GOMBAK: Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
berkata pertukaran kerusi dalam Pakatan Rakyat di beberapa negeri
berdasarkan konsep ‘suka sama suka’ terutama melibatkan kawasan yang
mempunyai pengundi campur.
Menurut Tuan Ibrahim, pertukaran kerusi banyak melibatkan PKR
berbanding DAP dan keputusan itu akan dimuktamadkan oleh Pakatan Rakyat
selepas keputusan dari negeri-negeri diterima.
Ujar beliau, antara negeri yang mengamalkan konsep itu termasuklah
Negeri Sembilan, Pahang dan kebanyakan pertukaran kerusi melibatkan PKR
manakala di Perak pula, pertukaran kerusi banyak dibuat dengan DAP.
“Pertukaran kerusi suka sama suka ini berlaku di Negeri Sembilan,
Pahang dan banyak tempat lain lagi. Bila dah negeri sudah bersetuju
maka perkara ini akan dibawa dalam majlis Pakatan Rakyat.
Namun pertukaran kerusi ini banyak melibatkan PKR. PAS dan DAP pula
di Perak. Setakat ini pertukaran ini adalah perkara biasa apabila
melibatkan kawasan yang mempunyai pengundi campur.
“Walau bagaimanapun PAS Pusat masih belum menerima keputusan dari
keseluruhan negeri-negeri. Ini memandangkan banyak tempat berlaku
pertindihan dan parti lain rasa lebih berpotensi untuk menang.
“Jika pertindihan itu tidak selesai maka kita akan bawa kepada majlis Pakatan Rakyat,” katanya kepadaFMT.
Kerusi Bebas?
Ketika ditanya mengenai kerusi diwakili oleh wakil rakyat bebas,
beliau berkata Pakatan akan berbincang mengenai parti berpotensi untuk
bertanding dikawasan terbabit.
Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata partinya tetap
menghargai parti yang memenangi kawasan tersebut sebelum ini.
“Kita akan bincang siapa yang berpotensi untuk menang memandangkan
semua parti berminat, namun PAS menghargai parti yang pernah
menang….bila ada wakil rakyat yang melompat parti maka ia akan beri
sedikit kesan,” jelasnya.
Kerusi yang dimiliki wakil rakyat bebas merupakan kawasan parlimen
seperti Bayan Baru dan Nibong Tebal (Pulau Pinang), Wangsa Maju (Kuala
Lumpur), Kulim Bandar Baru (Kedah) dan Bagan Serai (Perak).
Namun lima ahli parlimen itu kemudian bertindak keluar PKR dan mengisytiharkan diri mereka sebagai anggota ‘konsensus bebas’.
Dalam perkembangan lain, Tuan Ibrahim berkata PAS Pusat akan
memanggil Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli berhubung
kenyataannya mengenai isu Lynas yang disiarkan di TV3 pada Ogos lalu.
Beliau menjelaskan Che Rosli hanya akan dipanggil memberi penjelasan
dalam masa terdekat, namun tiada tindakan disiplin akan dikenakan
terhadapnya.FMT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan