Jumaat, 30 September 2011

Hudud : Kenyataan ' Bangang ' YDP Yadim


KUALA LUMPUR, 30 Sept — Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Aziz Jamaludin Mhd Tahir berkata, masyarakat Islam hanya membantah hukum hudud ciptaan mereka yang gila kuasa memerintah, bukannya “menentang hukum hudud yang sebenar.”
“Setiap orang Islam tidak menentang hukum hudud yang sebenar, tetapi yang ditentang sekarang ialah hukum hudud ciptaan mereka yang gila kuasa untuk memerintah,” kata beliau (gambar) yang merujuk kepada usaha PAS sejak hampir dua dekad lalu.
Dalam menginterpretasikan hukum hudud, katanya, “kita sebenarnya harus memisahkan antara hukum hudud yang digariskan oleh al-Quran dan hadis, dengan hukum hudud yang digubal oleh yang mempunyai kepentingan politik semata-mata.”

Dalam perkembangan terbaru di sebalik isu kontroversi hudud yang muncul minggu lalu, PAS menegaskan, pihak yang menghalang pelaksanaan hukum hudud khususnya di Kelantan adalah Umno bukannya DAP.
PAS yang menerajui kerajaan negeri Kelantan telah menggerakkan usaha melaksanakan hudud pada 1993 - tiga tahun selepas mengambil alih pentadbiran negeri itu.
Dalam tulisan di Utusan Malaysia keluaran hari ini, Aziz berkata, keadilan hukum hudud yang hendak dibawa PAS juga boleh dipertikaikan jika prosedurnya tidak adil, keterangan yang diberikan bercanggah dan penyiasatan tidak lengkap.
“Undang-undang tetap dianggap tidak adil jika cara melaksanakannya tidak dijalankan seadil-adilnya. Umpamanya dalam menjatuhkan hukuman rejam. Sebelum hukuman dijatuhkan, ia perlu diadili dengan sebaik-baiknya,” kata beliau.

Katanya, “kita menyokong niat baik mereka untuk melaksanakan hukum hudud tetapi ia perlu mengambil kira hal-hal lain yang menuju ke arah keislaman, tidak hanya menggunakan undang-undang yang dikatakan Islam sahaja.”

Aziz berkata, untuk mencapai keadilan yang diharapkan bukanlah mudah kerana ia perlu kepada pelaksanaan yang betul. “Prosedur, keterangan-keterangan serta penyiasatan semuanya mesti betul,” katanya lagi sambil menambah, “ia bukanlah sesuatu yang boleh dilihat dengan mudah.”
“Contohnya hukum hudud seperti yang pernah dikemukakan oleh kerajaan PAS Kelantan yang dikatakan tidak dapat memberi keadilan.

“Kanun Jenayah Syariah II 1993 Kelantan dikatakan tidak mencerminkan hukum syarak yang sebenar,” katanya.Oleh itu kata beliau, dilema yang ada ialah dari segi perundangannya.

Selain Kanun Jenayah Syariah II 1993, kata beliau, Kelantan juga mempunyai Kanun Jenayah Syariah 1985 yang memperuntukkan beberapa kesalahan sama dalam undang-undang yang lama dan baru.Keadaan itu menurut beliau, menimbulkan kekeliruan kerana kerajaan Kelantan membenarkan kedua-dua bentuk hukuman jenayah syariah terbabit kerana kedua-duanya kekal sebagai undang-undang.“Contohnya, adakah orang yang disabitkan dengan kesalahan dalam undang-undang pertama juga boleh dihukum berdasarkan undang-undang kedua?

Video : Mesti Lihat !!! Kenyataan Najib Berkaitan Hudud




Kenyataan Najib jelas menunjukkan Umno menolak perlaksanaan hukum hudud di Malaysia.Mereka sering memperlekeh dan mempersenda Pas yang berusaha untuk memartabatkan hudud.
Tapi Mereka tidak pernah berusaha untuk melaksanakannya dengan berbagai2 alasan diberikan...

Khamis, 29 September 2011

" Saya Tak Gentar Amaran PERKASA " - Mat Sabu

Oleh Abdul Rahim Sabri

Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata beliau tidak gentar dengan amaran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Negeri Sembilan yang mahu mengadakan protes sekiranya beliau berceramah lagi di negeri itu.

Sebaliknya, tokoh yang dikenali sebagai 'ayam sabung PAS' itu, akan terus berceramah termasuk di negeri itu sekiranya menerima jemputan.

"Saya tidak rasa apa-apa (dengan amaran itu). Sebenarnya mereka yang gelisah. Saya telah didakwa, (jadi) tunggu mahkamah (buat keputusan).

"Saya akan terus berceramah kalau dapat jemputan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Menurutnya, beliau akan menghadiri satu lagi ceramah di negeri tersebut, yang dijadual pada 6 Oktober ini di DUN Paroi.

Mohamad mengulas kenyataan Yang Dipertua PERKASA negeri itu, Datuk Mohd Noor Nordin Abdullah yang dilapor akan mengetuai protes terhadap Mohamad jika pemimpin PAS itu enggan memohon maaf berhubung kenyataannya mengenai peristiwa Bukit Kepong.

Amaran itu dikeluarkan selepas kekecohan tercetus di ceramah Mat Sabu di Ampangan, Seremban Sabtu lalu sehingga menyebabkan dua penyokong PAS cedera selepas mereka cuba menghalang ahli PERKASA mara ke pentas ceramah.

Mat Sabu mencetuskan kontroversi tersebut ekoran ucapannya pada 21 Ogos lalu yang didakwa memuji Mat Indera, seorang pemimpin yang mengetuai serangan ke atas balai polis Bukit Kepong pada tahun 1950, sebagai pejuang kemerdekaan.

Mengulas mengenai keselamatan yang pada ceramahnya akan datang, Mohamad menyerahkan perkara tersebut kepada polis untuk berbuat demkian termasuk ceramah yang dibuat dalam kawasan persendirian yang tidak memerlukan permit.

Sementara itu, amaran PERKASA tersebut mengundang reaksi balas, khususnya dari pemimpin Pemuda PAS yang mengecam dan menyelar "kenyataan amaran dan ancaman" pemimpin PERKASA itu.

Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Malaysia menganggapnya kenyataan kurang cerdik dan dangkal yang "hanya dilakukan oleh puak-puak yang tidak mempunyai keberanian untuk berhujah secara ilmiah dan beradab."

Pengarahnya, Mohd Sany Hamzan berkata PERKASA sepatutnya mengadakan protes terhadap akhbar Utusan Malaysia yang didakwanya "memutarbelitkan dan menyalahtafsirkan" kandungan sebenar ucapan Mohamad.

Sehubungan itu, beliau meminta polis melakukan siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap kenyataan PERKASA yang didakwanya berbaur ancaman dan hasutan untuk mendatangkan kecederaan ke atas Mohamad.

"Kenyataan PERKASA ini juga menunjukkan mereka ini sebenarnya kumpulan 'samseng' yang tidak menghormati undang-undang, tetapi sebaliknya berselindung di atas nama sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO)," katanya.

Mohd Sany juga mengingatkan semua pihak supaya tidak mengambil sebarang langkah yang membelakangkan undang-undang untuk memudaratkan pimpinan PAS.

Sementara itu, ketua penerangan Pemuda PAS pusat, Riduan Mohd Nor juga kesal dengan PERKASA yang didakwanya "sengaja membiarkan ahli dan penyokongnya bertindak liar bagi menghangatkan suasana supaya penyokong PAS bertindak balas" sewaktu kekecohan itu berlaku.

"PAS telah lama bergelumang dalam politik, dan tahu asam garam serta sepak terajang politik tanahair. Ahli-ahli PERKASA tidak perlu mencetuskan provokasi seumpama itu.

"PAS telah lama mentarbiyah ahlinya supaya bersabar dan bertenang dalam situasi seperti ini sebagaimana PAS juga mentarbiyah ahlinya agar berjihad dan tidak gentar kepada sesiapa juga," kata ketua penerangannya Riduan Mohd Nor.

Dengan nada menyindir, Riduan menyifatkan tindakan PERKASA mengganggu dan didakwa memukul penyokong PAS sebagai "tindakan penakut bagi mereka yang tidak mahu mencari kebenaran".SO

Klip video skandal DUN Kota Anggerik: PKR buat laporan polis


SHAH ALAM 29 SEPT : PKR Shah Alam mengutuk sekeras-kerasnya perlakuan blogger Pro-Umno Papa Gomo yang memaparkan klip video seks bagi memburukkan imej Pejabat Khidmat DUN Kota Anggerik.

Setiausaha Akhbar Adun Kota Anggerik, Mohd Ridzuan Alias menyifatkan usaha tersebut sebagai satu fitnah bagi memburukan imej Adun Kota Anggerik Yaacob Sapari.

"Hari ini kami menafikan bahawa klip video tersebut sebagai suatu yang palsu dan niatnya hanya untuk memfitnah, ini kerana dekorasi dan susun atur pejabat sangat berbeza dengan keadaan pejabat (DUN Kota Anggerik) sebenar, saya juga menafikan individu dalam klip tersebut adalah kakitangan kami termasuk pelanggan itu, ini hanya satu fitnah yang cuba memberi persepsi buruk kepada pejabat DUN Kota Anggerik."

Beliau berkata demikian ketika ditemui TvSelangor sejurus selepas membuat empat laporan polis berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Shah Alam, hari ini.

Dalam serangan terbarunya ke atas pemimipin Pakatan Rakyat, Papa Gomo memaparkan kilp seorang wanita bertudung dengan seorang lelaki yang kelihatan melakukan perbuatan sumbang di dalam sebuah pejabat.

Papa Gomo mendakwa klip tersebut dirakam di pejabat DUN Kota Anggerik yang mana ADUNnya ialah Yaakob Sapari. Tajuknya adalah ‘Video Klip Skandal Dalam Pejabat Adun Kota Anggerik Shah Alam’.

"kita berharap perkara ini dapat diperbetulkan dan blogger tersebut dapat menarik kembali pendedahan klip video tersebut dan memohon maaf secara terbuka."

Pegawai Khas ADUN Kota Anggerik, Shamsul Firdaus berkata hanya beliau sahaja yang berkihdmat dan berada pada hari tersebut yang dikatakan kejadian sumbang itu berlaku.

"Pada waktu yang dinyatakan hanya saya seorang sahaja di pejabat kerana seorang lagi kakitangan iaitu Pembantu Tadbir Operasi, Cik Norlela Idris tidak berada di pejabat kerana bercuti sakit pada hari 19 september, ternyata ia adalah suatu yang tidak benar dan usaha memburukan imej Yaacob Sapari. "TVS

Hudud : Keputusan Mesyuarat Pakatan Rakyat,Respon Tok Guru Nik Aziz

Gambar fail

Kenyataan Tok Guru Nik Aziz :

Bismillah, saya dimaklumkan keputusan pimpinan Pakatan Rakyat semalam yang menghormati hasrat Kelantan untuk memasukkan hukum hudud di dalam undang-undang syariah.


Alhamdulillah, saya menerima baik dan bersyukur sangat2 kerana rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat memahami hasrat Kelantan apatah lagi kerana ia tidak menyentuh non muslim.

Tinggal lagi sekarang, kerajaan pusat yang didokong oleh UMNO yang masih menghalang hasrat kami.

Dipetik dari Facebook Tok Guru Nik Aziz

Video : Sidang Media Kenyataan Bersama Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat



KUALA LUMPUR, 29 Sept: DAP, PKR dan PAS hari ini mengambil pendirian akan mempertahankan segala dasar yang dipersetujui bersama disamping menghormati perbezaan ideologi di antara ketiga-tiga parti khususnya dalam isu hudud.

Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS, lewat malam tadi, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mereka mengormati aspirasi PAS mahu melaksanakan hudud disamping menghormati pandangan DAP yang membantahnya ekoran bertentangan dengan perlembagaan.

Kesemua komponen parti katanya memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 sebelum muafakat dalam Pakatan Rakyat wujud.

"Kita mendengar penjelasan Datuk Takiyuddin Hassan yang mewakili kerajaan Kelantan bahawa perlaksaan hudud di negeri itu hanya boleh dibuat dengan pindaan perlembagaan persekutuan.

"Kita tidak boleh menafikan mana-mana hak PAS, DAP dan PKR untuk mengemukakan pandangan termasuk dalam isu syariah.

"Kita jelas menghormati hak dan aspirasi PAS (mahu laksanakan hudud). Cuma dia terikat dengan apa yang kita sebut dasar bersama, semangat perlembagaan dan Buku Jingga," katanya.

Turut serta pada sidang media itu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Pengerusi DAP Karpal Singh, Penasihat DAP Lim Kit Siang serta 23 ahli mesyuarat yang lain.

Sebelum ini, semua pimpinan Pakatan Rakyat diarah tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hudud sehinggalah mencapai pendirian bersama pada mesyuarat malam ini.

Mesyuarat yang bermula kira-kira jam 9 malam tadi antara lain bagi mencari pendirian bersama berhubung perbezaan pandangan antara ketiga-tiga parti dalam isu hudud.

"Mesyuarat Pakatan Rakyat juga mempertegaskan bahawa kami tidak akan terheret dengan mainan politik Umno BN untuk memecah belahkan kesatuan Pakatan Rakyat," kata Anwar lagi.

Isu hudud telah bergema kembali ekoran cabaran yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Kelantar agar melaksanakan hudud kerana beliau bukan lagi perdana menteri.

Kata Mahathir, pemimpin PAS Kelantan sentiasa menyalahkan beliau apabila tidak melaksanakan undang-undang itu ekoran satu surat amaran yang dikeluarkan semasa beliau menjadi PM lalu.

Mahathir meminta Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz meminta kebenaran dari Datuk Seri Najib untuk berbuat demikian.

Najib pula dalam jawapannya berkata, beliau tidak akan memberikan kebenaran itu walaupun timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yassin berkata sedia untuk berbuat demikian.

Parti MCA dan Gerakan memberikan amaran kepada Umno, mereka akan keluar dari BN jika membenarkan undang-undang Islam itu dilaksanakan.

Ekoran itu, DAP juga membuat kenyataan akan keluar Pakatan Rakyat jika pakatan setuju menjadikan agenda hudud sebagai agenda bersama Pakatan.

Ia terus panas apabila Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyatakan kerelaan jika DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat kerana tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.

Nik Aziz berkata demikian mengulas kenyataan Karpal bahawa parti itu tetap menolak penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud kerana ia bertentangan sama sekali dengan Perlembagaan Persekutuan.

Berikut adalah kenyataan bersama Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang diperakui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang dikeluarkan selepas mesyuarat tersebut.

Mesyuarat Pakatan Rakyat malam ini memperakui dan mempertahankan dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, Dasar Bersama dan Buku Jingga.

Pakatan Rakyat terus memperteguhkan iltizam politik bagi mempertingkatkan daya-saing ekonomi, pendapatan rakyat, mutu pendidikan, kesihatan dan menangani kos kehidupan yang semakin menekan.

Mesyuarat juga memperakui dan menghormati perbedaan ideologi setiap parti dalam Pakatan Rakyat sebagai sebuah permuafakatan demokratik, termasuk pendirian PAS berkenaan hukum syariah.

Mesyuarat juga memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 yakni sebelum wujudnya muafakat Pakatan Rakyat. Keadilan dan PAS menghormati perbezaan pendirian oleh DAP dalam perkara ini.

Mesyuarat Pakatan Rakyat juga mempertegaskan bahawa kami tidak akan terheret dengan mainan politik terdesak Umno-Barisan Nasional untuk memecah belahkan kesatuan Pakatan Rakyat . Kita percaya penuh di atas kematangan dan kebijaksanaan rakyat untuk menilai suasana ini.

Mesyuarat sekali lagi mempertegaskan bahawa muafakat dan objektif utama politik parti-parti komponen PR dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 ini adalah untuk membina kembali asas-asas kenegaraan yang telah dirosakkan oleh Umno-BN, dengan berpandukan prinsip Keadilan Sejagat (Universal Justice), Pentadbiran yang Baik (Good Governance), Kebertanggungjawaban (Accountability), Ketelusan (Transparency), Kompetensi (Competency) bagi mencapai Kemaslahatan Umum (Public Good) untuk semua rakyat.Hrkh

Rabu, 28 September 2011

Kuota Bumiputera : Najib Ikut Telunjuk Soi Lek?


KUALA LUMPUR, 28 Sept: Adakah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengikut kata Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek berhubung penghapusan kuota ekonomi?

Berucap pada Khazanah Megatrends Forum 2011 di sini semalam, Najib memberi peringatan bahawa kuota Bumiputera akan digugurkan satu hari nanti, tetapi menegaskan kerajaan harus terus membantu bakat-bakat terbaik kaum itu bagi memastikan wujudnya persekitaran bisnes yang berdaya saing.

Beliau berkata Model Baru Ekonomi (MBE) menggalakkan tindakan afirmatif berdasarkan meritokrasi dan ‘kita harus menggalakan hak Bumiputera’.

Sementara itu, Soi Lek meminta kerajaan mementingkan keupayaan merit dan bukannya kuota dalam memastikan perkongsian tulen antara bumiputera dan bukan bumiputera mencapai matlamatnya.

Ini kerana, jelasnya dalam perniagaan di kebanyakan sektor seperti pembinaan, peniaga bumiputera lebih banyak mendapat kelebihan berbanding bukan bumiputera.

Katanya, perkembangan itu tidak sihat dan memerlukan perhatian serius daripada kerajaan kerana jika ia berterusan, peniaga bumiputera tidak akan mampu disaingi oleh pihak lain yang lebih layak.

Beliau berkata demikian selepas perasmian Kongres Ekonomi Cina bertajuk Peranan Masyarakat Cina Mencapai Sasaran Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) di sebuah hotel di ibu negara pada 14 Ogos tahun lalu.Hrkh

Sila rujuk:
1. Kenyataan Datuk Seri Najib Razak: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-kuota-akan-dibuang-tapi-bumiputera-tetap-dibantu/

2. Kenyataan Chua Soi Lek: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0815&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

Fitnah 2 : Kenapa Najib Dan Rosmah Perlu Jadi Saksi ?

KUALA LUMPUR: Pasukan Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya merupakan saksi relevan dalam kes fitnah yang dihadapi Ketua Pembangkang itu.

Perkara itu dinyatakan dalam afidavit balas yang dikemukakan terhadap permohonan Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor, yang mahu mengenepikan sepina supaya mereka hadir sebagai saksi di mahkamah.

Anwar berkata, beliau mahu Najib memberi penjelasan tentang pertemuannya dengan pengadu dalam kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 24 Jun 2008.

Saiful membuat laporan polis dia diliwat Anwar empat hari selepas pertemuan tersebut.

Ketua Umum KEADILAN itu berkata, Rosmah turut memberi kenyataan saksi kepada pegawai polis yang bertanggungjawab dalam siasatan kes berkenaan iaitu DSP Jude Pereira.

Permohonan Najib dan Rosmah untuk mengenepikan sepina supaya hadir sebagai saksi pembelaan berkenaan akan didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur jam 9 pagi esok.

“Datuk Seri Najib ada mengatakan bahawa ‘keluarkan sepina, saya akan datang,” kata Anwar kepada pemberita di luar mahkamah petang ini.

Bagaimana pun kata Anwar, beliau kecewa dengan sikap Najib kerana tidak menunaikan janjinya.

Sementara itu, peguam Anwar Sankara Nair berkata, pihaknya berpendapat kehadiran kedua-dua individu itu ke mahkamah adalah penting.

“Mereka mengatakan bahawa mereka bukan saksi yang relevan dan keterangan mereka bukan penting dalam kes,”

“Kami kata ia penting,” kata Sankara.

Kedua-dua Najib dan Rosmah telah disepina bulan lalu selepas enggan ditemu bual secara tertutup oleh peguam Anwar sebagai saksi dalam perbicaraan kes itu.Keadilandaily

Tok Guru Nik Aziz Beri Jaminan ' Hudud ' Tak Libatkan Bukan Islam

Tok Guru Nik Aziz menolak pandangan bahawa keadaan negara tidak sesuai untuk melaksanakan hukum hudud. — Foto fail

KUALA LUMPUR, 28 Sept — Dilihat sebagai usaha berterusan mahu meyakinkan bukan Muslim, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini memberi “jaminan” undang-undang hudud jika dilaksanakan tidak akan dikuatkuasakan ke atas bukan Islam.

Mursyidul Am PAS ini berkata undang-undang itu yang diusahakan sejak 17 tahun lalu untuk dilaksanakan di Kelantan hanya meliputi masyarakat Islam.

“Saya memberi jaminan jika hukum hudud dilaksanakan di Kelantan, ia tidak akan dikuatkuasakan ke atas bukan Islam sebab hanya meliputi umat Islam,” kata Nik Aziz dalam mesej menerusi laman sosial Facebook hari ini.

Ia merupakan mesej ketiga daripada Nik Aziz sepanjang satu minggu ini, yang dilihat mahu meyakinkan bukan Islam mengenai hukum hudud.

Pendirian itu diketengahkan pada hari kepimpinan Pakatan Rakyat bersiap sedia untuk mengadakan mesyuarat berhubung isu tersebut selepas DAP dan PAS bertembung dan bertegas dengan pendirian masing-masing.

Mesyuarat Pakatan Rakyat akan berlangsung di ibu pejabat PAS di sini, malam ini.

Pada 24 September lalu, Nik Aziz meminta bukan Muslim memberi pandangan jujur sama ada mereka akan bersetuju jika undang-undang itu dilaksanakan.

“Perbincangan terbuka, kepada rakan-rakan bukan Islam yang dihormati, adakah anda akan bersetuju jika hukumam hudud dilaksanakan?

“Sila berikan pandangan anda mengenai perkara ini, tanpa prejudis, sentimen politik dan emosi,” kata Menteri Besar Kelantan dalam mesej terdahulu.

Kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS berusaha untuk melaksanakan undang-undang ini sejak awal 1990-an tetapi tersekat ekoran amaran kerajaan pusat yang disampaikan pada 1994 ketika pentadbiran Mahathir.

Isu itu berkembang semula sebagai kontroversi minggu lalu Nik Aziz menegaskan beliau lebih rela jika DAP mahu keluar dari Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.

Sebelum ini Nik Aziz berkata, beliau akan tetap dengan pendiriannya untuk menegakkan hukum hudud dan penubuhan negara Islam walaupun mendapat tentangan hebat daripada rakan sekutunya itu.

Kata beliau, tiada sesiapa pun termasuk DAP berhak menolak hukum hudud selagi semua manusia menumpang di bumi Allah ini dan hukum Islam yang mahu ditegakkan itu adalah kerana ia hukum Allah, bukannya manusia.

Nik Aziz berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh bahawa parti itu tetap menolak penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud kerana ia bertentangan sama sekali dengan Perlembagaan Persekutuan.

Berdasarkan satu kenyataan minggu lalu, Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau secara peribadi menyokong pelaksanaan hukum hudud, tetapi ia tidak dibincangkan oleh Pakatan Rakyat.

Minggu lalu, Nik Aziz menolak pandangan bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa keadaan negara ketika ini tidak kondusif untuk melaksanakan hukum hudud itu.TMI

Mahkamah benar Bersih cabar pengharaman

KUALA LUMPUR, 28 Sept — Mahkamah Tinggi membenarkan Bersih 2.0 untuk mencabar keputusan kerajaan mengharamkan gabungan menuntut pembaharuan pilihan raya itu awal Julai lalu.

Dengan mengetepikan permohonan Peguam Negara agar membatalkan permohonan Bersih, mahkamah menetapkan 22 November ini untuk mendengar kes tersebut.

“Ini penting memandangkan ia membolehkan kepentingan publik didengar di mahkamah terbuka,” kata Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan kepada pemberita selepas bertemu dengan hakim di kamarnya.

Kes itu didengar oleh Hakim Datuk Rohana Yusuf.

Pada 8 Julai, 14 anggota jawatankuasa pemandu pergerakan itu termasuk Ambiga mengemukakan permohonan bagi semakan kehakiman itu dengan menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan kerajaan sebagai responden.

Kesemua anggota berkenaan antara lain memohon perintah certiorari bagi membatalkan pengisytiharan perintah oleh Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai yang mengisytiharkan gerakan Bersih sebagai pertubuhan haram dan memerintahkan pembatalannya berkuat kuasa serta-merta.

Mereka juga mahukan satu deklarasi bahawa perintah itu batal dan tidak sah serta tiada mempunyai kesan.

Dalam pada itu, Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said yang mewakili responden berkata beliau akan mendapatkan arahan pihak atasannya sama ada untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan hari ini atau sebaliknya.TMI

Kuota Bumiputera: Umno terus khianati Melayu

KUALA LUMPUR, 28 Sept: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menggesa Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menarik balik hasrat yang mahu menghapuskan terus kuota Bumiputera dan menggunakan sistem meritokrasi sebagai kaedah baru bagi mendesak usahawan Bumiputera untuk bersaing secara terbuka.

“Penghapusan kuota Bumiputera ini adalah satu pengkhianatan Umno kepada orang Melayu dan bukan masanya perkara ini dilakukan,” kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Noor kepada Harakahdaily.

Katanya, jika kuota dihapuskan, apa lagi yang tinggal sedangkan baki yang ada dari 30 peratus dahulu sebenarnya hanyalah tinggal 12.5 peratus sahaja.

Menurutnya, rakyat tidak lupa bahawa pada 2009, Najib jugalah orang yang bertanggungjawab menurunkan kuota ekuiti Bumiputera daripada 30 peratus kepada 12.5 peratus dan menurunkan ekuiti bukan Bumiputera daripada 25 peratus kepada 12.5 peratus.

Katanya, demi merealisasikan Model Ekonomi Baru (MEB) Kuota Bumiputera dimangsakan, sedangkan banyak lagi perkara lain yang belum dilakukan Umno sepanjang hampir 12 penggal pemerintahannya.

Tambahnya, kegagalan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) di Jabatan Perdana Menteri memainkan peranannya menunjukan bahawa Perdana Menteri dan Umno tidak serius dalam menjaga hak dan kepentingan orang Melayu.

“Cadangan mewujudkan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM) juga hanyalah satu helah untuk menunjukan bahawa mereka telah melakukan sesuatu sedangkan MTEM ini hanyalah dianggotai oleh ahli-ahli yang bernaung dalam Biro Ekonomi Umno yang terus menerus diberikan projek-projek khas oleh agensi Kerajaan,” ujarnya lagi.

Justeru, tegasnya DPPM menyeru agar rakyat dan NGO khususnya kalangan Melayu bangkit menentang dasar itu.

“Jangan biarkan Presiden Umno sekarang menggadai kepentingan Melayu demi meraihkan pelaburan asing dan juga meningkatkan kekayaan kroni-kroni beliau,” katanya.

Sehubungan itu, tegasnya rakyat wajib menolak Umno BN dalam pilihan raya akan datang jika mahu negara ini tidak digadaikan oleh pengkhianat.Hrkh

Video : Forum Rakyat Sempena Merdeka Bersama Mat Sabu






KUALA TERENGGANU - Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) bakal tumbang dalam pilihan raya akan datang dengan tangan-tangan generasi media baru, anak-anak muda 'facebook', 'twitter' dan 'blogger'.

Beliau berkata 80 peratus golongan tersebut telah menolak hujah Umno dan Barisan Nasional kerana mereka mendapat maklumat “fist hand” yang hanya dihujung jari mereka.

“Anak-anak muda sekarang ini maklumat dihujung jari. Jangan lupa generasi baru sekarang generasi facebook, generasi twitter, generasi bloggers dan generasi internet.

“Mereka ini mendapat maklumat ‘fist hand’ dan 80 peratus golongan ini telah menolak hujah Umno dan Barisan Nasional.

“Ingat golongan anak muda facebook inilah yang menggulingkan kerajaan Hosni Mubarak dan anak muda inilah yang akan mengguling kerajaan Umno-BN dalam pilihan raya akan datang,” ujarnya dalam program Forum Rakyat Sempena Merdeka di Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Terengganu, di Kuala Ibai, dekat sini, Ahad 25 September.

Dalam pada itu, menurutnya, Umno-BN melakukan pelbagai cara fitnah terutama melalui media Utusan Malaysia bagi memenangi hati rakyat.

Amalan Umno dan BN itu, katanya, umpama kempen pada tahun-tahun 60-an, menggunakan akhbar Utusan yang sama.

Menurutnya, rakyat di negara ini terutama dari kalangan kaum Cina dan India semakin kuat menolak kerajaan BN.

“Rakyat telah berubah tetapi pemerintah (BN) belum lagi berubah. Dia (Umno) masih berkempen ala tahun 60-an.

“Kajian yang dibuat orang tionghua (Cina) 80 peratus tidak mengundi Barisan Nasional (BN). Orang India sedang meningkat sokongan mereka kepada pembangkang Pakatan Rakyat,” jelasnya.

Oleh itu, kata Mohamad kekuatan Umno-BN hanya kepada orang Melayu terutama yang berada di luar bandar.
Menurutnya, Umno-BN berusaha menambahkan sokongan orang Melayu terhadap parti itu dengan diputar-belit kenyataan pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat.

Forum tersebut turut mengundang dua ahli panel lain iaitu Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa, Profesor Dr Mohamad Abu Bakar dan Profesor Dr Hasan Hasbullah sebagai moderatornya.BO

Naik bas: Antara Najib dengan Tok Guru Nik Aziz


Gambar kiri dirakamkan ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor menaiki bas sempena lawatan sehari beliau ke Perak, Sabtu lalu.

Mereka berdua turut diiringi Menteri Besar Perak, Datuk Zambry Abd Kadir (kanan) dan isteri Datin Seri Sharifah Zulkifli (kiri) dalam perjalanan dari pekan Tanjung Tualang ke Sekolah Kebangsaan Changkat Tin bagi menghadiri majlis perkahwinan iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohd Radzi dan pasangannya Ahmad Fariz Hassan.

Namun, ramai yang tidak tahu, inilah bentuk dan rupa bas yang dinaiki Najib dan isterinya itu.

Gambar kanan pula dirakam sewaktu Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menaiki bas ke suatu program pada 29 Jun lalu...

Bagaimana Mismah dapat warganegara?

KUALA LUMPUR: Pemuda Pas menimbulkan persoalan bagaimana Mismah, penduduk tetap (PR) yang pernah didedahkan mendaftar sebagai pengundi sebelum ini, mendapat taraf warganegara Malaysia.

Ini kerana Mismah mendapat status PR daripada Jabatan Imigresen tidak sampai satu tahun, sebelum diterima sebagai warganegara Malaysia pada 31 Januari 2011.

Justeru itu, Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat meminta Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datin Jariah Mohd Said memberi jawapan.

Beliau merujuk laporan Utusan Malaysia pada 23 September 2011, di mana Alias membuat ulasan mengenai tuduhan rakyat Bagladesh mendapat status PR di negara kita.

Kenyataan Alias menyebut bahawa Peraturan Imigresen sedia ada tidak membenarkan pekerja asing yang memegang pas lawatan kerja sementara untuk memohon PR.

Manakala di bawah Akta Imigresen 1963, hanya suami atau isteri warga asing yang berkahwin dengan rakyat Malaysia berserta anak-anak berusia di bawah enam tahun dan menetap selama lima tahun berturut-turut di Malaysia layak memohon PR.

“Dalam peraturan yang terdapat dalam Jabatan Imigresen memberi syarat bahawa mereka yang memohon PR hendaklah memiliki permit masuk dan telah tinggal di negara ini selama 5 tahun,” ujar Suhaizan seperti dilapor Harakahdaily.

Menurutnya, berdasar kenyataan Alias, kumpulan yang berkelayakan untuk mendapat permit adalah seperti kumpulan profesional, anak kumpulan profesional di bawah enam tahun, isteri kumpulan profesional, mempunyai kebenaran daripada Menteri Dalam Negeri atas kepentingan ekonomi negara, anak bagi warganegara yang berumur bawah enam tahun dan kes-kes khas.

Berdasar laporan akhbar Sinar Harian sebelum ini, Mismah atau nama sebenarnya Nismah Binti Naim, 47, berasal daripada kepulauan Bawean, Indonesia dan masuk ke negara ini sebagai buruh binaan pada 1982.

Pada tahun yang sama iaitu 17 Julai 1982 Mismah mendapat satus PR bersama suaminya, Mawasi Bin Mawardi, 51.

“Mismah ini hanyalah satu kes contoh sahaja. Pemuda PAS sangat khuatir berkenaan pemberian status PR kepada ribuan warga asing dalam negara ini,” ujar Suhaizan yang juga Ketua Pemuda Pas Johor.Keadilandaily

Enggan jadi saksi, Najib-Rosmah tekan institusi kehakiman ?

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor perlu menjadi saksi dalam perbicaraan Fitnah II Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat, Sivarasa Rasiah berkata, dari segi undang-undang, sangat sukar untuk Najib dan Rosmah mengelak hadir ke mahkamah, melainkan adanya ‘campur tangan’ mereka.

“Namun, seperti kita sedia maklum, oleh kerana kes ini sebenarnya adalah kes politik, maka sudah tentu Najib selaku pemimpin tertinggi dalam kerajaan ‘menekan’ institusi kehakiman agar beliau bersama isterinya dipastikan agar mereka tidak menjadi saksi dalam kes fitnah kali kedua ini,” katanya yang juga seorang peguam.

Menurut Sivarasa, Najib dan Rosmah adalah saksi relevan dalam kes itu memandangkan mereka pernah menemui pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan sebelum pemuda itu membuat laporan polis terhadap Anwar.

“Rekod menunjukkan Najib dan Rosmah mengakui ada menemui Saiful Bukhari Azlan sebelum pemuda itu mengaku diliwat Datuk Seri Anwar.

“Pengakuan itu sahaja bukti jelas betapa mereka adalah saksi relevan dan penting dalam kes fitnah ini,” katanya dihubungi Keadilandaily.

Oleh itu, beliau mencabar Najib bersama isterinya memberanikan diri menjadi saksi dalam kes Fitnah 2 ini.

“Kalau rasa bukan saksi penting, buktikanlah. Kalau enggan juga jadi saksi, ini membuktikan kedua-dua suami isteri itu ialah perancang utama dalam kes Fitnah ini,” tegasnya.

Sebelum ini, Najib pada sidang media memberi kenyataan bercanggah mengenai penglibatan beliau dengan mengatakan tidak pernah menemui Saiful sebelum menukar kenyataan bahawa Saiful ada menemuinya, kononnya memohon biasiswa.

Najib kemudian mengakui bertemu Saiful pada 24 Jun 2008, iaitu empat hari sebelum pemuda itu membuat laporan polis diliwat Anwar.

Dalam keterangannya di mahkamah, Saiful juga mengakui pernah bertemu dengan bekas pembantu khas kepada Rosmah, Datuk Mumtaz Jaafar.

Pada 21 September lalu, kedua-duanya membuat permohonan untuk mengenepikan sepina yang mengkehendaki mereka hadir sebagi saksi dalam kes kospirasi politik itu.Keadilandaily

Hudud : Utusan Buat Hal Lagi

Karikatur Utusan Malaysia semalam

Apa nak jadi ni ,Utusan Malaysia, akhbar yang mengaku membela Melayu dan Islam.. Sedarkah apa yang anda lakukan? Di mana batasan anda bermain politik sehingga perkara yang jelas nasnya di dalam al-Quran pun anda ingin permainkan??

kalau menghina keluarga polis British , ramai sungguh yang prihatin,siap buat laporan polis lagi.ada yang siap masuk mahkamah lagi...tapi bila hukum Allah dihina,tidak ada siapa peduli...


Wahai umat Islam... wahai PERKASA... wahai para mufti... wahai NGO Melayu/Islam.. wahai para ulama dan ulama muda UMNO... tidak jelaskah ini sebagai menghina perundangan Islam?

Isnin, 26 September 2011

Bas Najib VS Bas Rakyat

Bas rakyat...
Bas Najib...

PERTAMA KALI NAIK BAS ... Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor menaiki bas sempena lawatan sehari beliau ke Perak di sini, Sabtu lalu.

Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Zambry Abd Kadir (kanan) dan isteri Datin Seri Sharifah Zulkifli (kiri) .

Gambar ini dirakamkan ketika Najib dalam perjalanan dari pekan Tanjung Tualang ke Sekolah Kebangsaan Changkat Tin bagi menghadiri majlis perkahwinan iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohd Radzi dan pasangannya Ahmad Fariz Hassan.

Namun, ramai yang tidak tahu, inilah bentuk dan rupa bas yang dinaiki Najib dan isterinya itu.

Bekas calon PAS di Beting Maro, Abang Ahmad Kerdi dalam twitternya menulis "Mau menitis air mata ni tengok gambar ni melaporkan 'PM naik bas menyelami KEPERITAN rakyat kebanyakan'.

Ulasan Najib...

“Sangat menarik kerana saya dan ahli rombongan berpeluang menaiki bas dan merasai suasana mesra, riang dan santai “, demikian kata Perdana Menteri, Datuk Seri Datuk Najib Razak ketika ditanya mengenai pengalaman pertamanya menaiki bas sempena lawatan kerja ke Perak, hari ini.

Katanya, sepanjang perjalanan, ahli rombongan asyik bergurau-senda hingga tidak terasa letih kerana banyak perkara boleh dibincangkan.

“Very interesting, kita cuba konsep bus tour….seronok dalam bas kerana suasana mesra, riang dan santai.

“Kita akan cuba pendekatan seperti ini pada masa akan datang,” katanya lagi.Dipetik dari PerakTodayPautan

ISA : Kenapa Najib tak mansuh Fasal 149 Perlembagaan?

KUALA LUMPUR: Rakyat digesa agar tidak terus tertipu dengan segala pengumuman yang dibuat Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak khususnya mengenai pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO).

Penasihat badan bukan kerajaan, Lawyers For Liberty, N.Surendran berkata hakikat sebenar tindakan yang sedang dibuat kerajaan Umno-BN adalah menggantikan label kepada undang-undang lama kepada suatu akta baru.

“Hal ini terbukti apabila kerajaan masih lagi mengekalkan Fasal 149, Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan undang-undang tahanan tanpa bicara digubal - ia sekali gus menunjukkan tiada sebarang perubahan yang ingin dilakukan oleh Najib untuk rakyat, semuanya penipuan sematamata,” tegasnya

Justeru, beliau yang juga Naib Presiden KeADILan berkata tiada sebarang implikasi yang dapat dilihat dan dirasai oleh rakyat dengan pengumuman ‘pembaharuan’ tersebut.

“Jika benar kerajaan ingin memberikan kebebasan kepada rakyat, mereka perlu memansuhkan Perlembagaan negara yang memberikan ruang terhadap penggubalan undangundang tahanan tanpa bicara iaitu Fasal 149,” tegasnya.

Terdahulu, Najib mengumumkan pemansuhan ISA dan tiga proklamasi darurat lain sempena sambutan Hari Malaysia dan berkata kerajaan akan mengkaji untuk memperkenalkan dua akta baru yang lebih sesuai.Detikdaily

Sabtu, 24 September 2011

Hudud : Anwar Bidas Umno,Mahu Hasrat Kelantan Dihormati

KUALA LUMPUR, 24 Sept — Sambil membidas Umno hipokrit, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua pihak menghormati hasrat Kelantan mahu melaksanakan hudud meskipun ia tertakluk kepada beberapa perkara, antaranya soalan berkaitan dengan Maqasid Syariah.

Dengan merujuk kepada tulisan dalam bukunya Gelombang Kebangkitan Asia awal 1990-an, Ketua Umum Pakatan Rakyat berkata, adalah baik untuk semua merenung beberapa aspek perundangan syariah yang berjaya dilaksanakan di Kelantan.

“Maka tidak wajar buat saya menempelak atau meremehkan langkah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Sebagai seorang Muslim, kata Anwar (gambar), beliau juga menjunjung tinggi perintah Allah yang terkandung dalam al-Quran. “Apabila ditanya, apakah pandangan saya mengenai hudud di Malaysia dan isu berkaitan undang-undang syariah serta pelaksanaannya oleh Mahkamah Syariah di negara ini, jawab saya, dalam konteks masyarakat Malaysia, kita semua tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

“Oleh kerana itu pelaksanaan hukum Islam sewajarnya mengambil kira keberkesanan pentadbiran Mahkamah Syariah negara ini memastikan keadilan untuk semua,” kata Ketua Pembangkang ini.

Kelmarin, Anwar berkata beliau secara peribadi menyokong hukum hudud tetapi ia belum disentuh oleh Pakatan Rakyat.

Menyentuh persoalan keadilan untuk semua, beliau yang juga Ketua Umum PKR menambah, pelaksanaan undang-undang syariah semestinya menjamin hak bukan Islam tidak dicerobohi dan dizalimi.

“Saya menasihati rakan-rakan untuk meneliti kenyataan saya ini berasaskan muafakat yang tertera dalam Buku Jingga,” katanya.

Buku Jingga yang dilancarkan Disember lalu, antara lain menyebut bahawa Pakatan Rakyat akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.

Kata Anwar, beliau juga kesal kerana hipokrisi Umno-BN yang memperalatkan isu hudud sebagai permainan politik. Tegas beliau, pimpinan Umno-BN tidak pernah berhasrat membincangkan isu hudu secara tuntas dan serius.

Katanya, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menolak bulat-bulat, malah mempersendakan peranan undang-undang syariah.

“Media yang dikuasai pemerintah pula mencanangkan kononnya undang-undang syariah sebagai suatu warisan zaman primitif.

“Harus diingat, pandangan beberapa kerat pimpinan Umno yang mempersenda hukum Islam ini sesungguhnya tidaklah mewakili umat,” kata beliau lagi.

Anwar juga menambah, mutakhir ini beberapa pimpinan Umno memperlihatkan diri sebagai jagoan memperjuangkan Islam manakala seringkali pula mereka menuduh pimpinan Pakatan Rakyat sebagai pengkhianat agama dan bangsa sedangkan yang sering dilaung-laungkan oleh pimpinan Umno-BN sekadar retorika membakar sentimen serta sering tersasar dari kehendak syariah yang mahukan kemaslahatan untuk rakyat.TMI

Bukit Kepong : MCA Kecam Tindakan Kerajaan Dakwa Mat Sabu

KUALA LUMPUR, 24 Sept — MCA menyelar tindakan mengheret Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu ke mahkamah berhubung kenyataan berkenaan peristiwa Bukit Kepong kerana ia hanya akan meninggalkan imej buruk di pihak kerajaan dan membawa simpati kepada pembangkang.

Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu berkata, tindakan mengenakan tuduhan ke atas Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu hanya akan menimbulkan keraguan mengenai dasar pembaharuan dan kebebasan sivil yang cuba dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sejak kebelakangan ini.

Sebaliknya kata Gan, kerajaan seharusnya membiarkan Mohamad dan penyokongnya terus mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak masuk akal, bukannya menghadapkan mereka di mahkamah.

Katanya, kontroversi-kontroversi berkaitan fakta sewajarnya diselesaikan menerusi debat peringkat tinggi dan juga menerusi kajian akademik.

“Mengambil tindakan mahkamah hanya akan membawa gambaran negatif ke atas kerajaan,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad dihadapkan di Mahkamah Sesyen Butterworth pada 21 September lalu kerana dituduh membuat tohmahan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor.

Mohamad, 57, mengaku tidak bersalah dan minta dibicara terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan itu.

Beliau didakwa memfitnah anggota-anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950, dengan mengetahui bahawa tohmahan yang dibuat akan merosakkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka.

Bagi pertuduhan alternatif, Mohamad didakwa telah memfitnah anggota-anggota polis iaitu Konstabel Marin Abu Bakar Daud, Konstabel Jaafar Hassan dan Konstabel Yusoff Rono serta ahli keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong dengan membuat tohmahan dalam ucapan ceramah.TMI

Siapa Terseksa Umno Atau Rakyat Selangor ?

SHAH ALAM 24 SEPT : Dakwaan timbalan perdana menteri bahawa rakyat Selangor terseksa di bawah pentadbiran tiga tahun Pakatan Rakyat di negeri ini disifatkan sebagai tindakan terdesak Umno Barisan Nasional.

Ketua Penerangan Keadilan Selangor, Shuhaimi Shafie berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin kini semakin terpaksa melakukan perang saraf apabila mendapati rakyat Selangor sebenarnya sudah cukup selesa dengan pentadbiran PR yang lebih mengutamakan kebajikan rakyat.

"Rakyat Selangor hari ini bukan terseksa, yang terseksa sebenarnya adalah pimpinan-pimpinan kanan Umno dan Barisan Nasional kerana tidak dapat menipu duit rakyat untuk kepentingan mereka.

"Malah rakyat Selangor secara keseluruhan semakin selesa dan bukan terseksa," katanya pada satu majlis rumah terbuka DUN Sri Muda hari ini.

Tambah Shuhaimi yang juga ADUN Sri Muda, kisah dongeng betapa penting untuk Umno merampas kembali Selangor demi menyelamatkan rakyat di negeri ini tidak akan berjaya kerana warga Selangor sedia maklum apa yang mereka mahukan.

"Rakyat di Selangor hari ini cukup berterima kasih kepada kerajaan negeri dan juga di atas kepimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang sudah menjalankan terlalu banyak program-program yang memberikan manfaat terbaik kepada rakyat.

"Malah mereka cukup bersyukur apabila Umno BN kalah di negeri Selangor dan Insya-Allah sokongan yang kita terima semakin meningkat dari hari ke hari," tambahnya lagi.

Beliau dalam pada itu berkata, dakwaan songsang Muhyiddin itu semalam di Sekolah Menengah Kebangsaan Meru, Klang disifatkan sebagai tindakan menggelabah beliau yang tidak sabar mahu merampas tampuk pemerintahan negara.

"Jadi kita lihat sejak akhir-akhir ini ada percanggahan pendapat di antara Muhyiddin Yassin dan Najib Razak dan ini menggambarkan wujud kecelaruan yang besar daripada segi agenda memajukan negara atau pun memastikan kemenangan Umno dan BN di seluruh negara," katanya.

Shuhaimi berkata malah beliau yakin pada pilihan raya umum ke 13, rakyat di negeri Selangor tidak akan berpaling tadah untuk mengundi BN sebaliknya lebih ramai yang akan menyatakan sokongan mereka kepada PR untuk menuju ke Putrajaya.

Dalam pada itu, dakwaan Muhyiddin turut dibidas oleh beberapa pimpinan lain PR yang turut sama menyifatkan beliau dan sekutunya semakin tertekan untuk merampas semula Selangor dengan menggunakan apa jua taktik.

Menurut ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali, Najib sebagai perdana menteri sendiri pernah menyatakan tekad akan merampas Selangor dengan apa cara sekali pun.

Justeru ujarnya yang juga timbalan presiden PKR, perkembangan negara mutakhir ini yang menyaksikan warga asing diberikan status kewarganegaraan sebagai bukti , pemerintah sanggup melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa.

Pemimpin Parti KITA Gesa Zaid Kembali Sertai Umno

KUALA LUMPUR : Pemimpin-pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), yang dipimpin Datuk Zaid Ibrahim menggesa kepimpinan parti itu menyelesaikan isu dalaman terlebih dahulu daripada mengadakan program jelajah ke seluruh negara bagi meminta sokongan rakyat terhadap usaha pentadbiran Najib memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Selain itu mereka juga menggesa Zaid meninggalkan Kita dan kembali menjadi Umno jika mengambil pendirian yang lari daripada matlamat Kita — iaitu melahirkan pandangan sebagai pembangkang dan membetulkan mana-mana kekurangan yang wujud.
 Zaid (gambar)menyertai Parti Keadilan Rakyat selepas dipecat oleh Umno. Beliau keluar PKR tahun lalu dan kemudian menerajui Kita.

Seorang anggota jawatankausa eksekutif pusat Mohd Zahrein Zakariah berkata, Zaid tidak mengadakan perbincangan untuk mengadakan program jelajah bagi menyokong pentadbiran Najib.
“Ramai pemimpin dalam Kita tersinggung dengan pendekatannya (Zaid). Beliau sudah sampai satu peringkat yang sungguh memalukan dan beliau menerajui Kita ke arah yang salah. Saya ulangi, Kita bukan Zaid Ibrahim dan beliau bukan Kita.

“Kita merupakan pergerakan sosial yang mahu melahirkan pendirian tegas mengenai isu-isu semasa di Malaysia. Kita, secara fundamental, merupakan pembangkang. Jadi, tidak munasabah Kita perlu, dan boleh menyokong Perdana Menteri, yang jelas sudah hilang keyakinan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Justeru kata Zahrein, “saya mengesyorkan agar Zaid meninggalkan Kita dan kembali ke Umno, kita tidak lagi memerlukan beliau.”

Dalam pada itu, Abd Latif A Tambi yang dipecat sebagai setiausaha pusat Kita baru-baru ini memberitahu, langkah segera yang perlu diambil untuk menyelamatkan parti yang berusia setahun di bawah kepimpinan Zaid ialah menyelesaikan kepincangan dan kecacatan yang wujud bagi menghadapi pilihan raya umum.
Pada masa yang sama, kata beliau, segala perkara yang berkaitan dengan hala tuju parti dan dasarnya seharusnya dibincangkan di peringkat jawatankuasa eksekutif pusat ataupun dengan kepimpinan negeri untuk mendapatkan konsensus terlebih dahulu.

Kerajaan Hanya Berhajat 'Perbaharui' ISA

SHAH ALAM 24 SEPT : Seorang bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang juga seorang ADUN, Dr Nasir Hashim yakin bahawa pemansuhan ISA oleh perdana menteri hanyalah bagi tujuan melakukan penjenamaan semula terhadap undang-undang zalim itu.

Tegas Dr Nasir, adalah mustahil akta yang selama ini menjadi 'penyelamat' kepada pemerintah akan dihapuskan sama sekali, memandangkan terdapat akta baru yang bakal digubal bulan depan.

"Saya berpandangan bila nak hapuskan ISA (sedangkan) sudah berpuluh tahun kerajaan telah membentuk struktur untuk mempertahankan ISA. Bila mansuhkan ISA tetapi struktur itu masih kekal meskipun terdapat akta baru yang bakal diperkenalkan. Ini menunjukkan bahawa kerajaan hanya 'memperbaharui' akta tersebut," tegas Dr Nasir.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussien berkata, proses menggubal undang-undang baru bagi menggantikan ISA tidak akan mengambil masa yang lama.

Manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, dua akta baru hanya akan dibentangkan di parlimen pada tahun hadapan.

Walaupun ISA telah dimansuhkan, namun kesemua tahanan di bawah akta itu bagaimanapun tidak akan dibebas atau dibicarakan di mahkamah sehingga undang-undang baru digubal.

Oleh itu menurut Dr Nasir yang pernah menjadi tahanan ISA selama 15 bulan, jika kerajaan berhasrat mahu menghapuskan akta zalim tersebut, maka kerajaan harus bertindak rasional dan menukar keseluruhan sistem itu.

Tambahnya, tidak mustahil akta baru yang akan diperkenalkan akan menjadi lebih kejam memandangkan ISA merupakan undang-undang yang menjadi 'kekuatan' kepada kerajaan pemerintah untuk menewaskan musuh mereka.

Mengulas lanjut, Dr Nasir berkata, permansuhan ini juga dilihat bertujuan untuk memesongkan perhatian rakyat terhadap reformasi pilihan raya yang diperjuangkan rakyat dan gagasan pembangkang selama ini.

Selain daripada itu,kerajaan juga katanya cuba menimbulkan kemarahan rakyat apabila memutarbelitkan kenyataan timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu yang dikaitkan dengan komunis melalui media-media kawalan mereka.

Menurut Dr Nasir, ini merupakan salah satu helah parti pemerintah yang mahu memberikan 'gula-gula' pilihan raya supaya rakyat terleka dengan permainan mereka.

"Ini merupakan tindakan (mansuhkan ISA) mengalih pandangan rakyat.. salah satu menggunakan isu komunis untuk menimbulkan kemarahan rakyat, cuba untuk mengubah emosi rakyat. Satu cara mengalih perhatian rakyat kepada isu yang lebih penting seperti pilihan raya, lapan tuntutan yang masih belum dilaksanakan lagi,"jelasnya lagi.

Justeru katanya, beliau tidak mahu rakyat hilang fokus dan tumpuan kerana isu-isu remeh seperti ini sedangkan lebih banyak isu utama yang perlu diselesaikan oleh kerajaan.

Oleh itu, beliau menyarankan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak supaya menumpukan perhatian kepada hal-hal yang menjadi kebimbangan awam berbanding hanya bermain politik.

Beliau memberi contoh isu sebilangan pekerja dari negara Bangladesh yang bekerja di beberapa sektor di negara ini diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lalu sekaligus membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya umum nanti.

Maklumat itu diperoleh dari "sumber yang boleh dipercayai" dari Pejabat Perdana Menteri Bangladesh.TVS

Panas !!! MCA akan keluar BN jika Umno laksana hudud


PETALING JAYA, 23 Sept — MCA akan meninggalkan Barisan Nasional (BN) jika Umno mahu melaksanakan hukum hudud.
“Pendirian MCA sangat jelas. Kami akan menentang dengan keras hukum hudud. Jika Umno mahu melaksanakan hudud, kami akan menarik keluar dari Barisan Nasional... sangat mudah,” kata Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kepada pemberita hari ini.
“Pendirian kami sangat jelas. Umno mahu melaksanakan hudud, MCA bukan pihak dalam hal itu (pelaksanaan). Kami akan keluar,” kata beliau (gambar) lagi.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata hukum Hudud masih belum sesuai untuk dilaksanakan di negara ini.
Muhyiddin berkata, hukum Allah itu akan hanya dapat dilaksanakan sekiranya keadaan negara ini benar-benar kondusif dengan memastikan keamanan dan keadilan benar-benar wujud terlebih dahulu.
Beliau berkata sebagai negara berbilang bangsa, agama dan kepercayaan, Malaysia masih belum bersedia untuk memperkenalkan hukum hudud seperti mana yang dilaungkan oleh pemimpin Pas.
“Pendirian kita (Umno) bahawa di Malaysia, kita tak boleh melaksanakan dalam situasi dan keadaan sekarang. Saya tak fikir dalam keadaan sekarang ia sesuai untuk dilaksanakan. Itu pandangan kita. Kita tak persoalkan nak melaksanakan hukum hudud,” katanya.
Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan berhasrat untuk terus melaksanakan hukum Hudud di Kelantan biarpun ditentang rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang.
Diminta mengulas mengenai keyataan Muhyiddin semalam, Dr Chua berkata: “Itu boleh difahami sebab semua Muslim menyokong ajaran al-Quran. Tetapi anda kena lihat kenyataan beliau bahawa Malaysia tidak bersedia untuk melaksanakan hudud. Dan, itu sangat jelas.”
“PAS mahu melaksanakan hukum hudud, itu adalah dunia yang berbeza,” katanya.TMI

PRU 13: Melaka akan buat kejutan ???

MELAKA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ( gambar )percaya rakyat negeri ini akan membuat kejutan besar pada pilihan raya umum (PRU) ke-13, kelak.

“Ini firasat saya. Dalam dua, tiga bulan kebelakangan ini, kita nampak bibit-bibit kebangkitan yang ketara. Insya-Allah,” katanya.

Seperti Johor, Melaka dianggap kubu kuat Umno tetapi tanggapan itu kian meleset berikutan pertambahan drastik penyokong Pakatan Rakyat di kedua-dua negeri itu.

Ceramah itu bersempena program Pentas Angkatan Muda KEADILAN (AMK) di Markas KEADILAN Ranting Pengkalan, Alor Gajah di sini, malam semalam.

Kira-kira 2,000 penduduk tempatan mengikuti program yang berlangsung di perkarangan markas yang terletak di perkampungan Melayu.

Naib Presiden, N Surendran; Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor, Datuk Chua Jui Meng dan Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin, hadir sama.

Pada ucapannya, Anwar yakin Melaka mampu ditawan walaupun negeri itu dilabel kubu kuat Umno berikutan keputusan PRU 12 menunjukkan banyak kubu kuat Umno dimenangi Pakatan Rakyat.

“Permatang Pauh kubu kuat Umno. Selangor juga kubu kuat Umno tapi, pada pilihan raya (umum) lalu, kita tawan. PRU 13 ini, Melaka boleh ditawan atau tidak?”

“Boleh!” sahut sorakan orang ramai dengan penuh semangat sambil sebahagian besar menjulang tangan.

Namun, kata Anwar, anak muda negeri itu perlu rajin mendapatkan maklumat sebenar penyelewengan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) untuk disebar kepada umum.

Google. Cari sendiri. Nilaikan. Apakah ini (ucapan beliau) fitnah atau fakta yang cuba disorok kerajaan Umno. Kemudian, sebarkan,” katanya.

Terdahulu, kehadiran Anwar diganggu sekumpulan Pemuda Umno diketuai Lokman Adam tanpa dihalang, apatah lagi ditangkap walaupun kira-kira 50 anggota polis ‘berkawal’di Pusat Khidmat KEADILAN di Taman Asean.

Malah, ucapannya di dewan pusat khidmat itu juga disabotaj pihak tertentu apabila bekalan elektrik terputus ketika Anwar mengupas isu ketakutan Umno terhadap kebangkitan rakyat.Keadilandaily

Video : Isu Hantu Bonceng,Penjelasan Ust Azhar Idrus





Menurut Ust Azhar Idrus, sebaik saja isu Zizan Raja Lawak mengucapkan 'Asyhaduanna Muhamadarr..Syaitan' di dalam satu babak filem Hantu Bonceng menjadi kecoh. Beliau menerima panggilan daripada Zizan yang menggunakan 'private number' untuk merujuk permasalahan ini.

"Saya ni baru kena marah dengan orang kerana filem Hantu Bonceng. Saya kata 'Asyhaduanna Muhammadarr' lepas tu nampak syaitan datang..saya kata SYAITAN" kata Zizan.

Jawab Ust Azhar Idrus. Dia boleh jadi dua hujah. Boleh jadi ada niat untuk mempersendakan Islam dan boleh jadi tidak berniat untuk mempersendakan Islam. Dalam kes ini dia mengucap ketika di dalam ketakutan, dalam cerita kelakar maka dia buat dialog mengucap "Asyhadu an la ilaha ill-Allah, wa asyhadu ana Muhammadarr.....Syaitan! Syaitan!."

Jadi boleh dikatakan bahawa penulis skrip ini untuk menghina nabi, dan boleh juga dikatakan penulis skrip berniat untuk menggambarkan seseorang yang di dalam ketakutan tidak sempat menghabiskan lafaz syahadahnya kerana ternampak syaitan. Ia boleh jadi ada niat untuk mempersenda.

Tetapi kesilapan ini tidak terletak kepada pelakon. Pelakon jahil dan tidak tahu apa-apa. Pelakon bukannya (perlu) belajar pondok untuk berlakon filem. Tetapi Penerbit, Penulis skrip dan Pengarah sepatutnya kena rujuk dahulu perkara ini kepada Pejabat Agama atau Jabatan Kuasa Fatwa. Skrip ini boleh jadi untuk mempersendakan Islam dan boleh juga bukan berniat untuk mempersendakan Islam.

"Walaupun ia bukan untuk mempersendakan Islam, ia tetap juga HARAM sebab mendatangkan FITNAH" tambah Ustaz Azhar Idrus lagi. Fitnah ini yang perlu di jaga dan kita perlu berhati-hati. Zizan sendiri telah mengakui bahawa beliau tidak pernah terniat untuk mempersendakan Islam.

"Jadi kita ambil secara baik, dia (Zizan) tidak berniat mempersenda Islam, tetapi kerana kejahilan punya fasal ia memberi fitnah." rumus Ust Azhar Idrus.

Salah Ajar Sejarah,Kerajaan Akan Disaman ???

KUALA LUMPUR: Suara Solidariti Anak Bangsa Malaysia (SSABM) tidak teragak-agak untuk mengemukakan tuntutan saman terhadap kerajaan kerana selama ini telah mendidik rakyat secara salah tentang sejarah pembentukan Malaysia pasca merdeka.

Jurucakap SSABM Aiman Athirah Al Jundi berkata, tindakan itu akan diambil jika kerajaan melalui Majlis Profesor Negara (MPN) masih berdegil enggan menarik balik dakwaan bahawa negara ini tidak pernah dijajah.

“Kenyataan ini seolah-olah mencerminkan kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pendidikan Tinggi sejak dulu hingga kini telah melakukan pengkhianatan, pembohongan dan salah didik kepada pelajar dalam subjek Sejarah kerana kita semua telah diajar selama ini bahawa negara kita telah mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah British.

“Rakyat seolah-olah ditipu selama 54 tahun apabila menyambut Hari Kebangsaan setiap tahun sebagai ulang tahun kemerdekaan negara dari cengkaman penjajahan British,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS pagi tadi.

Katanya, pendirian MPN juga dilihat sebagai satu penghinaan besar terhadap Raja-Raja Melayu yang digambarkan seolah-olah merestui British serta tidak berbuat apa-apa bagi menghalang kemasukan penjajah ke Tanah Melayu.

Justeru, beliau menuntut agar Pengerusi MPN Profesor Emiritus Datuk Dr Zakri Abdul Hamid serta Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio Budaya MPN Prof Datuk Dr Zainal Kling disiasat dan didakwa dibawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan kegusaran, kekeliruan dan mengganggu ketenteraman awam.

“Kami percaya terdapat agenda tersembunyi yang dirancang pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka sendiri.

“Kami risau para akademik telah ditekan dan digunakan oleh pihak politik tertentu demi menjustifikasikan penterjemahan sejarah yang menyokong pendirian politik mereka, maka sebab itu fakta sejarah diputarbelitkan,” katanya.

‘Dr Zainal bersikap hipokrit’

Sementara itu, Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Rozan Azen Mat Rasip berkata Dr Zainal bersikap hipokrit kerana beliau sebelum ini pernah mengaku Tanah Melayu pernah dijajah melalui hasil kertas kerja yang pernah dibentangnya pada tahun 2003.

Pembentangan kertas kerja hasil kajian Dr Zainal bertajuk “Minda Melayu; satu tafsiran” ada menyebut perkataan ‘kolonial’ dan ‘kemerdekaan’ yang merujuk kepada tanda-tanda penjajahan ke atas Tanah Melayu.

“Dr Zainal telah melakukan kesalahan jenayah akademik yang serius,” katanya yang kemudiannya membuat laporan polis terhadap Zainal dan Zakri di Balai Polis Chow Kit selepas selesai sidang media.

Turut hadir dalam sidang media itu Bendahari Kehormat Parti Sosialis Malaysia (PSM) A Sivarajan, Setiausaha Pentadbiran Pergerakan Demokrasi Pelajar dan Pemuda Malaysia (Dema) Wong Swee Nee dan wakil Solidariti Wanita Muda Malaysia Nor Hafizah Basaruddin.FMT

Khamis, 22 September 2011

Ramai gila kerana Mat Sabu

Oleh Haji Abdul Subky Latif

Habis semua orang gila kerana Mat Sabu.Timbalan Presiden PAS itu, Mohamad Sabu telah mengusik masyarakat Malaysia yang berkecamuk fikirannya sejak berada di bawah pentadbiran 1 Malaysia. Mereka diayunkan dengan impian berpendapatan tinggi dan tiba-tiba berdepan dengan semua barang berharga tinggi.

Otak masing-masing sudah tak berapa betul kerana Hari Kemerdekaan tidak dirayakan sekali ini pada 31 Ogos tetapi diganjakkan kepada 16 September seperti yang diacah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kiranya dia berjawa menumbangkan kerajaan 1Malaysia tahun 2008 dulu.

Tiba-tiba Mat Sabu mengusik sekalian rakyat Malaysia, dia hendak mengubah sejarah kemerdekaan negara yang dikiranya tidak tepat. Dikaitkannya kisah Bukit Kepong yang diwayangkan oleh Jins Samsuddin, seorang seniman Umno. Disebutnya nama Mat Indera yang hadir dalam serangan di Balai Polis Bukit Kepong itu.

Mat Indera itu timbul kerana ada buku separuh rasmi diterbitkan oleh kerajaan Johor dengan kata penghantar oleh Menteri Besar Dato Ghani Othman. Dia dibariskan bersama Sultan Johor, Almarhum Sultan Ismail, Dato Maharajalela, Tok Janggut dan lain-lain.

Nama-nama yang disebut dalam buku itu banyaknya penentang penjajahan British. Mereka itu dianggap wira oleh masyarakat. Bersama nama-nama itu ada namat Mat Indera. Bila orang lain dianggap wira, kerana Mat Indera ada sama, maka logiknya dia pun seperti wira jugalah.

Mat Sabu selalu mengusik hal itu setiap kali menjelang sambutan ulang tahun kemerdekaan. Kerana kali ini dia menjadi Timbalan Presiden PAS dan masyarakat bukan saja mula demam pilihan raya tetapi otak berserabut dengan pilihan raya, maka jenaka yang ditimbulkan oleh Mat Sabu menyebabkan semua pihak melenting, seperti naik gila belaka.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin minta dia taqwa. Ertinya sudah dia mengucap.

Akhbar-akhbar menggunakan bermuka-muka surat mengenai reaksi orang atas usikan Mat Sabu itu. TV pun mengambil masa berita yang panjang tentangnya.

Profesor-profesor sejarah pun bangun, semuanya marahkan Mat Sabu. Mereka pertahan sejarah yang dipertikai Mat Sabu itu. Mereka kata Mat Sabu tak buat penyiasatan. Adakah mereka sudah membuat penyiasatan yang tahan uji?

Satu ketika dulu seorang Naib Censelor Universiti Malaya, Prof. Dr Syed Hussain Al-Atas mengira profesor kita adalah profesor kangkong belaka. Kata-katanya itu dikira laju tetapi isu itu tidak pernah diselesaikan.

Sehingga ada profesor yang mengira bahawa pejuang-pejuang kiri yang menuntut kemerdekaan dulu karut belaka. Mereka itu anti raja. Betullah komunis itu ditolak oleh masyarakat umum, tetapi yang kiri itu bukan semua komunis. Orang sekolah dewasa boleh bercakap begitu tetapi profesor tak betullah bila bercakap begitu. Status profesor itu tinggi. Tetapi semuanya bercelaru setelah diusik Mat Sabu.

Setengah NGO dan berbagai lapisan masyarakat meninggalkan kerja masing-masing di sana sini membuat laporan polis. Penuh balai polis didatangi oleh orang marahkan Mat Sabu.

Polis memang sudah tidak menang dengan banyaknya jenayah. Dengan ucapan Mat Sabu, bertambah fail aduan di balai-balai polis.

Bekas polis baik yang berpangkat tinggi mahupun yang prevet, yang sudah lama bersara dan yang baru bersara semuanya bersuara kalau boleh hendak mereka cekek Mat Sabu.

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar dikatakan berkata, jika dia berkuasa lagi, mungkin dia tahan Mat Sabu.

Tetapi yang lebih memeranjatkan Tun Hanif tidak setuju Tanah Melayu pernah dijajah Inggeris. Semua orang kata Tanah Melayu pernah dijajah Inggeris. Pejabat Tanah Jajahan British di London ada rekod ia pernah menjajah kita. Sebagai penjajahlah ditukarnya nama Tanah Melayu menjadi Malaya.

Tun Hanif percaya kita pernah dijajah Inggeris. Katanya, Inggeris datang membantu dan berkhidmat kepada Raja-Raja Melayu. Tun Hanif bercakap di depan Prof. Khoo Kay Kim dan Prof. Ramlah Adam, tokoh-tokoh sejarah kita.

Mereka cepat-cepat menegur Mat Sabu, tetapi tidak dilaporkan mereka cuba membetulkan Tun Hanif. Seolah-olah sensitivti mereka tentang sejarah tak menentu. Bila mereka diam dengan keterangan Tun Hanif, seolah-olah Tun Hanif bercakap betul.

Tun Dr Mahathir pun ikut berjenaka juga setuju yang Inggeris tidak menjajah Tanah Melayu, cuma Raja-raja Melayu saja segan dengan Orang Putih.

22 tahun Dr Mahathir menyampai ucapan sambutan ulang tahun kemerdekaan. Untuk apa ada hari kemerdekaan setiap tahun dan kerana apa dia beerucap begitu?

Apabila mereka kata Brtitish tak pernah jajah Tanah Melayu, dua-dua Tun itu sudah menolak fakta sejarah. Sejarah kata, Inggeris pernah menjajah. Mereka sesperti tidak ssetuju dengan sejarah.

Habis semua sejarah tonggang langgang disebabkan oleh orang-orang yang dilatakkan oleh kenyataan Mat Sabu.

Saya teringat dongeng Kulub Kecil. Dia membuat berbagai cerita menyakat Kulup Besar. Habis harta Kulup Besar kerana mendengar sakat Kulup Kecil.

Ucapan Mat Sabu macam jenaka Kulub Kecil juga menyebabkan semua boleh gila kerana pandangannya.Detikdaily