Isnin, 12 September 2011

Video : Tidak Dijajah,Soalan Pemuda PAS Untuk Mahathir




SHAH ALAM 12 SEPT : Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dan para sarjana sejarah didesak memberi penjelasan berhubung kenyataan beliau bahawa British tidak menjajah Tanah Melayu sebaliknya 'dijemput' Sultan Melayu ke negara ini.

Pengerusi Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS Malaysia Suhaizan Kayat menyatakan pelbagai kekeliruan telah timbul berikutan tindakan Mahathir yang mempertahankan kenyataan Majlis Profesor Negara (MPN) melalui jurucakapnya Prof. Zainal Kling, kononnya Tanah Melayu tidak pernah dijajah.

"Penjelasan itu dapat menjawab pelbagai persoalan yang kita ada. Sebab itu kita nak penjelasan. Hakikatnya siapa yang memerintah, British atau Sultan ? Peristiwa Tok Janggut bagaimana ? Tok Janggut penderhaka atau pejuang?
Selepas isu Mat Indera, kemerdekaan dan sebagainya barulah isu ini timbul. Sejak 1948 hingga 1957, masih banyak lagi perkara yang tak dapat konsensus sejarawan dan sarjana- sarjana negara kita," kata Suhaizan kepada TV Selangor hari ini.

Pagi tadi, Mahathir telah menyatakan bahawa secara teknikalnya memang Tanah Melayu tidak pernah dijajah kerana Sultan telah memutuskan untuk menjemput British manasihat baginda berkenaan pentadbiran negara ini.

Persolan yang dikemukakan Pemuda PAS ialah :-

1. Siapakah pemerintah sebenar pada zaman sebelum 31 Ogos 1957 ? Sultan atau British.

2. Apakah rakyat Tanah Melayu sebelum merdeka wajib patuh kepada pemintah pada masa tersebut?

3. Apakah status penderhaka atau pengkhianat yang kita boleh berikan kepada Tok Janggut yang telah membunuh mata-mata terdiri daripada orang Melayu
beragama Islam semasa kumpulan tersebut menyerang kepentingan pemerintah di Kota Baharu pada tahun 1915 ?

4. Apakah status yang boleh kita berikan kepada pegawai-pegawai Melayu beragama Islam yang bermati-matian mempertahankan pemerintah pada masa tersebut?

5. Apakah ada propaganda pemerintah pada sebelum 31 hb Ogos 1957 yang menyatakan bahawa sesiapa yang berlawan dengan pemerintah bererti menderhaka kepada baginda Sultan?

6. Apakah salah kita menanggap UMNO sebagai anak emas perintah setelah tidak diharamkan oleh pemerintah pada masa darurat 1948 sedangkan semua pertubuhan lain diharamkan?

Dalam pada itu, Suhaizan turut menyelar sikap Kerajaan yang seolah bersikap dingin dan tiada perancangan jangka panjang dalam beberapa isu besar.

Beliau menyatakan sikap "Seperti Pahat dengan Penukul" ini perlu diubah agar negara tidak dilihat sebagai negara 'ad hoc' yang hanya mengambil kira isu tertentu setelah ia kecoh di kalangan rakyat.

"Saya khuatir semua jadi ad-hoc comitee sahaja. Bila sentuh SPR baru nak baiki, bila sentuh sejarah, baru nak baiki. Jadi macam tak ada pelan jangka panjang. Patutnya kerajaan yang stabil ada pelan jangka panjang, banyak kajian harus dilakukan. baru orang tak panggil negara ad- hoc commitee," kata beliau

Suhaizan turut menyatakan media sepatutnya memainkan peranan dalam menyampaikan maklumat dalam masyarakat untuk meransang daya fikir rakyat negara ini terutamanya dalam isu besar seperti ini.

