari menggunakan gula keadaan ini sama situasi dengan perokok mereka tetap merokok walaupun kerajaan naikkan berpuluh ringgit sekotak.

"Macam juga gula. Orang yang gemar manis mesti mahu rasa manis dalam minuman atau makanan, makan roti pun nak gula," katanya.

Jadi jelas Mahfuz, pengurangan subsidi ini tidak memberi kesan mengurangkan pesakit diabetes sebaliknya ia memberi keuntungan kepada kerajaan untuk menampung pemberian 'one off' kepada sasaran.

Katanya kerajaan memberi BRIM RM500 dan RM250 malangnya rakyat terpaksa belanja balik dengan harga makanan dan minuman yang meningkat.

"Naik 20 sen sekilo, saya percaya harga makanan dan minuman pasti naik. Tidak boleh tidak naik, peniaga mesti akan naik harga. Sudah tentu membebankan pengguna," katanya.

Justeru, beliau yakin dan percaya kerajaan tidak boleh menjamin para peniaga tidak menaikkan harga makanan.

"Jaminan mulut bolehlah. Saya cabar mana-mana menteri berhenti sekejap sebagai menteri jadi penjual kuih. Tapi jangan naikkan harga, melainkan dia mengecilkan kuih," katanya.Hrkh

Gambar : Lelongan Barang Peribadi Pemimpin PR Berjaya Kutip RM 182 000

 Foto graduasi Senator Negara, Dr Syed Husin Ali di Universiti Malaya pada 1951 dilelong RM15,000
 Kartun Zunar telah berjaya dillelong dengan harga RM32,000

Jumaat, 28 September 2012

Ni Dia Tongkat Yang Akan Dilelong Oleh Tok Guru Nik Aziz

 Tongkat Tok Guru Nik Aziz yang akan dilelong bagi mengutip dana PRU 13

KOTA BHARU: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengumumkan akan melelong tongkat yang sering digunakan walau ke mana sahaja bagi membantu dana Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Tongkat yang berwarna gelap yang digunakan sejak sekian lama itu diharap dapat membantu menjana tabung PRU13.

Pengumuman mengejut itu dibuat pagi tadi selepas beliau menyampaikan kuliah mingguan sesi kedua di Dataran Ilmu di sini.
Selepas pengumuman itu, Tuan Guru Nik Aziz menyerahkan tongkat yang menjadi penemannya itu kepada seorang wakil untuk menyempurnakan hasrat murninya itu kepada PAS Pusat.

Tuan Guru seterusnya berkata, sebelum ini wakil PAS Pusat memaklumkan kepadanya mahu mengumpul dana bagi tabung menjelang PRU13 dan meminta beliau melelong barangan tertentu.

“Bagi tujuan itu hari ini saya mengisytiharkan akan melelong tongkat saya ini untuk membantu mengumpulkan dana yang dimaksudkan,” katanya.

Tindakan Tuan Guru yang mengumumkan perkara itu, membuatkan orang ramai yang hadir untuk mendengar kuliah bangun untuk melihat secara dekat peristiwa bersejarah itu.Hrkh

Artikel berkaitan DISINI

Bob Lokman tidak mahu tanding PRU13

 Bob Lokman di Majlis Jalinan Mesra Muslimat Pas Kawasan Pasir Puteh

PASIR PUTEH - “Setelah melalui segala jalan syahwat, ALLAH SWT memberi aku gambaran akhirat. Maka aku mencari kebenaran dengan masuk ke gerbang hijau yang bertonggak ulama dan ditakuti pencinta dunia,” demikian luah Bob Lokman selepas mengambil keputusan menyerahkan borang ahli Pas kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, awal tahun ini.

Bob atau nama sebenarnya, Mohd Hakim Lokman, 48, yang mengakui terabai dengan kefahaman Islam walaupun lahir dalam keluarga Islam keturunan ulama, bersyukur kerana diberi petunjuk untuk berjuang bersama Pas.

Bagaimanapun katanya, beliau tidak pernah berhasrat bertanding dalam pilihan raya atau menjadi wakil rakyat.

“Menawarkan diri untuk menjadi wakil seperti meletakkan sebelah kaki ke dalam neraka dan saya sememangnya tidak pandai menjadi wakil rakyat.

"Biarlah saya terus membantu Pas mengikut kemampuan,” katanya pada Majlis Jalinan Mesra Muslimat Pas Kawasan Pasir Puteh bersama Bob Lokman di sini, kelmarin.

Foto Berbicara : Antara Najib Dan Tok Guru Nik Aziz Ketika Bermusafir



Antara keduanya yang memimpin parti Umno dan Pas yang pastinya berlainan ideologi. Satu memperjuangkan bangsa dan satu memperjuangan Islam.

Cara mereka melepaskan lelah ketika bermusafir amat berbeza sekali :

Foto 1 : Melelapkan mata dalam serba kemewahan,sebagaimana pemimpin atasan yang terpisah dari warna kehidupan rakyat marhaen.

 Foto 2 : Melelapkan mata seadanya sebagaimana  yang berlaku dalam kehidupan sehari hari rakyat marhaen.

 Antara keduanya mana yang lebih menyentuh hati korang,fikir fikirkanlah.Nukilan ~ Tinta Hijau DKB

Audit selepas belanjawan ada agenda tersembunyi

KUALA LUMPUR 27 Sept: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali( gambar ) menyifatkan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) selepas Belanjawan 2013 seolah-olah mempunyai agenda tersirat.

“Kita tidak tahu sama ada belanja kerajaan berhemah atau tidak. LKAN adalah asas untuk perbahasan dan memeriksa belanja kerajaan pada tahun lalu.

“Perkara ini tidak pernah berlaku, seperti ada agenda tersembunyi. Kerajaan mesti ingat yang akhirnya menanggung (belanja) ialah (wang) rakyat,” tegas Azmin yang menyifatkannya ia di luar tradisi Dewan Rakyat selama ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz kelmarin berkata laporan audit negara akan dibentang seminggu selepas Belanjawan 2013.

Lazimnya, laporan audit dibentang bersama belanjawan, namun amalan itu ditangguh sejak tahun lalu, hingga dikritik Pakatan Rakyat.

Azmin turut menjangkakan Belanjawan 2013 akan lebih menumpukan kepada agihan ‘one-off” tunai atau skim tertentu, bukannya melalui dasar ekonomi yang memberi manfaat jangka panjang.

“Apakah akan meningkatkan pelaburan, atau memberi lebih banyak peluang kerjaya? Dasar fiskal ‘one-off’ tidak menjamin ekonomi negara secara keseluruhan, melainkan bersifat sogokan.

“Kalau begitu, nampaknya Najib hanya bentang belanjawan untuk pilihan raya. Hanya imbuhan untuk dapat sokongan politik.

“Belanjawan yang dibentang mestilah bertanggungjawab kerana setiap ringgit dan sen yang dbelanja adalah duit rakyat,” tegasnya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Khamis, 27 September 2012

Anak Bekas Ketua Cawangan Umno Pohon Maaf Kesalahan Ayahnya

SETIU - "Saya bagi pihak arwah Cikgu Mat memohon ribuan kemaafan kepada semua ahli PAS dalam DUN Batu Rakit, sekiranya semasa arwah memegang (jawatan) pengerusi JKKK,  ketua umno(Kampung) Balai Maras dan pengerusi masjid ada melakukan kesilapan kepada saudara-saudara,

"Kata Zulhairi Haji Che Mat ketika mengumumkan secara rasminya beliau meninggalkan umno.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ceramah yang diadakan di Kampung Maras dekat sini, Isnin malam, 24 September.

Pada Majlis tersebut Zulhairi adalah antara 70 orang yang telah menyerahkan borang keahlian menjadi ahli PAS.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada semua rakan-rakan yang seangkatan dengan ayahnya, yang masih duduk dalam umno agar meninggalkan perjuangan parti tersebut.

"saya merayu kepada ahli-ahli umno yang sama usia dengan (arwah) saya, apa lagi yang kita hendak dengan pembangunan, umur sudah 50, 60, 70, kita masih bercerita tentang pembangunan dunia, sedangkan pembangunan akhirat di mana?,

Soalan Bersih 3.0 dalam peperiksaan cubaan hasut pelajar

KUALA LUMPUR 27 September: Peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini yang mempunyai soalan mengenai perhimpunan Bersih 3.0 merupakan usaha kerajaan meracuni pemikiran pelajar supaya berpandangan negatif terhadap penganjuran himpunan itu, kata Azan Ismail.

Ahli Parlimen Indera Mahkota itu berkata, kelompok Kementerian Pelajaran yang taksub terhadap Umno BN tidak faham mengenai tuntutan mereformasi sistem pilihan raya yang bebas dan adil seperti termaktub dalam lapan tuntutan gabungan NGO itu.

“Kempen Bersih adalah neutral. BN sendiri mendapat manfaat dari kempen itu. Tidak lain tujuan penulis soalan ini mahu ‘meracun’ pemikiran pelajar sekolah dan memberi gambaran negatif terhadap kempen Bersih,” katanya kepada Keadilan Daily.

“Bukankah mahkamah mengatakan entiti Bersih bukan pertubuhan haram. Manakala hal berkaitan himpunan adalah perkara yang subjektif tafsirannya,” kata Azan lagi.

Beliau khuatir tindakan itu akan merebak dan memberi gambaran buruk kepada Pakatan Rakyat jika tidak dikawal.

“Kita bimbang akan ada soalan dalam subjek lain yang menjurus kepada pandangan negatif terhadap Pakatan Rakyat dan pemimpinnya. Apa yang berlaku kini hanya permulaan.

PKR siasat Mansor Othman

KUALA LUMPUR - Lembaga Disiplin PKR telah memulakan siasatan terhadap Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman berhubung dakwaan menggelar Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebagai sombong dan angkuh.

Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan itu dijalankan oleh lembaga disiplin namun setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung isu berkenaan.

“Siasatan dalaman sedang dijalankan, sama ada terdapat unsur-unsur sabotaj parti, dan jika perkara ini berlaku kami tidak teragak-agak untuk ambil tindakan. Kita serahkan kepada lembaga disiplin jalankan siasatan dan tunggu laporan dari mereka sebelum tindakan diambil," katanya kepada media di lobi Parlimen, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas rakaman percakapan Mansor didedahkan menerusi laporan berita sebuah televisyen swasta yang dirakam secara sulit, dipercayai suara dan keluhan Mansor terhadap DAP yang didakwa semakin bongkak setelah menang banyak kerusi dalam pilihan raya umum 2008.

Mansor dikatakan membuat kenyataan tersebut apabila ditanya berhubung tuntutan DAP terhadap kawasan yang ditandingi PKR pada Mesyuarat Strategik parti April lalu.

Mansor sebelum ini dalam satu sidang media, menafikan menggunakan perkataan sombong dan angkuh terhadap Guan Eng seperti mana dilaporkan media.

Namun, beliau akui menggunakan perkataan ‘tokong’ sebagai gelaran kepada Guan Eng yang mendapat sanjungan tinggi dan penghormatan rakyat Pulau Pinang.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, PKR tidak membenarkan adanya unsur sabotaj dalam parti.

Beliau berkata, PKR menghormati kebebasan bersuara setiap ahlinya, tetapi masih ada batasan.SH

Full Video : Pembentangan Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 Oleh DS Anwar




KUALA LUMPUR: Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 meletakkan tujuh fokus sebagai teras utama agar ia selari dengan matlamat mengawal defisit dan menurunkan hutang negara.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan belanjawan bertema Ekonomi Rakyat Negara Berkat tersebut menegaskan antara tujuh perkara teras itu adalah mengangkat martabat wanita.

"Kita ingin meningkatkan martabat kaum wanita dan atas usaha itu kita (Pakatan Rakyat) akan melaksanakan Caruman Wanita Nasional untuk suri rumag membabitkan peruntukan RM3 bilion setiap tahun.

"Selain itu juga kita akan memastikan reformasi dan ketelusan pada syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) dengan antara lain kita akan membubarkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana mempunyai fungsi yang sama dengan Khazanah Nasional" jelas beliau di Bilik Taklimat di Parlimen.

Tambahnya lagi, melalui belanjawan kali ini juga Pakatan Rakyat turut mewujudkan bina dayasaing demi pertumbuhan dengan mengubal undang-undang anti-monopoli dan Suruhanjaya Anti Monopoli demi menggalakan pertumbuhan syarikat bersaiz sederhana dan merombak herotan ekonomi.

Rabu, 26 September 2012

Gambar Tok Guru Nik Aziz Di Hospital Tersebar


WALAUPUN DI HOSPITAL YAB TG NIK AZIZ TETAP BERI SOKONGAN KEPADA NGO ROYALTI DAN MOHON RAKYAT KELANTAN TURUN KE PUTRAJAYA 2 & 3 OKTOBER 2012 NANTI.-- SEBARKAN

Pada jam 3.30 petang di Hospital Universiti Sains Malaysia rombongan NGO Gabungan Profesiona
l Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas (ROYALTI) atau lebih dikenali sebagai “R” telah mengziarahi YAB Tuan Guru Dato Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.

Pertemuan tersebut yang diketuai oleh Dr Syed Khalid, Naib Presiden NGO ROYALTI telah mendapat berberapa pesanan daripada YAB Tuan Guru antaranya 3 pesanan dari beliau iaitu;-

i. Rakyat Kelantan dan Malaysia kena turun beramai-ramai menyertai program Konvoi R Tuntut Royalti ke Putrajaya pada 2 dan 3 Oktober 2012 nanti anjuran NGO ROYALTI.

ii. Sekiranya tidak dapat hadir bersama-sama rombongan Konvoi Mega nanti, rakyat Kelantan diminta untuk sama-sama membuat Solat Hajat dan Berdoa agar perbicaraan kes Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman, Putrajaya pada 3 Oktober 2012 memihak kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

Bersih 3.0 dijadikan soalan peperiksaan

 Patutlah mutu pendidikan kita semakin hari semakin merudum mutunya

Mana tidaknya.. Tanya soalan yang berbunyi:- BERIKUT MERUPAKAN KEJADIAN YANG BERLAKU SEWAKTU PERHIMPUNAN BERSIH 3.0 YANG DIADAKAN PADA 28 APRIL 2012 YANG LALU......(a) Adakah wajar atau tidak bagi seseorang warganegara itu menyertai perhimpunan haram?

Adakah soalan begini wajar diajukan untuk peperiksaan?

Apa punya teruk sangat guru yang menyediakan soalan ini berpolitik sehinggakan mutu pelajaran menjadi mangsa.

PAS serah memorandum bantahan ke kedutaan Perancis kerana penghinaan terhadap Islam

KUALA LUMPUR, 26 Sept —  PAS menyerahkan memorandum bantahan berkenaan penyiaran karikatur menghina Nabi Muhammad kepada wakil kedutaan Perancis pagi ini.

Karikatur menghina menghina Muhammad dengan gambar bogel itu telah diterbitkan dalam satu majalah mingguan di Perancis, Charlie Hebdo.

Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu serta dua wakil lajnah antarabangsa telah dibenarkan masuk dan menemui wakil kedutaan iaitu Francois-Xavier Reymond (timbalan ketua misi) dan Damien Syed (setiausaha pertama).

Mohamad, yang juga dikenali sebagai Mat Sabu, menyatakan pihaknya telah menerangkan kepada wakil kedutaan mengenai pendirian mereka ke atas penghinaan tersebut dan menggesa kerajaan Perancis mengambil tindakan ke atas pihak terbabit.

“Eropah tidak menghormati umat Islam, bagaimana mereka mahu umat Islam hormati mereka?“Kami meluahkan rasa kesal dan kecewa dengan karikatur tersebut dan gesan tindakan diambil ke atas pihak tersebut,” kata Mat Sabu.

Mohamad juga menyuarakan kebimbangan akan lahir lebih banyak ekstremis sekiranya negara Eropah dan Amerika Syarikat tidak bertindak pantas menangani isu penghinaan ini.

“Jika mereka membenarkan penghinaan sebegini berlanjutan, saya rasa perkara ini akan lesen kepada ekstremis untuk muncul dan mencetuskan keganasan.

“Kita sudah lihat apa yang berlaku di Libya, Pakistan dan di negara Islam lain. Apabila orang muslim hilang sabar inilah akibatnya dan ia boleh berlaku di mana-mana saja,” katanya.

Menurut Mohamad lagi, rakyat di Malaysia menghormati kebebasan bersuara dan kebebasan beragama tetapi kebebasan tersebut tidak harus sampai ke peringkat menghina agama yang dianuti orang lain.

Minggu lalu, ribuan umat Islam membanjiri Kuala Lumpur, mengenepikan perbezaan ideologi politik mereka demi membantah filem “Innocence of Islam” yang menghina Nabi Muhammad S.A.W sepertimana berlaku dinegara-negara lain.

Bantahan ke atas filem kontorversi tersebut, yang menyebabkan kematian duta besar Amerika Syarikat ke Libya, Christopher Stevens dan tiga orang lagi warga Amerika ketika di konsulat AS di Benghazi.

Filem selama 13 minit dalam bahasa Inggeris itu menghina Nabi Muhammad telah diterbitkan oleh seorang individu menggunakan nama samaran “Sam Bacile”, difilemkan di California dan disiarkan di Internet dengan pelbagai tajuk termasuk “Innocence of Muslims”.

Klip filem tersebut sudah diposkan di YouTube sejak Julai.Bagi umat Islam, sebarang gambaran tentang nabi adalah berdosa.Sebelum ini, karikatur nabi yang disiarkan di Denmark telah menyebabkan protes di seluruh dunia.TMI

Tok Guru Nik Aziz Dan Wan Azizah Lelong Barang Peribadi

KUALA LUMPUR 26 September: Orang ramai berpeluang mendapatkan barangan eksklusif milik pemimpin Pakatan Rakyat (Pakatan) pada lelongan mengumpul dana pilihan raya sempena majlis Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat (MMPPR), di Stadium Melawati Shah Alam, Jumaat ini.

Pengerusi Jawatankuasa MMPPR, Datuk Dr Mohd Hatta Ramli berkata, antara pemimpin yang sudi melelongkan barangan peribadi termasuk Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

“Majlis ini bertujuan mengumpul dana sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

“Beberapa pemimpin Pakatan akan melelong barang-barang eksklusif mereka untuk disumbangkan bagi penyelidikan, material kempen, video projek dan beberapa bengkel untuk PRU-13,” katanya.

Hatta yang juga Pengarah Pilihanraya PAS Pusat berkata, sebanyak 255 meja disediakan dan satu meja dikhaskan untuk 10 orang tetamu.

Kata beliau, ini adalah kali pertama Pakatan Rakyat menganjurkan majlis Makan Malam Perdana untuk mengutip dana sebagai persediaan menghadapi pilihan raya.

Beberapa pemimpin akan mengupas mengenai Belanjawan 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri di Parlimen pada majlis yang bermula jam 8.00 malam itu nanti.KD

Akhbar Mesir terbit karikatur ‘lawan’ majalah Perancis hina Nabi

 Salah satu daripada 13 karikatur dibawa oleh akhbar Mesir, Al-Watan. – Foto ihsan BBC
 Satu lagi karikatur dibawa akhbar Al-Watan

KAHERAH - Akhbar Mesir mula melancarkan kempen membalas karikatur majalah Perancis, Charlie Hebdo yang menghina Nabi Muhammad SAW minggu lalu.

Laporan BBC menyebut Al-Watan menerbitkan 13 karikatur kelmarin di bawah slogan "Lawan karikatur dengan karikatur".

Selasa, 25 September 2012

Ahli Perniagaan Mengaku Sediakan Jet Pada Anwar

KUALA LUMPUR, 25 Sept — Ahli perniagaan Datuk Mohd Taufik Omar mengakui syarikatnya menyediakan jet eksekutif kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berkata ia tidak menjadi kesalahan besar kerana mereka hanya menjalankan urusan perniagaan.

Menurut laporan The Star hari ini, Mohd Taufik menafikan dia adalah pemilik jet tersebut dan enggan mendedahkan jumlah wang yang dibayar bagi khidmat menyediakan jet itu.

“Syarikat saya hanya menguruskan jet peribadi.“Oleh kerana ia jet peribadi, maka ia harus menjadi perkara rahsia,” katanya dalam The Star.

Mohd Taufik merupakan presiden Persatuan Judo Malaysia, juga pengerusi LD Sports Sdn Bhd, Kenangan Nilam Sdn Bhd, Asiana Inspirasi Sdn Bhd, KN Capital Sdn Bhd dan T Corp Labuan.

Beliau juga pengarah dalam syarikat Health Solutions (SE Asia) Sdn Bhd, CltlTower Sdn Bhd, Aliran Modern Sdn Bhd dan Vasseti Bhd.

Anwar, sebelum ini, dilaporkan menaiki jet eksekutif bersama-sama beberapa pemimpin pembangkang lain dari Terminal SkyPark Subang untuk ke Labuan, Sabah pada tarikh tersebut.

Menurut pendedahan blog yang memetik kenyataan akaun Twitter naib presiden PKR Tian Chua beberapa hari lalu, jet eksekutif itu dinaiki Anwar bersama-sama para pemimpin pembangkang lain ke Labuan dan Kota Kinabalu, dipercayai bagi menyambut perayaan Hari Malaysia.

Malah, kehadiran Anwar ke Labuan juga turut menyaksikan kemasukan bekas bendahari Umno Sabah, Tan Sri Ibrahim Menudin ke dalam PKR.TMI

Kajian UM : Sokongan kepada PR meningkat, populariti Najib merudum

KUALA LUMPUR: Kajian yang dibuat oleh Universiti Malaya (UM) menunjukkan sokongan ke atas Pakatan Rakyat (Pakatan) meningkat sekarang berbanding dengan kajian yang dibuat pada awal tahun ini.

Sokongan juga meningkat ke atas kerajaan Pakatan di Selangor dan juga Kedah, namun sedikit penurunan di Kelantan.

Kajian itu juga menunjukkan penurunan terhadap keyakinan rakyat bahawa BN akan terus menguasai Putrajaya dalam pilihan raya umum nanti.

Kajian itu dibuat oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) bertajuk Pola Pengundian Menjelang Pilihanraya Umum ke-13.

Kajian terbaru yang dibuat adalah pada 1 hingga 16 September 2012  di seluruh Semenanjung Malaysia.Kajian sebelum ini dibuat dalam tempoh 31 Mac 2012 hingga 15 April 2012.

Bilangan responden ialah 1536. Kajian dilakukan secara bersemuka dengan melibatkan etnik Melayu, etnik Cina dan etnik India.Pemilihan responden dipilih secara rawak dengan soalan kaji selidik berstruktur.

Ditanya, parti mana akan menang dalam PRU-13, kajian Mac hingga April menunjukkan keyakinan kepada BN akan menang adalah 49% sedangkan kajian terbaru menunjukkan penurunan kepada 44% sahaja.

Keyakinan kepada Pakatan pula meningkat dari 21% kepada 30%.Keyakinan kepada kerajaan Pakatan di Selangor juga meningkat dengan ketara dari 38% kepada 50% manakala untuk BN dari 28% jatuh kepada 16%.

Full Video Ceramah Terkini Datuk Tamrin Ghaffar Di Dungun




DUNGUN - Perlaksanaan undang-undang di negara ini telah dicemari oleh pemimpin Umno sehingga ada perlakuan yang salah tetapi tidak diambil tindakan oleh pihak polis, sebaliknya ada perbuatan yang tidak salah tetapi dikatakan ia adalah suatu kesalahan.

Secara sinis, bekas Ahli Parlimen Umno Batu Berendam, Datuk Tamrin Ghaffar Baba mengingatkan orang ramai yang mendengar ceramah supaya berhati-hati duduk diatas kertas surat khabar lama kerana bimbang 'terduduk' atas gambar Perdana Menteri dan isterinya.

"saya tengok ada yang duduk atas surat khabar, saya minta hati-hati sikit, nanti kena gari, pasal undang-undang yang baru ni kalau kita duduk atas gambar Rosmah atau Najib (adalah) salah dan boleh digari.

Foto Berbicara : Antara Cium Tangan Rosmah Mansur Dan Tangan Tok Guru Nik Aziz

 Pemuda Umno mencium tangan Rosmah Mansur
Kaum Cina mencium tangan Tok Guru Nik Aziz

Foto 1 : Penghormatan dan sanjungan terhadap isteri pemimpin tanpa mengira batas halal dan haram.

Foto 2 : Penghormatan dan sanjungan terhadap pemimpin tanpa mengira sempadan kaum dan batas agama,disebalik cacian dan penghinaan sesetengah pihak DISINI.

Diantara kedua foto diatas yang mana lebih menyentuh hati dan menarik perhatian korang.Fikir fikirkanlah.Nukilan~Tinta Hijau DKB

Presiden Pro-Mahasiswa Nasional diserang

SHAH ALAM - Presiden Pro-Mahasiswa Nasional, Edikoup Lakip Sediyanto mendakwa diserang lima lelaki tidak dikenali awal pagi tadi ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Seksyen 17, Petaling Jaya.

Menurut Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya, Syis Abd Kadir, Edikoup yang diserang kira-kira jam 4 pagi, sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

"Laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Seksyen 17 dan sekarang dia sedang dirawat.

"Kejadian ini memang tidak dijangka tetapi kami yakin ia bukan kerja pelajar. Ini kerja orang luar," katanya kepada Sinar Harian Online.

Katanya, Edikoup yang juga mahasiswa di UM pernah menerima dua ugutan sebelum ini, namun tidak terfikir ugutan tersebut membawa kepada kejadian awal pagi ini.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan kejadian ini ada hubungan dengan pilihan raya kampus yang berlangsung hari ini, berikutan sebelum ini Edikoup pernah membuat pendedahan terhadap media berkaitan salah seorang calon yang dipercayai ada kaitan dengan sebuah badan politik.

"Sebelum ini Edikoup sudah diugut dua kali dan perkara ini kami serahkan kepada polis untuk siasat. Kami tidak mahu menuduh," katanya.SH

Video : Wanita Umno Berjoget Terkinja Kinja Di Majlis Merdekaraya




Saksikan bagaimana ahli-ahli wanita Umno/BN  meraikan sambutan merdekaraya dengan berjoget sakan.Mungkin juga terikut ikut dengan aksi pemimpin mereka DISINI.

Video : Tiada krisis air di S’ngor, iklan komersil didalangi Umno BN

Untuk besarkan KLIK imej



Sebuah penggambaran iklan yang didakwa berkaitan masalah air di Selangor dijalankan secara 'rahsia' di sebuah blok pangsapuri di Petaling Jaya.

 KUALA LUMPUR 24 September: Pengerusi KEADILAN Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, penggambaran iklan berkaitan masalah air di Selangor merupakan propaganda Kerajaan Pusat kononnya berlakunya krisis air di negeri tersebut.

Ahli Parlimen Gombak itu berkata, pembikinan iklan yang didalangi Umno BN itu bertujuan memburuk-burukkan pentadbiran Pakatan Rakyat kononnya gagal mengatasi masalah air.

“Kita telah jelaskan pada rakyat tiada krisis air di Selangor. Apa yang berlaku adalah kita hanya kekurangan air terawat.

“Air terawat ini bukan tanggungjawab kerajaan negeri tetapi di bawah tanggungjawab Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor).

Isnin, 24 September 2012

DS Anwar Perjelas Isu Jet Peribadi

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa jet peribadi yang digunakannya dalam kempen di Sabah dan Sarawak tengah bulan ini bukanlah miliknya tetapi milik 'rakannya'.

Menurutnya, rakannya itu meminjamkan jet peribadi jenis Dassault Falcon 7X tersebut untuk berkempen kerana masalah cuaca dan logistik yang dihadapi di kedua negeri Malaysia Timur itu.

“Pemilik jet itu membenarkan saya menggunakan jet itu kerana ingin membantu memandangkan di ketika itu saya amat memerlukan penggunaan jet tersebut,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Kata Anwar lagi, sebelum menggunakan jet peribadi itu, beliau bertanya dahulu kepada pemilik jet itu adakah dia berbuat baik kerana mempunyai kepentingan memiliki tanah di negeri bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) 'rakannya' itu menafikannya.

“Bantuan itu tidak terikat dengan apa-apa dan sekiranya saya diberikan peluang selepas ini untuk menggunakan bagi kempen pilihan raya, ia memang sangat diperlukan. Kalau boleh saya mahu pinjam lagi, “katanya.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut menjelaskan bahawa jet tersebut berpangkalan di Kuala Lumpur dan berdaftar dengan Jabatan Penerbangan Awam.

Katanya lagi, jet tersebut digunakan untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Labuan, Kota Kinabalu, Kuching dan kembali ke Kuala Lumpur.SH

PRU 13 : Artis Aishah Mungkin Bertanding atas Tiket Pas ??

 Antara peminat dan orang ramai yang datang berdialog dengan Aishah

BUKIT MERTAJAM: Selebriti tanahair, Wan Aisyah Wan Ariffin atau Aishah berkata beliau akan meneliti, mengkaji serta solat istiqarah terlebih dahulu sekira kepimpinan PAS menawarkan secara rasmi untuk dirinya bertanding atas tiket PAS pada pilihanraya umum akan datang.

Menurutnya, setakat ini memang ada suara menggajak untuk dirinya bertanding tetapi terpaksa menolak dengan alasan belum bersedia kerana banyak lagi perkara yang perlu dipelajari daripada kepimpinan PAS terutamanya dari kepimpinan Dewan Muslimat tentang dunia politik.

"Saya tidak melakukan tindakan terburu-buru untuk memberikan jawapan selagi ilmu belum penuh dalam bidang politik.

"Masih banyak saya kena belajar sebab berpolitik bukan mudah sepertimana yang disangkakan.

"Justeru itu, jika ada tawaran secara rasmi pun saya tetap akan mengkaji, meneliti dan solat istiqarah kerana bimbang tanggungjawabnya amat berat, " terangnya ketika menjawab persoalan peserta dan peminatnya dalam program Hi-Tea bersama Aisyah di Padang Awam, Taman Alma Jaya, Bukit Mertajam semalam.

Ketua pemuda Umno parah ditikam

KUALA LUMPUR, 24 Sept — Ketua Pemuda Umno Kepong Datuk Norizan Ali parah ditikam dalam satu kejadian berhampiran rumahnya di Jalan Dagang 2/4 Taman Dagang, Ampang di sini kira-kira 3.30 pagi tadi.

Ketika kejadian, Norizan, 41, dikatakan baru sahaja keluar dari kereta yang diparkir kira-kira 20 meter dari rumahnya sejurus pulang daripada menonton perlawanan bola sepak di sebuah kedai makan berhampiran.

Isteri Norizan, Roslinda Kamarudin, 38, berkata tikaman tersebut menyebabkan suaminya mengalami kecederaan parah di perut dan jari tangan.

Menurut Roslinda, kejadian itu disedarinya setelah terdengar pintu pagar rumah mereka diketuk bertalu-talu diiringi jeritan meminta tolong.

“Semasa kejadian, saya dan anak perempuan berada di tingkat atas rumah apabila terdengar suara meminta tolong dan pintu pagar diketuk.

“Apabila keluar, saya dan Amalina (anak) amat terkejut apabila melihat suami terbaring di pagar dengan badan berlumuran darah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Roslinda berkata melihat keadaan suaminya yang tidak bermaya, anaknya yang berusia 19 tahun itu terus menghubungi polis serta ambulans dan Norizan kemudiannya dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut.

Jiran mereka, Abd Wahab Karim, 54, berkata semasa kejadian, beliau ada terdengar bunyi enjin motosikal sebelum terdengar jeritan meminta tolong daripada isteri mangsa.

“Bila keluar dari rumah, saya melihat mangsa yang tinggal bersebelahan terbaring dalam keadaan separuh sedar dengan tubuh dibasahi darah dan kecederaan diperutnya saya lihat agak parah,” katanya yang turut hadir memberikan sokongan kepada isteri mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata polis menerima laporan kejadian pada 4 pagi dan tiba di lokasi kejadian tiga minit selepas itu.

Beliau yang ditemui selepas melawat Norizan di hospital, berkata siasatan awal polis mendapati tiada barangan milik mangsa yang hilang dan siasatan lanjut mengenai motif kejadian hanya boleh diputuskan selepas mendapat keterangan daripada mangsa.

“Mangsa kini sedang menjalani pembedahan. Kita terpaksa tunggu sehingga beliau sedar untuk merekodkan keterangan bagi membantu siasatan,” katanya. — Bernama

Foto Berbicara : Antara Bini Pemimpin Malaysia Dan Isteri Kerabat Diraja Brunei

 "Isteri Najib,Rosmah Mansor (kanan) bersama Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud (dua, kiri) dan isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib hadir pada Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja Puteri Sultan Brunei Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dan pasangannya Pengiran Muhammad Ruzaini di Istana Nurul Iman.Foto Bernama.


Hanya bini PM Malaysia dan bini Taib Mahmud lain dari yang lain... mintak Rosmah lihat sekeliling!!Sultan Brunei juga tidak dayus... menjaga aurat tanggungannya....


Ahad, 23 September 2012

Foto Berbicara : Antara Sanjungan Dan Penghinaan Terhadap Tok Guru Nik Aziz

 Walaupun berlainan bangsa dan berbeza fahaman agama,Orang bukan Islam begitu menghormati dan menyanjungi Tok Guru
 Penghinaan terhadap Tok Guru oleh mereka yang mengaku melayu dan Islam

Foto 1 :  Dirakam ketika Tok Guru meluangkan masa menziarahi kematian ibu kepada Tan Choon Hwa, pengerusi TCH Group di Kota Bharu pagi tadi.

Perhatikan bagaimana hormatnya kaum Cina Kelantan pada Tok Guru.Mereka berbaris mengambil peluang untuk bersalam dan ada antara mereka yang mencium tangan Tok Guru...

Foto 2 : Bagaimana dasyatnya penghinaan terhadap Tok Guru oleh musuh musuh politik disebelah sana yang mengaku melayu dan Islam.Bukan sekadar menghina Tok Guru bahkan turut menghina sunnah Rasulullah SAW  DISINI.Fikir fikirkanlah...

Program Keagamaan Di Selangor Rancak Bawah Pakatan Rakyat

SHAH ALAM 23 SEPT: Di bawah Pakatan Rakyat(PR) program-program keagamaan dilihat bertambah rancak di Selangor.

Lebih membanggakan ia semakin mendapat sambutan masyarakat umum, khususnya golongan muda secara mendadak sejak kebelakangan ini.

Kejayaan tersebut disifatkan berpunca dari hasil pendekatan dan kerjasama erat antara golongan agamawan dan Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Demikian menurut Imam Besar Masjid Negeri Selangor, Ustaz Ahmad Mustafa Mohd Sidin dalam satu wawancara eksklusif dengan TV Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah baru-baru ini.

“Ada kalangan penceramah kita hari ini berjaya menarik golongan anak muda dan pengalaman saya sendiri di masjid ini dengan adanya ‘ustaz ikon’ sebegini kita tengok program kita sudah ada 50/50 atau pun 40/60 peratus sebahagiannya adalah orang muda.

“Ini adalah tanggungjawab besar yang berjaya dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dan kita berharap dapat diteruskan, bukan sahaja di peringkat negeri, tetapi di peringkat kecil-kecilan di daerah-daerah,” kata beliau.

Pada masa ini, selain memperbanyak program keagamaan, Kerajaan Negeri turut  menggunakan pendekatan dengan menyelitkan ikon di kalangan tokoh agama terkenal  dalam program-program yang dianggap mampu menarik kehadiran golongan muda.

Antaranya penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Don Daniyal yang pernah dijemput mengadakan ceramah agama dalam program sambutan ambang tahun baru, Sambutan Hari Belia Selangor, Konvoi ke Masjid dan lain-lain.

“Mungkin pendekatan kita yang lama dahulu kita tidak lihat penerimaan mereka dan mereka mungkin rasa ceramah agama ini hanya untuk orang tua-tua sahaja.

“Apabila turunnya penceramah kita di padang, stadium dan tempat-tempat yang disukai orang muda, akhirnya menarik hati orang muda ini dan akhirnya mereka turun pula ke masjid dan surau.

“Bagi saya ini adalah kejayaan yang baik dan berjaya dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri,” kata Ahmad lagi.

Ahmad juga menjelaskan, berbeza dari dahulu, program yang dijalankan di masjid juga bertambah dengan pelbagai kelas agama dan mendapat sambutan positif dari masyarakat Islam Selangor.

“Kita dapat tengok masjid mengadakan kuliah keagamaan pelbagai waktu, bukan sekadar kalau dahulu kuliah cuma diadakan selepas Maghrib atau selepas Subuh tetapi sekarang pada waktu pagi sudah bermula seperti Kuliah Duha yang dahulu kita tak pernah dengar sekarang dah ada dan juga kelas selepas waktu Asar.

“Kalau hari Sabtu dan Ahad kuliah diadakan dari pagi hinggalah ke malam,” ujar beliau lagi.Menurut Ahmad, pernah dalam sebuah program yang diadakan pada waktu Subuh di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sebelum ini, mencatatkan kehadiran orang ramai yang menyamai kehadiran solat Jumaat di masjid sama.TVS

Video : Ceramah Barisan Nasional Kutuk UMNO




Ceramah makan tuan. Tidak tahu beza warna bendera. Mahu hentam Pakatan Rakyat tetapi tanpa disedari bendera Umno juga mempunyai warna yang sama.Bendera Indonesia dicipta pada tahun 1944 dan mula dikibarkan pada 1945 rujuk SINI.

Sementara bendera Umno mula direka selepas penubuhannya pada 1946 rujuk SINI.Nama pun hampir sama,bendera Indonesia disebut Sang Saka Merah Putih sementara bendera Umno Sang Saka Bangsa.Siapa yang tiru siapa sebenarnya kih..kih..kih..

Sabtu, 22 September 2012

Dari Seorang Penjual Kelapa Salai, Akhirnya Menjadi MB Selangor

 Buku ‘Fearless: From Kampung Boy To CEO’ dilancarkan oleh isteri Menteri Besar Selangor, Puan Sri Salbiah Tunut dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Sunway Pyramid

Memandang dengan wajah yang sayu, anak itu tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan rumah salai kelapa yang dibina bersama neneknya dari rentung dijilat api.

Pada hari itu, bukan sahaja salah satu punca pendapatan keluarganya hilang, malah dia harus mencari jalan melangsaikan upah yang perlu dibayar kepada beberapa orang perkerja.

Tertekan dengan kejadian itu, semangatnya tidak patah, malah dia mampu berdiri di hadapan keluarganya bagi menyatakan kesediaannya untuk bertanggungjawab atas kejadian tersebut, sedangkan ketika itu dia cuma berusia 12 tahun.

Akibatnya, anak itu kehilangan biasiswa persekolahan dan terpaksa membuat kerja sambilan dengan mengajar matematik kepada anak-anak seorang tauke Cina yang bersekolah di darjah tiga dan empat.

Akhirnya, hasil titik peluh anak kampung itu, beliau berjaya meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarganya.

Peristiwa kebakaran rumah salai itu memberi kesan sangat mendalam di hati kecil anak itu dan masih kekal dalam ingatanya.

Pada 1979, 21 Tahun selepas kejadian kebakaran rumah salai neneknya, anak kecil yang pernah menjual kelapa salai itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Permodalan Nasional Berhad.

Dua tahun kemudiannya, nama penjual kelapa salai itu menjadi sebutan masyarakat dan korporat antarabangsa.

Saifuddin Nasution sifatkan Pengerusi SPR penipu besar

KUALA LUMPUR 22 Sept: Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mempertahan laporan audit KEADILAN berhubung daftar pengundi di Selangor yang didakwa sebagai penipuan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Memetik laman The Malaysian Insider, Saifuddin berkata, beliau berdiri teguh dengan audit tersebut dan ia bukan sekadar untuk menafikan laporan SPR.

Sebaliknya, beliau menyifatkan Abdul Aziz sebagai ‘penipu besar’ kerana memberi fakta salah berhubung daftar pengundi negeri itu.

Dalam sidang media semalam, Abdul Aziz menuduh kononnya ada unsur penipuan dalam audit daftar pemilih yang dijalankan KEADILAN di Selangor.

Abdul Aziz juga mendakwa pondok yang dijadikan alamat kepada 13 pengundi seperti yang dinyatakan laporan audit itu adalah tempat letak motosikal penduduk berhampiran.

Saifuddin turut menafikan dakwaan itu dengan mengatakan gambar yang ditunjukkan Abdul Aziz bukan diambil daripada beliau, sebaliknya dari iPad Abdul Aziz sendiri.

“Dalam hal ini, saya boleh katakan dia penipu besar.“Saya akan pastikan bahawa alamat itu adalah pondok dan bukan tempat letak motosikal,” katanya lagi seperti dipetik.

Menurut laman berita itu, statistik terbaru SPR menunjukkan jumlah pengundi berdaftar seramai 13,052,374 orang, dan 274,247 daripadanya adalah pengundi tidak hadir iaitu tentera, polis dan pengundi luar negara.

Menurutnya lagi, Selangor mempunyai pengundi luar negeri tertinggi iaitu 597 orang dan Kuala Lumpur pula mempunyai jumlah pengundi tidak hadir tertinggi iaitu 40,543 orang.KD