Sabtu, 2 November 2013

Gambar : Kempen Paling Kotor Dan Biadab Di PRK Sungai Limau








Semakin hampir dengan hari membuang undi, kempen pilihan raya kecil di Sungai Limau dicemari dengan kempen kotor apabila replika kaki sebelah dipotong yang ditemui digantung di berbagai lokasi.

Insiden itu disifatkan sebagai satu penghinaan dan provokasi pertama yang berlaku ketika kempen berjalan dengan tenang di Sungai Limau.

Walaupun tidak mengaitkan insiden tersebut dengan mana-mana pihak, dikhuatiri ia mempunyai kaitan dengan arwah Tan Sri Azizan Razak yang mana sebelah kakinya telah dipotong sebelum meninggal dunia selepas menjalani pembedahan.

Sungai Limau adalah kubu kuat PAS yang telah dimenangi mereka selama lima penggal.Penyandangnya arwah Azizan adalah wakil rakyat dikawasan tersebut sejak tahun 1995.

Kerusi tersebut kosong selepas arwah Azizan meninggal dunia pada 26 September kerana jatuh sakit dan mengalami kegagalan organ.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, arwah Azizan memperoleh majoriti 2,774 undi berbanding majoriti sebanyak 3,212 undi yang diperolehnya pada tahun 2008 sebelum ini.

Beliau menewaskan calon BN, Mohd Fazillah Mohd Ali dalam pertarungan empat penjuru. Dua calon bebas lain tewas dan hilang wang deposit mereka. - 2 November 2013.TMI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan