Ahli
Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
mengumumkan mempunyai sokongan 30 Adun Selangor dan menggesa Tan Sri Abdul
Khalid Ibrahim meletakkan jawatan.
Selain
sokongan daripada 15 Adun DAP dan 13 PKR, dua Adun PAS Hasnul Baharuddin
(Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) hadir memberikan sokongan kepada
presiden PKR itu.
Jumlah
Jumlah itu menjadikan Pakatan Rakyat (PR) kini mempunyai 30 kerusi daripada 56
kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
"Dengan
ini saya mengumumkan 30 orang Adun PR termasuk saya menyatakan rasa hilang
percaya kami kepada YB Datuk Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri
besar," katanya pada sidang media di Hotel Empire, Subang Jaya hari ini.
"Mereka
juga menyatakan sokongan kepada saya untuk mengambil alih sebagai menteri besar
baru," katanya.Ini
bermakna menteri besar dua penggal itu kehilangan sokongan majoriti di DUN yang
mempunyai 56 kerusi itu.
"Dengan
perkembangan terbaru ini, kami mengesahkan kami mempunyai majoriti di DUN
dengan sekurang-kurangnya empat orang," kata Dr Wan Azizah pada sidang
media yang turut dihadiri pemimpin tertinggi PR serta Adun Selangor yang
menyokongnya.
Khalid
kini mendapat sokongan 12 Adun Umno dan merupakan Adun bebas di Pelabuhan Klang
selepas PKR memecatnya.
PAS mempunyai
15 Adun akan tetapi 13 lagi masih belum menyatakan pendirian mereka sama ada
menyokong atau menolak Khalid.
Dengan
perkembangan terbaru ini Dr Wan Azizah mengatakan beliau sudah menghantar surat
pada 11.30 pagi tadi untuk bertemu dengan Sultan Selangor.
Dikepilkan
sekali dalam surat tersebut adalah pengakuan bersumpah 30 Adun yang menyatakan
sokongan kepada Dr Wan Azizah untuk menggantikan Khalid.
"Saya
juga memohon untuk mendapatkan pandangan DYMM Tuanku Sultan Selangor sekiranya
ada keperluan bagi YB Speaker memanggil sidang Dewan Negeri Selangor untuk
memuktamadkan proses pertukaran YAB Menteri Besar," katanya.
Sultan
Selangor pada ketika ini bercuti dan dijangka akan pulang selepas dua minggu.Dr Wan
Azizah juga menasihatkan Khalid supaya menghormati undang-undang dan prinsip
demokrasi dengan segera meletakkan jawatan.
"Beliau
seharusnya memudahkan proses peralihan kuasa secara tertib dan tidak membuat
sebarang keputusan dasar atau pentadbiran setelah sah kini dengan terbatalnya
keabsahan beliau sebagai menteri besar.
"Keutamaan
saya ialah mengembalikan pentadbiran Kerajaan Selangor kepada Pakatan Rakyat
agar segala perancangan dan dasar Pakatan Rakyat dapat dilaksanakan dengan
cepat dan berkesan seperti mandat yang diberikan rakyat.
"Oleh
yang demikian, saya menyeru supaya rakan-rakan ahli Dewan Negeri dari Pakatan
Rakyat yang lain yang belum membuat penyataan sokongan terbuka mempertimbangkan
keperluan mendesak ini untuk mengembalikan urusan pentadbiran Kerajaan Selangor
seperti biasa.
"Saya
juga memuji kesabaran rakyat Selangor dalam menghadapi perkembangan politik
mutakhir ini dan menasihati orang ramai agar terus bertenang sementara menunggu
ia diselesaikan secara baik melalui jalan perundangan mengikut Undang-undang
Tubuh Negeri," kata Dr Wan Azizah.TMI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan