Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya mengesahkan akan bertanding jawatan presiden PKR dalam pemilihan parti itu pada Mei, sekaligus mengesahkan spekulasi selama ini.
Anwar memberikan bayangan dengan jelas beliau akan bertanding jawatan
itu bagi menggantikan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang
mahu berehat dan memberikan lebih tumpuan kepada cucunya berbanding
politik.
"Dia mahu memberikan masa yang lebih kepada cucunya dan juga menjaga
datuk," kata Anwar dalam satu wawancara bersama portal The Ant Daily.
Ketika ditanya oleh wartawan, "Apakah anda mengharapkan, Ahli Parlimen
Lembah Pantai, Nurul Izzah menjadi perdana menteri?", Anwar menjawab,
biarlah anaknya itu melalui semua proses ke arah itu.
"Mengapa bebankan dia dengan semua khabar angin yang menyebabkan dia
terkejut di peringkat awal," kata Anwar yang dipercayai merujuk kepada
berita mengenai Nurul Izzah memfailkan tuntutan fasakh terhadap
suaminya, Raja Ahmad Shahrir di Mahkamah Syariah.
Khabar angin Anwar akan mengambil alih jawatan presiden PKR mula
bertiup sejak pertengahan tahun lalu, apabila Timbalan Presiden PKR,
Mohamed Azmin Ali mula mempertikaikan beliau dan keluarganya yang
menguasai PKR.
Anwar merupakan ketua umum PKR, manakala isteri beliau Dr Wan Azizah
adalah presiden, manakala anaknya Nurul Izzah pula adalah naib presiden.TMI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan