JOHOR: Sekurang-kurangnya tiga kenderaan termasuk kereta yang dinaiki
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dirosakkan pihak tertentu yang tidak
senang dengan program Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Johor hari
ini.
Kedua-dua tayar kereta milik Penggerak Institut Peduli Rakyat
(Peduli), Datuk Seri Abdul Rahman Maidin itu dirobek manakala cerminnya
dipecahkan sebelum ia disedari kira-kira jam 1 petang.
Ketika kenderaan itu dirosakkan, kereta itu diletakkan hanya 500
meter dari balai polis Sungai Rengit, tidak jauh dari tapak perhimpunan
berkenaan.
Selain
itu, dua kereta yang dinaiki aktivis sosial, Hishammudin Rais dan
wartawan Suara Keadilan, Sidiqin Omar pula disimbah asid pagi ini.
Kejadian yang disedari sekitar jam 7.30 pagi itu berlaku depan rumah
yang mereka tumpangi di Jalan Teluk Ramonia, Sungai Rengit.
Asid itu dipercayai disimpan dalam plastik sebelum disimbah ke bonet
dan pintu kiri kedua-dua kereta itu, menyebabkan cat kenderaan
mengelupas.
Perbuatan itu dipercayai didalangi samseng Umno berikutan pelbagai
program yang cenderung kepada Pakatan Rakyat diganggu kebelakangan ini
termasuk tiga kali simbahan terhadap bas Merdeka Rakyat dan banyak lagi.KD
depa dah ketagih nak buat kerja-kerja yang tidak manfaat.
BalasPadam