Khamis, 3 April 2014

Pelancong China Dan Pekerja Resort Dilarikan Dari Pulau Singgahmata Semporna


Seorang pelancong dari China dan seorang pekerja resort berasal dari Filipina dilarikan oleh sekumpulan lelaki di sebuah resort di Pulau Singgahmata, bersebelahan Pulau Bum-Bum Semporna, dekat Kota Kinabalu, malam tadi.

Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohammad Mentek mengesahkan kejadian itu yang berlaku pada kira-kira jam 10.30 malam.
"Kita menyerahkan perkara ini kepada polis untuk membuat siasatan lanjut dan seterusnya memberi laporan penuh," katanya dalam satu kenyataan ringkas, hari ini. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan