Isnin, 12 September 2011

Video : Tidak Dijajah,Soalan Pemuda PAS Untuk Mahathir




SHAH ALAM 12 SEPT : Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dan para sarjana sejarah didesak memberi penjelasan berhubung kenyataan beliau bahawa British tidak menjajah Tanah Melayu sebaliknya 'dijemput' Sultan Melayu ke negara ini.

Pengerusi Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS Malaysia Suhaizan Kayat menyatakan pelbagai kekeliruan telah timbul berikutan tindakan Mahathir yang mempertahankan kenyataan Majlis Profesor Negara (MPN) melalui jurucakapnya Prof. Zainal Kling, kononnya Tanah Melayu tidak pernah dijajah.

"Penjelasan itu dapat menjawab pelbagai persoalan yang kita ada. Sebab itu kita nak penjelasan. Hakikatnya siapa yang memerintah, British atau Sultan ? Peristiwa Tok Janggut bagaimana ? Tok Janggut penderhaka atau pejuang?
Selepas isu Mat Indera, kemerdekaan dan sebagainya barulah isu ini timbul. Sejak 1948 hingga 1957, masih banyak lagi perkara yang tak dapat konsensus sejarawan dan sarjana- sarjana negara kita," kata Suhaizan kepada TV Selangor hari ini.

Pagi tadi, Mahathir telah menyatakan bahawa secara teknikalnya memang Tanah Melayu tidak pernah dijajah kerana Sultan telah memutuskan untuk menjemput British manasihat baginda berkenaan pentadbiran negara ini.

Persolan yang dikemukakan Pemuda PAS ialah :-

1. Siapakah pemerintah sebenar pada zaman sebelum 31 Ogos 1957 ? Sultan atau British.

2. Apakah rakyat Tanah Melayu sebelum merdeka wajib patuh kepada pemintah pada masa tersebut?

3. Apakah status penderhaka atau pengkhianat yang kita boleh berikan kepada Tok Janggut yang telah membunuh mata-mata terdiri daripada orang Melayu
beragama Islam semasa kumpulan tersebut menyerang kepentingan pemerintah di Kota Baharu pada tahun 1915 ?

4. Apakah status yang boleh kita berikan kepada pegawai-pegawai Melayu beragama Islam yang bermati-matian mempertahankan pemerintah pada masa tersebut?

5. Apakah ada propaganda pemerintah pada sebelum 31 hb Ogos 1957 yang menyatakan bahawa sesiapa yang berlawan dengan pemerintah bererti menderhaka kepada baginda Sultan?

6. Apakah salah kita menanggap UMNO sebagai anak emas perintah setelah tidak diharamkan oleh pemerintah pada masa darurat 1948 sedangkan semua pertubuhan lain diharamkan?

Dalam pada itu, Suhaizan turut menyelar sikap Kerajaan yang seolah bersikap dingin dan tiada perancangan jangka panjang dalam beberapa isu besar.

Beliau menyatakan sikap "Seperti Pahat dengan Penukul" ini perlu diubah agar negara tidak dilihat sebagai negara 'ad hoc' yang hanya mengambil kira isu tertentu setelah ia kecoh di kalangan rakyat.

"Saya khuatir semua jadi ad-hoc comitee sahaja. Bila sentuh SPR baru nak baiki, bila sentuh sejarah, baru nak baiki. Jadi macam tak ada pelan jangka panjang. Patutnya kerajaan yang stabil ada pelan jangka panjang, banyak kajian harus dilakukan. baru orang tak panggil negara ad- hoc commitee," kata beliau

Suhaizan turut menyatakan media sepatutnya memainkan peranan dalam menyampaikan maklumat dalam masyarakat untuk meransang daya fikir rakyat negara ini terutamanya dalam isu besar seperti ini.

Dalam media ni benda remeh selalu masuk. Contohnya untuk sejarah ni, perbanyakkan filem mengenai sejarah. Tak ada filem mengenai Tok Janggut atau Burhanuddin Helmi misalnya. Media kita khususnya media Melayu tak mendidik rakyat untuk cerdik dan berfikir di negara ini.TVS

1 ulasan:

  1. Mahathir ni macam manusia hipokrat dah tiada alasan yang munasabah isu ini nak heret sama Sultan konon nya Dia dan UMno tidak salah memeperbodohkan rakyat

    BalasPadam