Jumaat, 14 Mac 2014

Aplikasi Permainan ' Bomoh ' Kini Jadi Perhatian Ramai


SHAH ALAM - Kemunculan aplikasi permainan 'Bomoh' di Play Store untuk gajet menggunakan sistem operasi Android semakin mendapat perhatian ramai.

Sejak kemunculannya semalam, hampir 1,000 pengguna telah memuat turun permainan ini menerusi telefon dan tablet masing-masing.

Permainan ini direka dengan ciri dua dimensi (2D) yang memaparkan lapangan terbang dan sebuah pulau sebagai latar permainan.

Aplikasi permainan ini dipercayai diinspirasikan oleh tindak-tanduk individu yang mendakwa dirinya Raja Bomoh Nujum Sedunia VIP yang ingin membantu mengesan pesawat MAS penerbangan MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu.

Ketika media seluruh dunia menumpukan perhatian dan usaha membantu Malaysia menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR), fokus mereka beralih kepada gelagat Raja Bomoh terbabit, Ibrahim Mat Zin yang menjalan upacara mengesan pesawat malang tersebut dengan cara yang tersendiri pada 12 Mac lalu.

Penyebaran video upacara uniknya menarik perhatian media tempatan dan luar sehingga menjadi viral serta mencambahkan parodi yang disebar di laman sosial.SH

Risalah burukkan Anwar ditemui tersebar di Kajang


KAJANG: Kempen PRK Kajang yang kini sudah masuk hari keempat semakin panas dengan penemuan beberapa risalah dan buku yang memburuk-burukan dan memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Penerangan PKR Suhaimi Shafiei berkata, risalah yang ditemui itu tidak mempunyai penerbit dan pencetak."Kita pasti risalah ini jelas memfitnah dan bagi fakta salah.

"Penerbitan ini jelas untuk menghina dan cerca suami calon PKR," dakwanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama PRK Kajang.

Katanya, beberapa petugas parti telah menjumpai risalah tersebut di beberapa daerah mengundi iaitu di Sungai Chua, Saujana Impian, Sungai Sekamat, dan Sungai Kantan.

"Wakil kita yang ada di kawasan masing-masing ambil risalah-risalah ini di bilik gerakan BN yang dalam proses untuk diedarkan kepada pengundi-pengundi Kajang," katanya.

Jelas Suhaimi tindakan menerbitkan risalah seperti ini adalah salah sepertimana yang diperuntukan dalam Akta Suruhanjaya Pilihan Raya 1954 yang boleh dipenjara lebih satu tahun.

Sementara itu Ahli Parlimen Zuraida Kamaruddin menyelar tindakan Umno BN yang menggunakan taktik kotor untuk berkempen.

"BN masih ditakuk lama, guna kempen yang tidak sihat. 10 Dalil, 50 dalil... ini 'outdated'," bidas Zuraida.

Ekoran penemuan risalah ini PKR akan membuat laporan Polis di Balai Polis Kajang pada jam 3.00 petang ini.

Risalah tabloid Wadah tertera 'Fitnah SPR Pakatan Kotorkan Daftar Pemilih, Bekas Adun Kajang Letak Jawatan Angkara Siapa?, dan buku kompilasi beberapa pandangan bekas ahli PKR yang tidak berpuas hati dengan PKR.Hrkh

Terima Padah Kerana Terlalu Prihatin Dengan Pesawat MH370


Foto yang tersebar luas di media2 sosial,menunjukkan penunggang motosikal ditahan pihak berkuasa kerana no plat belakang tertulis PRAY 4 MH370.

Aku tidak tahu sama ada foto ini tulin atau telah diedit.Jika foto ini benar,tabik spring dan salute kat penunggang ni kerana keberanian beliau menunjukkan keperihatinannya pada pesawat MH370 yang hilang.

Walaubagaimanapun salah tetap salah,undang2 tetap undang2.Tindakan pihak berkuasa perlu di hormati.Penunggang ini mungkin telah disaman,beliau menerima padah diatas keperihatinannya ~ Tinta Hijau DKB

Gambar : MH370,Dewan Ulama' Dan Pemuda Pas Selangor Anjur Solat Hajat Di KLIA

Tahniah aku ucapkan kepada Dewan Ulama' Pas Pusat dan Pemuda Pas Selangor kerana berjaya menganjurkan majlis solat hajat dan bacaan Yaasin untuk pesawat MH370 di KLIA.

Itulah yang sepatutnya dilakukan menurut ajaran Islam.Bukannya ritual2 yang penuh khurafat dan bertentangan dengan ajaran Islam.Baca DISINI dan DISINI.

Majlis ini sekurang kurangnya dapat membetulkan pandangan masyarakat bukan Islam dan dunia tentang ajaran Islam yang sebenar,yang sudah tercemar dengan aktiviti dan ritual karut marut yang jelas berlawanan dengan ajaran Islam.

Turut bersama memberi sokongan anak2 muda dari ARC Selangor dan pelajar2 Pasti yang sentiasa dididik dengan Alquran dan Hadis.Saksikan foto dibawah [ Foto dan info : FB Pemuda Gombak ] :



Beri BN isyarat supaya berehat

 Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail

KAJANG - Calon PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail hari ini menyeru kepada pengundi Kajang supaya bersamanya untuk melakukan perubahan pada negara.

Jelasnya sudah tiba masanya untuk BN berehat daripada arena politik tanah air, justeru langkah  pengundi Kajang ialah dengan memberi kemenangan kepadanya ini sekaligus memberi 'signal' kepada BN bahawa parti itu sudah tidak diterima lagi.

"Negara sudah teruk, di mahkamah kita tidak dapat pembelaan. Semua barang naik, tol naik, kangkung naik, oleh itu kita perlu buat sesuatu kepada negara.

"Perkara ini, saya seorang tidak boleh, kamulah (pengundi) Kajang tolong bersama-sama saya. Beri 'signal' kepada BN, bagi mereka rehatlah," katanya ketika ceramah di Sungai Chua hari ini.

Oleh itu, jelas Wan Azizah rakyat Kajang harus berani 'menyuarakan' bantahan mereka terhadap BN menerusi peti undi nanti."Kita harus berani lakukan perubahan, berani menentang kezaliman," katanya.

PRK  Dun  Kajang pada 23 Mac ini bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara, iaitu Wan Azizah dengan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun.

PRK Kajang diadakan susulan peletakan jawatan secara mengejut penyandangnya Lee Chin Cheh, pada 27 Januari lalu.SH