Isnin, 9 April 2012

BN Tidak Popular Dikalangan Pengundi Muda - Khir Toyo

SHAH ALAM, 9 April — Pentadbiran Najib harus menarik pengundi muda kerana pemberian wang tunai daripada kerajaan tidak memberikan kesan kepada mereka, kata Dr Mohd Khir Toyo.

Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata pemberian wang tunai itu memang mewujudkan “rasa senang” rakyat Malaysia, namun ia hanya dirasai oleh mereka yang berumur 50 tahun ke atas. Tawaran yang dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memerintah turut memberikan tekanan kepada kerajaan Barisan Nasional.

Khir (gambar) turut memberi amaran kerajaan BN mempunyai tugas sukar — bagaimana hendak menarik perhatian mereka sedangkan pengundi lingkungan 21-30 dan 30-50, sudah “muak dengan politik”.

“Rasa senang itu ada namun terhad kepada pengundi berusia 50 tahun ke atas ... mereka sudah sememangnya menentukan siapa yang akan mereka undi.

“Mereka berusia lingkungan 30 ke 50 masih belum membuat keputusan, tapi lebih bahaya adalah mereka yang berumur 21-30 yang tidak minat politik,” katanya kepada The Malaysian Insider dalam satu temuramah eksklusif baru-baru ini.

“Saya beritahu perdana menteri, (Datuk Seri Najib Razak) pengundi 21 ke 30 tahun adalah masalah. Mereka tidak menikmati faedah daripada BR1M ... bagaimana hendak menarik perhatian kumpulan ini,” kata Khir merujuk kepada Bantuan Rakyat 1 Malaysia.

Najib telah mengumumkan sejumlah RM500 untuk isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 sebulan dalam pembentangan belanjawan Oktober lalu, bagi mengurangkan beban peningkatan kos sara hidup.

Pemberian wang tunai besar-besaran itu dianggarkan diterima oleh 5.3 juta isi rumah dengan kos RM2.3 bilion. Perdana menteri bulan lalu menjelaskan 80 peratus, atau 3.74 juta daripada 4.78 juta isi rumah memohon untuk BR1M sehingga pada 1 Mac, menjadikan sejumlah RM1.92 bilion sudah diserahkan.

Bukti kurangnya sokongan terhadap BN jelas Khir adalah “tidak semua belia” menyokong sayap pemuda parti Pemuda Umno.

Tambah Khir, walaupun pemberian-pemberian daripada kerajaan “diterima”, pengundi muda mahukan penyelesaian jangka panjang bagi menangani masalah peningkatan harga barang.

“Pengundi muda professional berumur 40 dan ke bawah adalah kumpulan kritikal, mereka semakin muak, kerana kita menghadapi banyak sangat masalah ... Lebih-lebih lagi perbezaan pendapatan dengan kos kehidupan.

“Tiada penyelesaian mutlak diberi pemimpin kedua-dua parti, Pakatan Rakyat atau kerajaan,” tambahnya dan menjelaskan janji Anwar untuk menurunkan harga minyak jika PR memerintah.

“Sekiranya Anwar kata beliau akan turunkan harga minyak, saya tidak rasa harga gula akan turun, roti canai tidak akan turun.

“Sesetengah isu yang perlu diambil berat adalah perkhidmatan awam yang murah ... saya tahu Transit Aliran Deras (MRT) sedang dalam pembinaan tapi dalam tempoh interim, apa tindakan yang dibuat untuk meningkatkan mutu pengangkutan awam?” soal Khir.

Adun Sungai Panjang ini menjelaskan beliau kerap berjumpa pengundi muda dan kebanyakan merek sudah jelik deng, politik dan ahli politik kedua-dua belah pihak dan perpecahan politik ini memusnahkan mereka.“Masyarakat semakin muak,” katanya sebelum menamatkan sesi temuramah berkenaan.

BN menghadapi pilihan raya terburuk pada 2008 apabila hilang lima negeri kepada Pakatan Rakyat termasuk kehilangan dua per tiga majoriti di Parlimen.

Namun begitu, Perdana Menteri Najib memperlihatkan beliau akan melaksanakan pilihan raya dalam masa terdekat, ditambah keyaki,an yang tinggi terhadap BN. The Malaysian Insider difahamkan pilihan raya hanya akan dibuat awal Jun dengan Parlimen dijangka akan dibubarkan pertengahan Mei depan.TMI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan