Isnin, 23 September 2013

Respon Tok Guru Nik Aziz Berkenaan Lawatan Presiden Amerika Syarikat Ke Malaysia

 Berikut adalah respon Tok Guru Nik Aziz berkenaan lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama ke Malaysia,Dipetik dari Facebook Nik Abdul Aziz Nik Mat :

Saya ingin memberikan sedikit respon berkenaan lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama ke Malaysia yang dijadualkan pada bulan hadapan.

Pada saya, ia tidak lebih hanyalah tanda terima kasih Amerika kepada Malaysia yang selama ini menyokong pendirian Amerika dalam pelbagai isu antarabangsa. Ini termasuklah dalam isu rampasan kuasa tentera di Mesir yang mana Malaysia hanya sanggup menyatakan tidak setuju dengan kadar yang paling minima sahaja tanpa disertai dengan apa-apa tindakan serius.
 
Kelantan, sekalipun sebuah negeri yang kecil di mata dunia antarabangsa berusaha sedaya upaya sekadar yang termampu untuk menyatakan rasa kesal terhadap kudeta yang berlaku di Mesir. Kelantan telah mengadakan sidang Dewan khas untuk meluluskan usul mengutuk dan menghantar nota bantahan.

Adapun kerajaan Malaysia, dalam hal ini masih bersikap takut-takut, dibimbangi mengguris hati Amerika Syarikat. Kepatuhan Malaysia ini melayakkan bumi Malaysia dipijak oleh Presiden Amerika Syarikat nanti.

Pada saya, tiada yang membanggakan jika Malaysia dikunjungi Presiden Amerika. Ia hanya mengesahkan hubungan baik antara kedua-duanya yang telah terjalin sekian lama ~ FB TOK GURU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan