Papagomo (kiri) dan Rafizi.
KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan mengesahkan blogger
Papagomo yang memfitnah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah
Wan Muhammad Azri Wan Deris.
Menteri Pertahanan dalam jawapan kepada soalan lisan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mengesahkan Wan Azri telah menaiki kapal selam Scorpene pada 9 Disember 2011.
Jawapan menteri terbabit turut menyatakan nombor kad pengenalan Wan Azri dan memberitahu individu itu menaiki kapal selam bersama media lain tujuan perkongsian maklumat.
Rafizi menanyakan soalan itu untuk mendapatkan pengesahan identiti Papagomo kerana umum mengetahui bahawa Papagomo telah menaiki Scorpene atas jemputan menteri.
"Perkara ini telah disebarluas melalui blog-blog Umno sendiri yang mengesahkan bahawa Papagomo telah berada di dalam Scorpene malah gambar-gambar tersebut tersebar luas," katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen.
Setakat ini, jelas Rafizi, Wan Azri telah menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia adalah Papagomo.
Jawapan menteri itu, kata Rafizi akan memberi beberapa implikasi undang-undang terhadap Wan Azri.
Ini kerana katanya, semasa memberi keterangan di dalam kes saman Ahli Parlimen Permatang Pauh terhadapnya, Wan Azri tidak mengaku beliau pernah berada di dalam kapal selam Scorpene.
"Jawapan Menteri Pertahanan telah mengesahkan bahawa Wan Azri telah berbohong kepada mahkamah.

"Ini
adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan iaitu
kesalahan memberi keterangan palsu kepada mahkamah. Kesalahan ini boleh
dijatuhkan hukuman penjara 7 tahun dan kesalahan yang boleh ditahan,"
katanya.
Rafizi akan membuat laporan polis terhadap Wan Azri atas
kesalahan berbohong di dalam mahkamah pada hari selasa 8 April ini
supaya tindakan segera diambil terhadap Papagomo.
"Saya ingin
melihat sama ada pihak polis akan mengambil tindakan menahan Papagomo
serta merta dan mahkamah mengenakan hukuman penjara yang sewajarnya
terhadap Papagomo," tegasnya yang akan memfailkan saman terhadap Wan
Azri atas fitnah yang mendakwa beliau dipecat daripada Petronas kerana
pecah amanah.
Rafizi dalam pertanyaan lisannya semalan meminta
Menteri Pertahanan menyatakan tarikh dan tahun Wan Azri dibenarkan
menaiki kapal selam Scorpene dan apa tujuan individu tersebut menaiki
kapal itu.Hrkh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan