Ditolak
menghadap dengan surat tulisan suaminya, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah
Wan Ismail membuat cubaan kedua menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin
Idris Shah, dengan menghantar surat permohonan yang ditandatanganinya sendiri,
lapor The Star.
Surat itu
dihantar Azizah ke istana pada Selasa lalu, dikatakan mahu memberi penjelasan
berhubung krisis PKR sehingga menjejaskan pentadbiran negeri Selangor, kata
akhbar itu hari ini.
Laporan
akhbar itu mengatakan Sultan Sharafuddin tahu tentang permohonan kedua Wan
Azizah tetapi hanya akan pulang ke tanah air pada 23 Ogos ini selepas berangkat
ke luar negara semalam.
Wan
Azizah dalam surat pertama pada Ahad lalu mahu menghadap Sultan untuk
menjelaskan isu pemecatan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
daripada parti, tetapi surat itu ditandatangani suaminya yang juga Ketua Umum
PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Setiausaha
Sulit Sultan, Datuk Mohamad Munir Bani dalam kenyataan pada Selasa berkata
baginda enggan melayan permintaan Anwar dan Wan Azizah kerana sudah pun
berjumpa Khalid dan mendapat penjelasan mengenai isu menteri besar.
"Sultan
Selangor berpendapat pemecatan Khalid dari menjadi ahli PKR merupakan isu
dalaman parti yang tidak menjejaskan kedudukan beliau sebagai Ahli Dewan Negeri
(Adun) Selangor."Baginda
tidak mahu campur tangan dalam isu dalaman PKR," katanya.
Khalid
pada Isnin lalu mengumumkan dirinya masih menteri besar yang sah dan akan
meneruskan tugas seperti biasa selepas berjumpa Sultan Sharafuddin di Istana
Alam Shah Klang dan mendapat perkenan baginda.
Khalid
dalam pertemuannya dengan Sultan berkata, beliau masih mendapat sokongan undi
majoriti walaupun dipecat daripada PKR pada 9 Ogos lalu.
PKR
memecat Khalid kerana enggan berundur daripada kedudukannya walaupun diarahkan
parti yang mahu menggantikannya dengan Wan Azizah.TMI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan