Pengarah Stategi PKR Rafizi Ramli
Rafizi Ramli dan Chua Tian Chang turut dihalang untuk memasuki Sarawak hari ini, kata Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.Rafizi dan Chua merupakan pemimpin parti itu yang ketiga dihalang
selepas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dihalang
masuk ke negeri berkenaan pagi ini.
"Rafizi Ramli dan Tian Chua turut disekat daripada memasuki Sarawak,"
kata Fahmi dalam satu kiriman WhatsApp kepada The Malaysian Insider.Saifuddin disekat daripada masuk ke Sarawak ketika tiba di Sibu pada jam 11 pagi tadi.Fahmberkata, Saifuddin ke Sarawak untuk membantu kempen PKR bagi
Pilihan Raya Kecil (PRK) DewanUndangan Negeri (DUN) Balingian yang akan
berlangsung pada 29 Mac ini.
"Namun sejurus tiba di Sibu pagi ini, beliau dimaklumkan pegawai yang
bertugas bahawa satu arahan dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri
Sarawak pada 22 Mac 2014 untuk menyekat beliau daripada memasuki
Sarawak.
"Datuk Saifuddin kini sedang menunggu penerbangan balik ke Kuala Lumpur," kata Fahmi dalam satu kenyataan pagi ini.Menurut Fahmi, tindakan ini membuktikan pengaruh bekas Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud masih lagi kuat di negeri tersebut.
"Datuk Saifuddin kini sedang menunggu penerbangan balik ke Kuala Lumpur," kata Fahmi dalam satu kenyataan pagi ini.Menurut Fahmi, tindakan ini membuktikan pengaruh bekas Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud masih lagi kuat di negeri tersebut.
"PKR mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak demokratik ini. Cukup
jelas pengaruh politik kuku besi Taib masih berleluasa walaupun ketua
menteri sudah bertukar ganti, dan pengaruh ini terus merencatkan
perkembangan demokrasi di bumi Sarawak," katanya.
Taib meletak jawatan sebagai ketua menteri bulan lalu dan digantikan oleh Tan Sri Adenan Satem.Sejurus selepas peletakan jawatan tersebut, beliau dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak.
PRK DUN Balingian terpaksa diadakan selepas Taib mengosongkan kerusi berkenaan untuk mengambil alih jawatan Yang di-Pertua.PRK DUN Balingian menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon
Barisan Nasional, Yussibnosh Balo dan calon PKR, Abdul Jalil Bujang.TMI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan