KOTA BHARU, 15 Nov — PAS sedang mengkaji untuk menambah
bilangan calon wanita bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 ini,
kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang malam ini.
Beliau (gambar)
berkata langkah itu diambil berikutan peranan Muslimat yang sangat
menggalakkan berdasarkan pencapaian di peringkat Parlimen dan juga Dewan
Undangan Negeri (DUN).
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar
Tahunan Dewan Muslimat PAS Pusat Kali Ke-52 di Kelantan Trade Centre di
sini.
Terdahulu, dalam ucapannya Abdul Hadi berkata PAS mengiktiraf peranan
wanita sejak 59 tahun lalu malah penglibatan wanita dalam parti itu
adalah mendahului negara-negara lain.
Sementara itu, Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusof dalam
ucaptamanya meminta semua Muslimat parti bersiap sedia untuk menghadapi
pilihan raya umum akan datang. — Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan