Khamis, 28 Mac 2013

Gambar : Treler Jelajah Berkebajikan Pas Ditahan Polis








 GOPENG: Akibat ditahan pihak berkuasa, program jelajah treler berkebajikan PAS yang dijadual berlangsung di Gopeng tertangguh lebih sejam malah terpaksa diubah dari Seksyen 18 ke tapak pasar malam Kampung Pengkalan Pegoh.

Timbalan Yang Dipertua PAS Gopeng, Radzi Zainon berkata, pihaknya kesal dengan penahanan dan pemeriksaan treler itu yang diyakini dibuat 'atas arahan' pihak tertentu bagi mengganggu program yang dianjur hari ini.

"Kita lihat bila Barisan Nasional (BN) buat program, bukan sahaja tiada halangan malah anggota keselamatan turut memberi kerjasama.

"Tetapi apabila Pakatan Rakyat, bermacam-macam halangan diwujudkan dengan tujuan untuk menakut-nakutkan rakyat agar tidak hadir ke tempat program tersebut," jelasnya kepada Harakahdaily.

Beliau yang kecewa dengan tindakan penahanan treler itu berkata, semua pihak sewajarnya bertindak profesional dalam dalam menangani perbezaan politik kerana Malaysia adalah sebuah negara yang demokrasi.

"Tindakan polis yang mengikut arahan pihak tertentu menyebabkan program kita terjejas lebih dari sejam.

"Bukan itu sahaja kita terpaksa mengubah lokasi ke tempat yang lain, dan kita khuatir jika meneruskan program di lokasi yang asal sudah pasti pelbagai perkara yang tidak diingini berlaku," katanya ketika ditemui di program jelajah di Pengkalan Pegoh.

Tengah hari tadi, lebih 30 anggota polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Cawangan Khas mengepung treler Negara Berkebajikan PAS di Gopeng saja keluar dari lebuhraya.

Konvoi jelajah Negara Berkebajikan PAS ditahan oleh pihak polis ketika dalam perjalanan ke tapak program di Pengkalan Pegoh.

Pihak polis menahan konvoi jelajah di Taman Pinji Perdana setelah mengejar konvoi tersebut yang melalui sekatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa.

Ketika ditanya tentang penahanan tersebut sehingga pihak polis terpaksa mengejar treler jelajah itu, mereka hanya memberi jawapan 'menjalankan tugas mengikut arahan dikeluarkan'.

Lebih kurang lima buah kereta peronda, empat buah motosikal berkuasa tinggi berada di tempat di mana konvoi tersebut ditahan.

Walaupun treler tersebut ditahan oleh pihak polis, namun pemeriksaan dilakukan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Konvoi jelajah yang ditahan hampir sejam itu dilepaskan setelah pihak JPJ membuat pemeriksaan dan mengambil segala maklumat dari rombongan konvoi.

Peguam PAS, Haji Asmuni Awi antara yang berunding dengan mereka bagi membolehkan perjalanan ke destinasi diteruskan.

Semalam, treler tersebut turut dihalang memasuki kawasan ceramah di Bandar Kamunting.

Difahamkan pihak polis membuat tiga sekatan jalan raya di laluan masuk ke tempat program tersebut mulai jam 6 petang lagi.Hrkh

4 ulasan:

  1. Polis buatlah apa yang patut sementara kerajaan Umno/BN berkuasa. Sebenarnya anda tolong mempercepatkan kehancuran Umno dengan tindakan2 tidak professional anda.Cuba bayangkan kerajaan baru Pakatan memerintah tak lama lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Putar belit sajalah kerja haramkah... polis tahan lori hantu ni sbb parking tak bertempat hingga ganggu lalulintas. Drebar lori takde lesen. Apa ke giler lah puan beruk pas semua nk salahkn polis.

      Apa ingat peraturan ni pok nik punya ke?

      Padam
  2. anon 11:00..ko ni ada otak ke xde? ko ni manusia jenis dengki..kalau xde lesen..dah lama drebar tu tahan..apa la bodoh sungguh pencacai taik umno ni...itu pun x leh pikir..mmg tahap bodoh piang ko ni..

    BalasPadam
  3. Tak ada hal. Polis-polis dan JPJ Perak tu teruja nak tengok traler tu. Maklumlah bukannya ada banyak pun cuma dua je di Malaysia. Harapkan BN, kalau tak lori angkut ayam mungkin lori angkat babilah digunakan buat pentas.

    Kalau tak pun JKKK arah polis dan JPJ curi design traler tu... yelah BN pun nak juga... masa nilah masanya nak pulasnya anunya Najib, lepas PRU kalau menang haram nak dapat, kalau kalah lagilah haram nak dapat.

    BalasPadam