KUALA
LUMPUR 23 DIS: Himpunan Hijau peserta perkhemahan ‘Solidariti Untuk
Omar’ di Dataran Merdeka mulai petang ini, kata Pengerusi Solidariti
Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang.
“Kita sedang tunggu mereka. Perkhemahan dijangka bermula petang ini.
Difahamkan sayap pemuda Himpunan Hijau yang akan sertai kita. Tujuannya
untuk beritahu orang ramai mengenai perjuangan pendidikan percuma dan
hukuman penjara sebulan terhadap Omar.
“Esok kita akan beramai-ramai ke Mahkamah Jalan Duta memberi sokongan kepada Omar yang memfail rayuan hukuman,” katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.
Ketua
Pemuda DAPSY, Teo Kok Seong yang berada di Dataran Merdeka pagi ini
menyelar kerajaan yang menggunakan Akta Majlis Perbandaran Tempatan bagi
menyekat demokrasi dan hak berhimpun secara aman.
“Isunya tentang pendidikan. Mereka ‘Occupy’ untuk bersuara
memansuhkan PTPTN. Itu cuma permintaan. Kerajaan patut turun dengar.
Anak muda ada idea berbeza tentang pendidikan,” katanya.
Kira-kira 30 mahasiswa dan orang ramai berkhemah di depan penjara
Kajang sejak Jumaat lalu dengan malam tadi diadakan acara BBQ dan
nyanyian lagu protes.
Mereka turut diawasi kira-kira sepuluh anggota Unit Keselamatan
Penjara (UKP) Kajang yang membuat sekatan di depan pagar dan 12 anggota
polis beruniform dan preman.
Terdahulu pada sebelah petang. UKP menghalang peserta perkhemahan
menggunakan masjid untuk solat sehingga mengundang rasa simpati penduduk
setempat.
Sebahagian mereka turut membawakan makanan, minuman dan ubat nyamuk.
Selain itu, Adun Kajang, Lee Kim Sin menaja lima set khemah baru.KD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan