KUALA LUMPUR – [DIKEMASKINI] Pas Pusat mengumumkan bersetuju untuk
mengangkat dua nama dari PKR bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata keputusan itu dicapai sebulat suara melalui Mesyuarat Khas Jawatankuasa Peringkat Pusat yang dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, jam 10.10 pagi, hari ini.
"Nama yang dicadangkan oleh Pas ialah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali," katanya pada sidang media di ibu pejabat Pas, hari ini.
Dalam pada itu, Mohamad menegaskan, empat Exco Selangor yang masih berkhidmat dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor akan terus kekal menyandang jawatan masing-masing.
Sementara itu, ketika ditanya sebab menolak Abdul Khalid terus meneraju kerusi nombor satu itu, Mohamad hanya menjawab, "...dia sudah bukan ahli PKR. Kami pegang pada tahaluf siyasi."
Sinar Harian Online difahamkan, kedua-dua nama tersebut bakal ditentukan untuk jawatan menteri besar itu dalam mesyuarat PR, petang ini.

Mcmana Allah nk tolong Pas s3dangkan insan dizalimi dibiarkan....
BalasPadamPakat caca marba habih...
BalasPadam