Kejaaiban Ikhwan,Berita Pelik Dari Penjara Mesir
Ikhwanisasi Penjara
Kini 50 ribu pendokong anti-kudeta mengisi
penjara-penjara Mesir atas alasan tangkapan yang berbagai dan suka-suka
dari pihak tentera Mesir.
Tragisnya,
tahanan politik Ikhwan dan anti-kudeta ditempatkan di penjara jenayah
berat. Dicampur dengan tahanan kes-kes jenayah rompakan, rogol, dadah,
pembunuhan dan lain-lain. Tujuannya, anggota Ikhwan ini diseksa secara
mental dan fizikal.
Namun keajaiban terjadi. Baru sebulan sahaja
tahanan kes jenayah ini dicampurkan dengan tahanan politik Ikhwan, para
penjaga dan ketua penjara mengeluh, "Tahanan jenayah terikut-ikut
kebiasaan Ikhwan iaitu tilawah Quran, solat malam, tahajjud, puasa".
Keanehan ini juga terlihat apabila pelawat datang, para tahanan jenayah
ini meminta mushaf Quran, sejadah, pakaian untuk shalat, dan tasbih.
MaasyaAllah.
Kini penjara Mesir terjadi Ikhwanisasi. Sebahagian
berbahagia Ikhwan ditekan, padahal Ikhwan adalah "madrasah(tempat
didikan)". Nyawa boleh dimatikan dengan peluru atau buldozer, tapi
fikrah itu tak akan pernah mati.
*gambar menunjukkan para Ikhwan solat berjemaah di dalam penjara Turrah (salah satu penjara di Mesir) suatu ketika dahulu
Sumber: Islamedia via Kachipemas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan