Penduduk Kampung Mohd Noor, Parit Sulong di sini, mengancam untuk keluar Umno berikutan parti itu langsung tidak mempeduli keselamatan mereka.
Mengesahkan perkara itu, Naib Ketua KEADILAN Cabang Parit Sulong,
Zaihan Zainal, berkata penduduk kecewa dan marah berikutan Majlis Daerah
Batu Pahat (MDBP) tidak mempeduli bantahan mereka berkaitan kedudukan
lokasi pembuangan sampah.
“Sudah dua kali bertemu dengan MDBP dan pimpinan Umno tapi rayuan
ditolak sedangkan lokasinya terletak berhampiran tempat tinggal mereka.
“Kalau
ikutkan, tempat pembuangan sampah itu di atas bukit, tapi di lereng dan
sekitarnya ada penempatan penduduk,” katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.
Zaihan berkata, kain rentang yang dipasang di satu persimpangan jalan
sejak seminggu lalu dan tersebar di internet, menunjukkan mereka tidak
akan berdiam diri dalam isu berkenaan.Beliau percaya bila-bila masa sahaja penduduk kampung itu, akan keluar Umno.
“Ia bakal memberi tamparan hebat kepada Umno kerana kawasan itu kubu kuat mereka. Setakat yang saya tahu, lebih kurang 30 peratus penduduk kampung itu sudahpun menyokong Pakatan,” katanya.KD
Pening Pak Jib
BalasPadamv
v
v
Ustaz Azhar Kemah Keming di Astro KLIK SINI
Tlonglah!
BalasPadamJangan seronok sangat dengan berita tu.....Depa gempaq Kelin saja keluar BN/UMNO sebab tak dapat apa yang diminta. Nanti bila dapat apa yang diminta, mereka akan ramai-ramai lompat balik.....percayalah. Dah banyak kali dah pergara sebegini terjadi. Jangan syok sangat wooi!