Ahad, 17 Ogos 2014

Alhamdulillah,Mesyuarat Pas Pusat Berjalan Dengan Lancar Dan Harmoni

Para pemimpin PAS bakal menentukan masa depan Pakatan Rakyat dan PAS dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini. – Gambar Harakahdaily

Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang dijangka panas hari ini berjalan dengan lancar serta harmoni dan berjaya diselesaikan dalam masa tidak sampai satu jam setengah.

Menurut seorang ahli mesyuarat itu, presiden PAS berjaya mengendalikan mesyuarat dengan baik dan keputusan dicapai dengan sebulat suara dan tamat jam 11.30 sekejap tadi.

"Alhamdulillah, mensyuarat berjalan dengan lancar dan keputusan dicapai sebulat suara. Presiden PAS mengendalikan mesyuarat dengan baik," kata seorang ahli mesyuarat ketika menghubungi The Malaysian Insider.

Katanya, keputusan mesyuarat akan diumumkan oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu sidang media tidak lama lagi.

Mesyuarat yang paling ditunggu-tunggu tahun ini itu dijangka panas dengan pelbagai pihak membuat ramalan akan berlaku pertelagahan antara kumpulan di dalamnya.

Utusan Malaysia meramalkan akan berlaku pertelagahan antara kumpulan penyokong Majlis Syura Ulama dan kumpulan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat ini.


Namun, perbincangan, surat panjang, pandangan awal, serta semangat mahu mempertahankan PAS dan Pakatan Rakyat menyelesaikan mesyuarat ini dengan cepat dan lancar.

Lebih 100 wartawan, jurugambar, petugas, pasukan penyokong berhimpun di perkarangan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini bagi mengikuti mesyuarat ini.

Kumpulan Geng Ustaz yang menyokong pendirian Presiden PAS berhimpun dengan kertas pemidang, "We are members of PAS and we support our president," yang bermaksud "Kami ahli PAS menyokong presiden kami".TMI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan