KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini
memutuskan bahawa rampasan baju Bersih 2.0 oleh pihak polis dan Menteri
Dalam Negeri tidak sah.
Sehubungan itu, Mahkamah Tinggi turut memerintahkan bahawa pihak
polis harus memulangkan baju-baju yang dirampas kepada plaintif dalam
masa 14 hari.
Demikian dimaklumkan Pengarah Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi
Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ahmad Zamri As’ad Khuzaimi dalam satu kenyataan, hari ini.
Berikut adalah kenyataan beliau.
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memutuskan bahawa rampasan baju
Bersih 2.0 oleh pihak polis dan Menteri Dalam Negeri tidak sah di mana
Mahkamah Tinggi turut memerintahkan bahawa pihak Polis harus memulangkan
baju-baju yang dirampas kepada Plaintif dalam masa 14 hari.
Plaintif di dalam kes ini iaitu Musafri bin Abdullah Azmi memfailkan
saman terhadap Dato’ Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam
Negeri dan 3 yang lain kerana mendakwa penahanan beliau dan rampasan
pihak Polis terhadap baju-baju beliau yang tertera “Bersih 2.0 Gabungan
Pilihanraya BERSIH dan Adil” pada 24/6/2011 adalah salah dan tidak sah,
mala fide, melanggar hak dan kebebasan asasi manusia serta melanggar
Pelembagaan Persekutuan.
Plaintif diwakili barisan Peguam daripada Jabatan Undang-undang dan
Hak Asasi Manusia, Dewan Pemuda PAS Malaysia (JUHAM) iaitu Mohd
Nazruddin Abdullah, Ahmad Termizi Abdullah, Noorazmir Zakaria dan
Azizzul Shariman
Perbicaraan adalah di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi
Shah Alam, iaitu Yang Arif Dato’ Hj Zainal Azman bin Ab Aziz.
JUHAM
menyambut baik keputusan Mahkamah tersebut kerana tindakan pihak Polis
yang sewenang-wenangnya merampas baju Bersih 2.0 jelas adalah suatu
tindakan yang tidak bertamadun dan merupakan suatu tindakan terdesak
bagi menghalalkan niat jahat Umno dan Barisan Nasional bagi menghalang
kebangkitan rakyat dalam menyuarakan suatu Pilihanraya yang bebas dan
adil.
Keputusan Mahkamah ini juga membuktikan bahawa pihak polis telah
menyalahgunakan kuasa yang diberikan pihak Menteri apabila dengan
sengaja ingin menakut-nakutkan rakyat dengan membuat rampasan baju
Bersih 2.0 tersebut yang jelas suatu tindakan yang langsung tidak
berasas dan menyalahi hak asasi yang dijamin oleh Perlembagaan
Persekutuan. Apatah lagi, ASP Mohd Amirul Anbalagan bin Abdullah, 41,
yang merupakan pegawai penyiasat kes tersebut ketika memberikan
keterangan pada hari perbicaraan mengakui dan bersetuju bahawa memiliki
dan memakai baju Bersih 2.0 adalah tidak salah.
JUHAM ingin menegaskan bahawa hak asasi manusia tidak boleh dicabul
dengan menggunakan kuasa tangkapan dengan sewenang-wenangnya di mana
kuasa untuk menangkap oleh pihak polis haruslah berasaskan kepada syak
wasangka yang munasabah dan bukannya mengikut telunjuk UMNO dan Barisan
Nasional.
JUHAM komited untuk terus memperjuangkan hak asasi anggota masyarakat
yang ditindas dan menyeru seluruh rakyat Malaysia agar terus mara ke
hadapan dalam menuntut suatu Pilihanraya yang bebas dan adil tanpa rasa
gusar dan takut kerana hak anda sentiasa dijamin oleh Perlembagaan
Persekutuan.
Seterusnya JUHAM memberikan amaran kepada Umno dan Barisan Nasional
untuk tidak terus menggunakan taktik yang dayus dan menakutkan-nakutkan
rakyat. Hadapilah rakyat secara anak jantan pada Pilihanraya Umum yang
akan datang dan bukannya mempergunakan pihak polis hanya kerana ingin
mempertahankan kuasa yang ada yang telah semakin reput ditelan dek
kebangkitan rakyat.Hrkh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan