PETALING JAYA 30 November: Naib Ketua Wanita Umno Bahagian Semporna
hari ini meletak jawatan dan mengisytiharkan keluar parti berkuatkuasa
serta merta.
Kalasahan Abdul Salam berkata, tindakannya itu kerana hilang sepenuhnya keyakinan terhadap pemimpin Umno.
“Saya mengambil keputusan ini kerana hilang keyakinan dan kepercayaan
terhadap kepimpinan Umno, khususnya terhadap Ketua Umno Bahagian
Semporna yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Shafie Apdal.
“Terlalu banyak ketidaktelusan, skandal membabitkan wang rakyat dan
moral serta budaya fitnah dalam pentadbiran Umno Bahagian Semporna,”
katanya pada pengumuman itu dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN,
di sini hari ini disaksikan Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali.
Menurut Kalasahan, kepimpinan Umno Semporna juga gagal membawa perubahan sebaliknya banyak masalah asas gagal ditangani.
“Lihat saja kebanjiran pendatang asing tanpa izin, kekurangan bekalan
air, ketidakstabilan bekalan elektrik, jalan raya yang berlubang dan
berlopak, malah paling teruk, pencapaian pendidikan sekolah yang
tercorot di Sabah,” jelasnya.
“Sebagai menteri yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap
pembangunan luar bandar, Shafie gagal secara total dalam melaksanakan
tanggungjawabnya memajukan Semporna,” tegas Kalasahan yang sedang
mempertimbang untuk menganggotai KEADILAN.
“Peletakan jawatan beliau di kala Perhimpunan Agung Umno sedang
berlangsung merupakan tindakan berani. Kita mengalu-alukan kebersamaan
beliau dalam menolak Umno bersama Pakatan Rakyat,” kata Azmin.KD
orang macam ni tak lama rasanya...tak tahan dugaan
BalasPadam