Dalam media ni benda remeh selalu masuk. Contohnya untuk sejarah ni, perbanyakkan filem mengenai sejarah. Tak ada filem mengenai Tok Janggut atau Burhanuddin Helmi misalnya. Media kita khususnya media Melayu tak mendidik rakyat untuk cerdik dan berfikir di negara ini.TVS

Amaran Untuk Umno,Parti Komunis China Tetap Merbahaya

Apakah Parti Komunis China tidak merbahaya kerana Umno mengadakan hubungan langsung, walaupun ia tetap komunis? Datuk Seri Najib Tun Razak yang cuba hendak menghalalkan tindakan Umno, dengan mengatakan “kita baik dengan negara komunis sekarang kerana mereka telah tinggalkan ideologi lama mereka"

Jika hubungan antara kerajaan Malaysia dengan Kerajaan China tidak mengapa, masalahnya Umno mengadakan hubungan dengan Parti Komunis China pada 5 Oktober 2010. Malahan hendak menghantar generasi muda Umno dari kalangan Putera dan Puteri Umno untuk belajar dengan Parti Komunis China. Ini dinyatakan dengan rasmi oleh Tengku Adnan Mansur selaku Setiausaha Agung Umno.

[Gambar - bendera parti komunis China)

Bukankah tindakan ini merbahaya kepada generasi muda Umno? Apakah modal lapok perkauman dan bangsa sudah tidak relevan sehingga hendak pergi mengemis dengan Parti Komunis China untuk mendapat idea baru dalam Umno. Rakyat mesti memandang ini adalah perkara yang merbahaya kepada negara jika perkara ini berterusan terutama kepada generasi muda, kerana Umno hendak hantar orang muda pergi belajar dengan parti komunis China.

Parti Islam SeMalaysia istiqamah daripada dulu sampai sekarang menolak fahaman komunis. Sedangkan di dalam Umno pernah berlaku penangkapan "tiga Abdul" kerana menjadi tali barut komunis Russia (KGB). Setakat hari ini tidak ada ucapan pemimpin Pas yang menyokong komunis dan ditangkan menjadi tali barut komunis walaupun pemimpin Umno pernah menuduh Pas lebih merbahaya daripada komunis.

*** Kenyataan Media Ustaz Idris Ahmad AJK Kerja PAS Pusat, Pengerusi Lujnah Tarbiyah

Negara Tak Pernah Dijajah ?? Ulasan Tok Guru Nik Aziz

Gambar fail

Ulasan dipetik dari Facebook Nik Abdul Aziz Nik Mat...
Tadi ditanya oleh wartawan apa pandangan saya tentang beberapa orang profesor yang mendakwa Tanah Melayu tidak pernah dijajah.

Saya katakan, orang ini tidur dalam gua begitu lama lalu sedar dan berkata-kata dalam keadaan mengigau.

Barangkali akibat berada dalam usus penjajah begitu lama... Mahu juga saya dengar apa pandangan pemimpin UMNO berkenaan kenyataan ini? Atau memilih untuk mendiamkan diri?

Jamil Khir masih membisu terhadap penghina Islam

KUALA LUMPUR: Sikap tidak peduli Jamil Khir dan Rais Yatim terhadap penghinaan agama Islam dan Yang Dipertuan Agong bukti adalah bukti jelas mereka tidak serius mengekang fitnah dan penghinaan terhadap Islam.

Perkara itu dinyatakan penyelaras Jingga 13, Fariz Musa( gambar ) sewaktu beliau mengetuai rombongan Jingga 13 menyampaikan surat memohon perkenan menghadap Yang Di-Pertuan Agong berkenaan perkara itu, pagi tadi.

Jingga 13 sebelum ini membangkitkan isu laman facebook ‘Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara’ yang rancak menghina agama Islam termasuk mempersenda dan memalsukan ayat Al-Quran, menghina Nabi Muhammad dan cara umat Islam beribadat.

“Dibandingkan dengan isu yang melibatkan Rais, ada penulis blog diambil tindakan tegas, didakwa dan dihukum. Ironinya, pemilik laman facebook Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara tidak pernah disiasat.

“Manakala Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di bawah Menteri Jamil Khir pula membisu terhadap penghinaan Yang Dipertuan Agong. Mengapa berat sebelah?

“Apakah ini reaksi pihak yang sepatutnya menjaga kepentingan umat dan simbol penyatuan orang Islam di negara ini?” kata Fariz kepada Keadilandaily.com

Datuk Seri Jamil Khir Baharom adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal-ehwal agama Islam.

Datuk Seri Rais Yatim pula adalah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang mengawal selia Suruhanjaya Komunikasi, dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menurut Fariz, penghinaan terhadap Islam itu perlu dihentikan kerana ia dibimbangi menyebabkan orang lain mengambil kesempatan menghina agama-agama lain dalam negara ini.

“Kemungkinan akan ada pihak-pihak tidak bertanggunjawab mengambil kesempatan. Sentimen agama akan dimainkan dan suasana ini boleh menyebabkan negara tidak stabil.

“Banyak laporan sudah dibuat, tapi mereka anggap perkara ini tak penting. 29 Mei lalu Jamil menyatakan komitmennya untuk membuat siasatan, tapi sampai hari ini tiada tindakan diambil,” kata Fariz.

Satu petisyen dalam talian dilancarkan Jingga 13 dengan menyasarkan sokongan dari pertubuhan Islam dan badan politik mengutuk fitnah pemilik laman facebook tersebut dan mendesak tindakan segera Jakim dan SKMM.

Difahamkan, 5,000 tanda tangan telah diperolehi dan Jingga 13 merancang untuk mengadap ke Istana Negara sekali lagi pada 24 September untuk menyerahkan memorandum rasmi.

Jingga 13 sebelum ini membongkar penyelewengan Buletin Utama TV3 pada 21 Ogos lalu, yang melaporkan kelas tuisyen di Jalan Klang Lama yang kononnya menjadi pusat penyebaran agama Kristian kepada pelajar beragama Islam.

Semakan Jingga 13 mendapati, surau Al Musyrikin itu sendiri tidak pernah wujud. Sehubungan itu, NGO itu membuat laporan polis kerana berita itu didakwa tidak benar.Keadilandaily

PRU13: Pakatan Rakyat Tukar Kerusi ‘Suka Sama Suka’

GOMBAK: Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pertukaran kerusi dalam Pakatan Rakyat di beberapa negeri berdasarkan konsep ‘suka sama suka’ terutama melibatkan kawasan yang mempunyai pengundi campur.
Menurut Tuan Ibrahim, pertukaran kerusi banyak melibatkan PKR berbanding DAP dan keputusan itu akan dimuktamadkan oleh Pakatan Rakyat selepas keputusan dari negeri-negeri diterima.
Ujar beliau, antara negeri yang mengamalkan konsep itu termasuklah Negeri Sembilan, Pahang dan kebanyakan pertukaran kerusi melibatkan PKR manakala di Perak pula, pertukaran kerusi banyak dibuat dengan DAP.
“Pertukaran kerusi suka sama suka ini berlaku di Negeri Sembilan, Pahang dan banyak tempat lain lagi. Bila dah negeri sudah bersetuju maka perkara ini akan dibawa dalam majlis Pakatan Rakyat.
Namun pertukaran kerusi ini banyak melibatkan PKR. PAS dan DAP pula di Perak. Setakat ini pertukaran ini adalah perkara biasa apabila melibatkan kawasan yang mempunyai pengundi campur.
“Walau bagaimanapun PAS Pusat masih belum menerima keputusan dari keseluruhan negeri-negeri. Ini memandangkan banyak tempat berlaku pertindihan dan parti lain rasa lebih berpotensi untuk menang.
“Jika pertindihan itu tidak selesai maka kita akan bawa kepada majlis Pakatan Rakyat,” katanya kepadaFMT.