Datuk Seri Anwar dan Tun Daim
Zainuddin
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim
Zainuddin semalam mengaku bahawa beliau memang memiliki bank di Tanzania
seperti didakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Ya... memang saya ada bank di sana (Tanzania)... lama dah. Anwar pun tahu sebab dia ambil alih Menteri Kewangan daripada saya dulu.
"Masa Anwar jadi Menteri Kewangan, dia mempengerusikan satu jawatankuasa mengenai rasuah (peringkat kabinet)... kenapa waktu itu tidak ambil tindakan terhadap saya," kata Daim dipetik Berita Harian.
Beliau berkata demikian selepas hadir program Bicara Petang Bersama Tun Daim Zainuddin di ibu negara semalam.Beliau turut mengakui pernah dua kali disiasat pada 1999 berhubung pemilikan itu.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh dalm siri ceramahnya sebelum ini mendakwa mempunyai bukti penyelewangan besar Daim.Beliau turut mendakwa Daim menyimpan duit di Tanzania, salah sebuah negara di Afrika Timur.
Maklumat itu kata Anwar diperolehi dari gabenor bank negara Tanzania yang menyebut bahawa Daim ada menyimpan wang di negara itu.
Anwar berkata, beliau dimaklumkan bank di Tanzania itu adalah 'istimewa' kerana Daim hanya menyimpan duit sahaja tanpa sebarang operasi.

Terbaru
dalam satu temubual dengan Harakahdaily, Pesuruhjaya PAS Perak Razman
Zakaria pula mendedahkan bahawa Daim juga pernah memiliki sebuah bank di
Bangladesh.
Menurut Razman, beliau mempunyai maklumat bahawa
Daim pernah mengambil alih ICB Islamic Bank Limited berdaftar di Karwan
Bazar, Dhaka sekitar antara tahun 2006 dan 2007.
"Bagaimanapun
maklumat yang kami perolehi, beliau telah menjual bank itu pada Oktober
2010 dengan harga USD55,000 juta," kata Razman kepada Harakahdaily.
Razman
juga mendakwa, Daim mempunyai beberapa lagi milikan di luar negara
melalui syarikat induk ICB Financial Group Holding AG atau juga dikenali
sebagai ICB Banking Group yang berpengkalan di Switzerland.Hrkh
Sebelum Tun M menjadi PM, Tun Daim sudahpun bergelar tokoh korporat. Beliau tidak melolong melalak ke hulu hilir mengkafirkan umat islam lain, sebaliknya berusaha. Beliau merupakan salah seorang pemaju perumahan Bumiputera di Malaysia dimana Taman Maluri Kg Pandan adalah dibawah pembinaan syarikat beliau.
BalasPadamDan beliau juga dikenali dengan gelaran MR 10% kerana sentiasa minta komisen atas projek2 yg dibawakan untuk perhatian Mahathir. Sila cari info dr pegawai-pegawai atasan kerajaan tahun 80an, kebanyakkannya amat mengenali keburukan perangai Daim ini.
BalasPadam