Dewan Negeri Selangor (DNS) mendapati Datuk Mohd Isa Abu
Kasim (BN-Batang Kali) bersalah mengeluarkan kenyataan berbaur seksis
terhadap Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar,
Elizabeth Wong pada 22 November lalu.
Ekoran itu, Isa dikenakan denda sebanyak RM1,000 melalui potongan Elaun Khas Ahli Dewan Negeri.
Keputusan itu ditetapkan Speaker DNS, Datuk Teng Chang Khim setelah
mengambil kira persetujuan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)
dalam usul pindaan berhubung mengenakan denda kepada Isa.
“Bahawasanya dewan yang mulia ini mengambil ketetapan untuk
mengenakan denda RM1,000 yang akan dipotong dari Elaun Khas Ahli Dewan
Negeri ke atas Adun Kawasan Batang Kali terhadap kenyataan seksis yang
dikeluarkan oleh beliau terhadap Adun Bukit Lanjan pada 22 November 2012
semasa sesi penggulungan Yang Berhormat Bukit Lanjan yang berbunyi
“…(Tapi) jangan sampai terlupa jaga hutan kita sendiri”,” katanya.
Bagaimanapun, keputusan itu dipertikaikan Isa dengan mendakwa Speaker
tidak berlaku adil terhadapnya ekoran kenyataannya tempoh hari tidak
melanggar mana-mana peraturan tetap dewan.
Namun, Teng menegaskan tindakan itu adalah adil berdasarkan Peraturan
36(4) di mana Adun dilarang untuk menggunakan bahasa biadap.
“Bagi saya itu mencukupi untuk membuktikan kenyataan yang dikeluarkan adalah berbaur seksis,” ujarnya.
Usul berkenaan dibawa Gan Pei Nei (PKR-Rawang) dan disokong oleh kumpulan penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat.
Tidak puashati dengan keputusan usul tersebut Adun-adun BN bertindak keluar dewan sebaik Speaker membacakan keputusannya.TVS
nasib pakatan kuat klu dulu jgn harap nak dengar adun BN kna tindakan
BalasPadamUniversiti Thailand kalahkan Universiti Malaysia