KUALA LUMPUR 22 Sept: Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin
Nasution Ismail mempertahan laporan audit KEADILAN berhubung daftar
pengundi di Selangor yang didakwa sebagai penipuan oleh Pengerusi
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Memetik laman The Malaysian Insider, Saifuddin berkata, beliau
berdiri teguh dengan audit tersebut dan ia bukan sekadar untuk menafikan
laporan SPR.
Sebaliknya, beliau menyifatkan Abdul Aziz sebagai ‘penipu besar’
kerana memberi fakta salah berhubung daftar pengundi negeri itu.
Dalam sidang media semalam, Abdul Aziz menuduh kononnya ada unsur
penipuan dalam audit daftar pemilih yang dijalankan KEADILAN di
Selangor.
Abdul Aziz juga mendakwa pondok yang dijadikan alamat kepada 13
pengundi seperti yang dinyatakan laporan audit itu adalah tempat letak
motosikal penduduk berhampiran.
Saifuddin turut menafikan dakwaan itu dengan mengatakan gambar yang
ditunjukkan Abdul Aziz bukan diambil daripada beliau, sebaliknya dari
iPad Abdul Aziz sendiri.
“Dalam hal ini, saya boleh katakan dia penipu besar.“Saya akan pastikan bahawa alamat itu adalah pondok dan bukan tempat letak motosikal,” katanya lagi seperti dipetik.
Menurut laman berita itu, statistik terbaru SPR menunjukkan jumlah
pengundi berdaftar seramai 13,052,374 orang, dan 274,247 daripadanya
adalah pengundi tidak hadir iaitu tentera, polis dan pengundi luar
negara.
Menurutnya lagi, Selangor mempunyai pengundi luar negeri tertinggi
iaitu 597 orang dan Kuala Lumpur pula mempunyai jumlah pengundi tidak
hadir tertinggi iaitu 40,543 orang.KD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan