Isnin, 12 September 2011

Jamil Khir masih membisu terhadap penghina Islam

KUALA LUMPUR: Sikap tidak peduli Jamil Khir dan Rais Yatim terhadap penghinaan agama Islam dan Yang Dipertuan Agong bukti adalah bukti jelas mereka tidak serius mengekang fitnah dan penghinaan terhadap Islam.

Perkara itu dinyatakan penyelaras Jingga 13, Fariz Musa( gambar ) sewaktu beliau mengetuai rombongan Jingga 13 menyampaikan surat memohon perkenan menghadap Yang Di-Pertuan Agong berkenaan perkara itu, pagi tadi.

Jingga 13 sebelum ini membangkitkan isu laman facebook ‘Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara’ yang rancak menghina agama Islam termasuk mempersenda dan memalsukan ayat Al-Quran, menghina Nabi Muhammad dan cara umat Islam beribadat.

“Dibandingkan dengan isu yang melibatkan Rais, ada penulis blog diambil tindakan tegas, didakwa dan dihukum. Ironinya, pemilik laman facebook Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara tidak pernah disiasat.

“Manakala Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di bawah Menteri Jamil Khir pula membisu terhadap penghinaan Yang Dipertuan Agong. Mengapa berat sebelah?

“Apakah ini reaksi pihak yang sepatutnya menjaga kepentingan umat dan simbol penyatuan orang Islam di negara ini?” kata Fariz kepada Keadilandaily.com

Datuk Seri Jamil Khir Baharom adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal-ehwal agama Islam.

Datuk Seri Rais Yatim pula adalah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang mengawal selia Suruhanjaya Komunikasi, dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menurut Fariz, penghinaan terhadap Islam itu perlu dihentikan kerana ia dibimbangi menyebabkan orang lain mengambil kesempatan menghina agama-agama lain dalam negara ini.

“Kemungkinan akan ada pihak-pihak tidak bertanggunjawab mengambil kesempatan. Sentimen agama akan dimainkan dan suasana ini boleh menyebabkan negara tidak stabil.

“Banyak laporan sudah dibuat, tapi mereka anggap perkara ini tak penting. 29 Mei lalu Jamil menyatakan komitmennya untuk membuat siasatan, tapi sampai hari ini tiada tindakan diambil,” kata Fariz.

Satu petisyen dalam talian dilancarkan Jingga 13 dengan menyasarkan sokongan dari pertubuhan Islam dan badan politik mengutuk fitnah pemilik laman facebook tersebut dan mendesak tindakan segera Jakim dan SKMM.

Difahamkan, 5,000 tanda tangan telah diperolehi dan Jingga 13 merancang untuk mengadap ke Istana Negara sekali lagi pada 24 September untuk menyerahkan memorandum rasmi.

Jingga 13 sebelum ini membongkar penyelewengan Buletin Utama TV3 pada 21 Ogos lalu, yang melaporkan kelas tuisyen di Jalan Klang Lama yang kononnya menjadi pusat penyebaran agama Kristian kepada pelajar beragama Islam.

Semakan Jingga 13 mendapati, surau Al Musyrikin itu sendiri tidak pernah wujud. Sehubungan itu, NGO itu membuat laporan polis kerana berita itu didakwa tidak benar.Keadilandaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan