Selasa, 7 Mei 2013

Polis Siasat Utusan Kerana Menghasut


KUALA LUMPUR, 7 Mei — Polis sedang menyiasat Utusan Malaysia di atas dakwaan menghasut, beberapa jam selepas akhbar milik Umno itu membangkitkan kebencian dengan laporan muka hadapan yang menyalahkan masyarakat Cina di atas prestasi buruk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya 2013.

Polis juga menahan dua penulis blog, Papa Gomo dan King Jason untuk soalsiasat.“Satu laporan polis diterima berkenaan siaran Utusan Malaysia yang berbaur hasutan. Kes disiasat di bawah Sek 4(1)(c) Akta Hasutan 1948,” tulis polis dalam akaun Twitter mereka, @PDRMsia.

Di bawah undang-undang ini, sesiapa yang didapti bersalah akan didenda tidak lebih dari RM1,000 bagi kesalahan pertama atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan yang berulang, mereka yang didapati bersalah akan berhadapan dengan penjara maksimum tidak lebih dari lima tahun.

“PDRM tidak akan teragak2 utk memburu/menangkap mana2 pihak yg mencetuskan isu perkauman@ hasutan menerusi rangkaian media sosial , kata Ketua Polis Negara (KPN) dalam akaun Twitter rasmi polis.

Tan Sri Ismail Omar menambah, pilihan raya umum ke 13 yang dijalankan pada Ahad lalu “berjalan lancar tanpa insiden yang besar dan semua pihak menunjukkan kematangan melaksanakan demokrasi.”

Muka hadapan akhbar milik Umno Utusan Malaysia hari ini mempersoalkan “Apa lagi Cina mahu? dalam langkah yang dilihat sebagai percubaan untuk mencorakkan keputusan Pilihan Raya 2013 sebagai undi Cina lawan undi Melayu.

Ahli politik dari kedua-dua Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) telah menyelar percubaan akhbar itu untuk menimbulkan ketegangan kaum.

Sesetengah ahli politik dari BN seperti Datuk Saifuddin Abdullah yang kalah di kerusi Parlimen Temerloh, menyertai rakan-rakannya dari PAS dan PKR untuk menghentam laporan provokatif dari Utusan - akan menggagalkan perdamaian kebangsaan dicadangkan oleh Datuk Seri Najib Razak selepas pilihan raya pada Ahad.

Akan tetapi perdana menteri yang baru mengangkat sumpah untuk penggal kedua itu membela Utusan dengan mengatakan DAP yang majoritinya Cina telah mengelirukan orang Cina menyebabkan mereka berfikir mengundi parti tersebut akan menyebabkan pertukaran kerajaan.

“Kamu menyalahkan Utusan akan tetapi kamu tidak tanya tentang akhbar Cina,” kata Najib dalam sidang akhbar apabila ditanya bagaimana untuk mencapai perdamaian kebangsaan jika Utusan Malaysia masih memainkan isu-isu perkauman.Beliau tidak menyatakan apa yang dibantah dalam akhbar berbahasa Cina.

Najib mengatakan awal pagi Isnin kerajaan baru BN akan memulakan perdamaian kebangsaan, sebagai usaha-usaha untuk menyatukan rakyat Malaysia, selepas apa yang beliau gambarkan senagai “tsunami Cina” dalam pilihan raya umum ke 13 – menyaksikan BN menang dengan majoriti lebih kecil berbanding Pilihan Raya 2008.

Pencapaian BN dalam Pilihan Raya 2013, lebih buruk daipada 2008. Kerusi di Parlimen jatuh daripada 140 kepada 133. Manakala bagi kerusi DUN, BN merosot daripada 306 kepada 274 walaupun dapat menawan semula Kedah dan mengesahkan penguasan ke atas Perak.

Polis menahan penulis blog berumur 33 tahun yang memiliki blog Papa Gomo di stesen minyak berdekatan dengan Danau Kota, manakala seorang lagi penulis blog berumur 38 tahun - dikatakan pemilik blog King Jason di tahan di Kampung Jawa, Klang hari ini, The Star Online melaporkan hari ini memetik Datuk Syed Ismail Syed Azizan - merupakan pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) bagi Kuala Lumpur.

Papa Gomo memuat naik entri awal pagi ini bertajuk, “Mesej Sebaran Cina DAP Yang Dahagakan Kuasa” yang mendapat 54 komen.

Semalam beliau memuat naik satu lagi entri bertajuk,” Bangsa Cina DAP Wajib Ditentang Walaupun Bermandi Darah” yang diambil dari pamplet mengenai percubaan Cina untuk mengambil alih negara ketika pemimpin Melayu lemah.

King Jason pula menulis di blognya kingofgoblok.blogspot.com mengatakan BN membeli undi dalam pilihan raya pada Ahad.TMI

2 ulasan:

  1. Siasat aje, kalau tidak rakyat kata tak jalankan tugas. yang pasti lepas ini senyap aje.

    BalasPadam