LONDON,
18 MAC: Kerajaan Selangor mendapatkan nasihat dari firma perundangan
antarabangsa di London berhubung kebuntuan yang sedang dihadapi dalam
usaha mendapatkan semula hak menguruskan industri air di negeri ini.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengadakan pertemuan
dengan sekumpulan peguan kanan untuk membincangkan peruntukan
undang-undang yang boleh digunakan untuk menyelesaikan kebuntuan
rundingan yang akan memberi manfaat kepada jutaan rakyat Selangor.
Kami amat serius untuk melaksanakan Akta Industri Perkhidmatan Air
(WSIA) 2006 yang digubal kerajaan Pusat Barisan Nasional. Akta ini
membenarkan perjanjian konsesi ditamatkan sekali gus membolehkan
kerajaan negeri mengambilalih pengurusan air.
Kami kesal dengan keengganan Kerajaan Pusat bekerjasama untuk
melaksanakan akta yang mereka sendiri gubal. Sikap yang ditunjukkan
Kerajaan Pusat ini berbaur kronisme dan lebih mengutamakan kepentingan
politik berbanding kebajikan rakyat.
Sebagai firma perundangan yang dihormati, kita berharap mereka dapat
menggunakan pengalaman undang-undang untuk menguruskan situasi seperti
ini, kata Menteri Besar.
Tan Sri Khalid Ibrahim juga berbincang mengenai cabaran menghadapi
industri perkhidmatan air di Selangor bersama sekumpulan sarjana di
Pusat Pengajian Islam Oxford. Pada majlis makan tengahari yang dihoskan
fellow Dato’ Dr Muhammad Afifi al-Akiti, Menteri Besar telah
menerangkan kegagalan penswastaan air di Selangor.
Kurangnya ketelusan dan kebertanggungjawaban menjadi penyebab kepada
kegagalan ini. Kontrak konsesi sepatutnya diberikan secara tender
terbuka- satu istilah mudah tetapi sukar dilaksanakan jika tiada yang
serius membanteras gejala rasuah.
Di Selangor, syarikat konsesi dipilih bukan kerana kepakaran dalam
industri air mahupun kerana kewangan kukuh. Tidak hairanlah jika mereka
gagal teruk.
Kerajaan Pusat cuba memperbetulkan keadaan ini menerusi WSIA tetapi
selepas berlaku perubahan kerajaan negeri pada 2008, Kerajaan Pusat
sengaja menangguhkan dan mensabotaj pelaksanaan akta ini. Ini bukti
nyata kebajikan jutaan rakyat menjadi korban demi kepentingan politik,î
katanya.
Menteri Besar juga bercakap mengenai isu ini ketika berjumpa dengan
pelajar Malaysia di London anjuran Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia di
United Kingdom dan Ireland (UKEC). Dialog Dari kaca mata Kerajaan
Negeri Selangorí telah diadakan di London School of Economics, Jumaat
lalu.
Rakyat Selangor terpaksa menanggung beban kewangan ekoran kegagalan
penswastaan air. Selain memaksimumkan sumber kerajaan negeri yang
menjadi hak rakyat, syarikat konsesi juga berkompromi dengan kualiti dan
penyaluran air di samping kerap mendesak kenaikan tarif air walaupun
perkhidmatan yang diberikan teruk, ì kata Menteri Besar.
Pada 2007, tarif air dinaikkan dan syarikat konsesi mahu menaikkan
lagi sapabila kerajaan negeri baharu mengambilalih Negeri Selangor.
Kerajaan Negeri tidak akan membenarkan eksploitasi secara terbuka
terhadap rakyat yang merupakan satu lagi kes di mana syarikat swasta
mendapat keuntungan tetapi rakyat menanggung kerugian.
Soalan asas yang perlu dijawab, adakah ini penswastaan (privatisation) atau lanun (piratisation)?Tan Sri Khalid Ibrahim juga membuat kunjungan hormat ke Pejabat Ketua
Setiausaha Komanwel di London.
Beliau berbincang dengan Pengarah
Sekretariat pejabat berkenaan mengenai pembangunan politik dan cabaran
menghadapi sistem pilihan raya Malaysia.Malaysia merupakan negara anggota yang menggunapakai perundangan Komanwel.TVS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan