Yaya Toure(kiri) dan Kolo Toure(kanan) contoh pemain muslim yang mementingkan ukhwah dalam karier dan reputasi mereka.
Kolo Toure dan Yaya Toure ketika mewakili Ivory Coast
Yaya Toure meraikan jaringan bersama Kolo Toure ketika bermain di Manchaster City
UKHWAH secara definisinya diambil dari kata dasar
akhun yang membawa maksud sahabat, teman, saudara serta yang berkait
dengannya. Ukhwah juga merupakan elemen penting bagi setiap individu
bergelar khalifah Allah.
Dengan ukhwah komunikasi dua hala dapat dilakukan dengan berkesan,
perkongsian pendapat mahupun idea, luahan masalah serta wujudnya
kerelaan membantu satu sama lain. Perhubungan atau ukhwah yang erat
tidak mengenal darah mahupun bangsa, sedangkan kita tahu istilah saudara
sesama Islam yang menunjukkan betapa agama Islam mengangkat tinggi
jalinan ukhwah sesama penganutnya.
Pada ruangan kali ini, mari kita singkap jalinan ukhwah yang
terjalin di antara pemain muslim di liga Perdana Barclays. Situasi,
drama, keadaan serta spekulasi yang terjadi antara pemain muslim di liga
perdana Barclays dengan saudara seagama dengannya.
Peminat BPL (Barclays Premier League) pasti mengenali dua pemain
berpotensi besar, Kolo Toure dan juga adik kandungnya Yaya Toure.
Kedua-dua pemain ini berasal dari negara di benua Afrika yang sudah
dikenali kerana melahirkan banyak bakat berprofil tinggi dalam arena
bola sepak dunia, Ivory Coast.
Pastinya kedua pemain muslim yang bersaudara ini menjadi tonggak juga
harapan negara mereka bagi menempuhi Piala Dunia 2014 di Brazil pada
bulan Jun ini.
Kolo Toure bermain di posisi pertahanan tengah manakala Yaya Toure
pula bermain selaku midfielder serba boleh yang selesa memonopoli
bahagian tengah bertahan mahupun menyerang. Ukhwah yang terjalin antara
dua adik beradik muslim ini cukup erat dan rapat biarpun sekarang mereka
bermain di dua kelab gergasi berseteru bagi memenangi kejuaraan liga
mahupun tempat ke Liga Juara-juara Eropah.
Kolo Toure bermain untuk Liverpool, kelab yang penuh dengan sejarah
kegemilangan dan Yaya Toure bermain di Manchaster City kelab mewah
berbelanja besar. Persembahan atau reputasi kedua pemain ini berbeza
dari segi perjalanan karier, menempuhi ketika di bawah tahap sebenar
sehingga kembali mengecapi reputasi yang sepatutnya.
Dua beradik ini sentiasa memberi pandangan, nasihat antara satu sama
lain juga mempertahankan kredibiliti antara satu sama lain di hadapan
media.
Pada tahun 2010, Yaya Toure berpindah dari Barcelona ke Manchaster
City bagi menyertai abangnya Kolo Toure. Perpindahan ini membabitkan
kos berjumlah 24 juta pound. Kolo Toure sempat mengulas bahawa reputasi
atau tahap permainan adiknya berada di tahap yang lebih tinggi
berbanding Sergio Busquets yang menggantikan posisi adiknya di kelab
Catalan tersebut.
Mereka menempuhi musim gemilang di Manchaster City. Kedua beradik ini
selesa berada di dalam skuad yang sama biarpun di posisi yang berbeza.
Mereka sering dilihat meraikan kemenangan atau jaringan bersama. Mereka
menjadi pemain bersaudara muslim pertama yang mendapat perhatian dunia
dan sedang bermain di liga terbaik dunia.
Kepercayaan beliau terhadap adiknya menunjukkan betapa eratnya
hubungan antara kedua pemain ini. Kolo Toure pernah mengalami masalah
gagal dalam ujian dadah pada 3 Mac 2011 yang membawa kepada
penggantungan perlawanan. Yaya Toure sering memberi bimbingan juga
semangat untuk abangnya kembali pada tahap yang sepatutnya selepas
penggantungan perlawanan.
Sikap mangambil berat antara satu sama lain juga prihatin ini jelas
mendorong kepada pembentukan ukhwah yang lebih kukuh antara mereka dan
sebagai role model kepada kita.
Saranan juga dorongan daripada Kolo Toure kepada adiknya untuk
menyertai kelabnya ketika itu Manchaster City dengan meninggalkan
Barcelona memberi impak dalam kerjaya adiknya sehingga menjadi antara
midfielder tengah paling berpengaruh di liga Perdana Barclays.
Kolo Toure jelas ikhlas membantu meningkatkan keyakinan dan reputasi
adiknya tanpa rasa cemburu atau iri hati biarpun tahu kemampuan
adiknya akan melangkaui beliau seperti yang kita lihat sekarang pada
musim 2013/2014.
Yaya Toure merupakan pemain kesebelasan utama Manchaster City yang
dilihat sering konsisten dan bertindak sebagai ‘playmaker’ dalam pasukan
bercita-cita besar, manakala Kolo Toure bermain untuk Liverpool pada
kempen pertama musim ini dilihat bergelut untuk kesebelasan utama
setelah aksi di dalam radar meningkat juga menurun seperti bertindak
cuai ketika menentang West Brom tetapi kembali menunjukkan prestasi
cemerlang menentang Arsenal.
Lihatlah betapa realistiknya kepentingan ukhwah dalam kehidupan
seharian tidak kira dalam aspek kerjaya mahupun peribadi. Seperti yang
diaplikasikan kedua orang pemain muslim berpengaruh di liga Perdana
Barclays, sikap bantu membantu, prihatin, memberikan pendapat, serta
jujur dan ikhlas akhirnya membawa ke arah satu ketentuan yang lebih
baik.
Agama Islam juga menerapkan unsur ukhwah ini sebagai suatu konstitusi
yang penting dalam perhubungan dan komunikasi antara manusia.
Daripada kita bertindak secara individu lebih baik kita berukhwah
antara sesama Islam dan bersama ke arah memperoleh rahmat dan nikmat
Allah, Insya Allah.Hrkh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan