Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail
KAJANG - Calon PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail hari ini menyeru
kepada pengundi Kajang supaya bersamanya untuk melakukan perubahan pada
negara.
Jelasnya sudah tiba masanya untuk BN berehat daripada arena politik tanah air, justeru langkah pengundi Kajang ialah dengan memberi kemenangan kepadanya ini sekaligus memberi 'signal' kepada BN bahawa parti itu sudah tidak diterima lagi.
"Negara sudah teruk, di mahkamah kita tidak dapat pembelaan. Semua barang naik, tol naik, kangkung naik, oleh itu kita perlu buat sesuatu kepada negara.
"Perkara ini, saya seorang tidak boleh, kamulah (pengundi) Kajang tolong bersama-sama saya. Beri 'signal' kepada BN, bagi mereka rehatlah," katanya ketika ceramah di Sungai Chua hari ini.
Oleh itu, jelas Wan Azizah rakyat Kajang harus berani 'menyuarakan' bantahan mereka terhadap BN menerusi peti undi nanti."Kita harus berani lakukan perubahan, berani menentang kezaliman," katanya.
PRK Dun Kajang pada 23 Mac ini bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara, iaitu Wan Azizah dengan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun.
PRK Kajang diadakan susulan peletakan jawatan secara mengejut penyandangnya Lee Chin Cheh, pada 27 Januari lalu.SH

Tiada ulasan:
Catat Ulasan