MCA akan menamakan pemuda parti itu sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi melawan calon Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac akan datang.
Akhbar Berita Harian melaporkan parti itu sudah menyenarai pendek tiga
nama potensi calon termasuk Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon dan bekas
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin
Paduka Chew Mei Fun.
Bagaimanapun, sumber memberitahu akhbar tersebut Chong merupakan calon
pilihan parti itu berdasarkan sokongan politik dan kehendak pengundi di
kawasan berkenaan.
"Calon yang akan menjadi taruhan daripada Pemuda MCA, namun tidak dapat
dipastikan sama ada ketua pemuda MCA sudah mula menggerakkan jentera
untuk bertemu pengundi kawasan itu," kata sumber itu dipetik daripada
akhbar berkenaan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam menetapkan tarikh PRK DUN Kajang
pada 23 Mac 2014, manakala hari penamaan calon akan diadakan pada 11
Mac 2014.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata PRK DUN Kajang dijangka menelan belanja RM1.6 juta.
Katanya, hari pengundian awal akan dijalankan pada 19 Mac 2014, membabitkan 1,977 pengundi.PRK Kajang diadakan berikutan penyandang kerusi itu, Lee Chin Cheh
daripada PKR meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar yang
turut dikatakan akan mengambil alih jawatan menteri besar Selangor.
Lee, 42, adalah seorang peguam dan bekas ahli parti Gerakan selama 10 tahun.Dalam PRU13, Lee mendapat 19,571 undi, berbanding calon BN, Lee Ban Seng yang mendapat 12,747 undi.
Seramai 39,278 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 38,055 pengundi biasa akan mengundi dalam PRK kali ini, melibatkan 19,612 pengundi lelaki dan 19,666 pengundi wanita.TMI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan