Oleh Nawawi Mohamad, Wong Choon Mei
Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah mengkritik kesemua perdana menteri Malaysia
dari Allahyarham Tunku Abdul Rahman sehinggalah Najib Razak, kecuali
dirinya sendiri.Mahathir juga telah mengkritik pemimpin dunia yang lain
termasuk PM Britain, Tony Blair dan sudah tentu George W Bush,
presiden Amerika Syarikat yang ke-43
Setakat
ini tiada yang berani bersuara terhadapnya.Ini tidaklah menghairankan
memandangkan hanya seorang dua daripada PM- PM ini masih hidup termasuk
Najib sendiri. Bagi pemimpin antarabangsa, sebahagian besar daripada
mereka tidak mahu mempedulikan Mahathir, dan ini hanya menambah
kemarahannya, tetapi tiadaapa yang boleh dia lakukan terhadap mereka.
Walau bagaimanapun, dia boleh menjadikan hidup penggantinya sukardan
dia telah berjaya melakukan ini.
Setelah Mahathir bersara pada tahun
2003, selepas 22 tahun menjadi PM, ada yang mula bercakap tentang
legasinya yang 'hebat' dan dia dikenali pula sebagai Bapa Pemodenan
Malaysia. Kira-kira 9 tahun selepas dia bersara, kepincangandalam
perancangan dan dasar ekonomi, sosial dan politik mula mendatangkan
malapetaka besar pada negara lebih teruk daripada tsunami 2006 yang
melanda sebahagian besar Asia Selatan.
Pada usia 86 tahun,
Mahathir kini dihina oleh kebanyakan rakyat Malaysia, dan dipersalahkan
kerana rasuah besar-besaran yang boleh membankrapkan negara jika tiada
tindakan pemulihan ekonomi yang diambil, dan untuk jurang antara kaum
yang begitu ketara di kalangan pelbagai kumpulan etnik di negara ini.
DEB
Lihat
sahaja Dasar Ekonomi Baru, yang merupakan idea pembuat dasar pada
tahun 1960-an yang telah disalahgunakannya secara maksimum.
Penyalahgunaan ini sahaja cukup untuk memastikan bahawa dia akan kekal
sebagai ‘Penjahat terulung di Malaysia’ dan bukannya sebagai tokoh
terbilang sepertimana yang difikirannya.
Bagi rakan-rakan yang
masih mengingatitujuan utama NEP termasuk bekas Menteri Kewangan
TengkuRazaleighHamzah, dia berkata pada minggu lepas bahawa DEB tidak
pernah bertujuan untuk mencipta atau digunakan untuk melahirkan
golongan kelas kapitalis Melayu, tetapi untuk menangani kemiskinan dan
meningkatkan tahap penyertaan Melayu ke dalam ekonomi.
Ia tidak pernah
bertujuan untuk seperti yang berlaku sekarang disalahgunakan oleh
kerajaan hari ini untuk memilih kumpulan usahawan Melayu yang mereka
mahu, memberikan mereka projek kerajaan yang mendapat diskaun hebat dan
kemudian mengharapkan mereka untuk maju dan mewujudkan peluang ekonomi
yang banyakbagi membantu meningkatkan keupayaanekonomi masyarakat.
Ini
adalah kesilapan Mahathir yang pertama dan utama. Tetapi adakah ia
benar-benar satu kesilapan? Mereka yang ragu-ragu dan para pengkritik
menyatakan kekayaan yang diperolehinya untuk kroni dan proksi melalui
skim menjanawang berselindung di sebalik DEB, dan penswastaan aset
kerajaan yang menguntungkan usahawan Melayu yang dipilih, seperti bekas
pengerusi MASTajudinRamli.
Tidak mampu untuk menguruskan‘kejayaansegera
' atau tekanan perniagaan berisiko tinggi, ramai yang terjebak dalam
hutang semasa krisis kewangan Asia pada tahun 1998.Tajudin dan juga
rakannya seperti HalimSaad telah menjadiorang yang terbuangberbanding
zaman kegemilangan mereka.Merekakerugiansejumlah besar wang dan
memerlukan jaminan kerajaan bagi jumlah yang banyak pula.
Untuk kronisahaja tapi yanglaintiada
Kesilapan
kedua Mahathir adalah kebodohannya.sebahagian besar kekayaan negara
berada dalam tangan beberapa orang yang tertentu sahaja di Malaysia.
Kali ini iatermasuk jutawan bukan Melayu seperti Vincent Tan, Robert
Kuok dan Ananda Krishnan. Tan baru sahaja mengumumkan persaraannya.
Kuok kerana tidak berpuas hati dengan hubungankaum yang parah di
negara ini telah memilih untuk tinggal di Hong Kong, manakala Ananda
dikehendaki oleh pihak berkuasa India kerana didakwa telah merasuah
pemberi lesen telekom untuk membeli Aircel.
Pengumpulan kekayaan
dalam tangan beberapa individu pasti meninggalkan orang Melayu dan
rakyat Malaysia yang biasa dengan hanya sedikit untuk berkongsi
bersama.Inilah yang menjadi pertikaian panas kerana melibatkan
ketidakadilan sosial dan ekonomi. Bukan sahaja tiada wang yang
mencukupi untuk biasiswa, pendidikan, kesihatan, pekerjaan dan
kebajikan bagi semua, orang Melayu yang telah berulang kali diberitahu
oleh pihak UMNO pimpinan Mahathir bahawa mereka akan mendapat
keutamaan, telah hilang mata pencarian.
Melayu kini membentuk 96%
daripada golongan 40% termiskin dengan pendapatan terendah dalam
negara.Bagi orang bukan Melayu, sudah tentu mereka lebih teruk
merasakan kesannya.Ramai yang telah dipaksa untuk ke luar negara untuk
bekerja dan belajar.
Sememangnya peluang pendidikan dan pekerjaan amat
sedikit bagi orang bukan Melayu di negara ini.Sekali lagi, kumpulan
yang paling mendapat manfaat adalah golongan elit dalam parti Umno,
keluarga dan kroni-kroni mereka. Jadi Mahathir - walaupun dengan pujian
melambung bagi dirinya sendiri sebenarnya buta. Wang jauh lebih
penting padanya walaupun sukar untuk dia akui.
Mempercayai orang yang salah
Kesilapan
ketiga Mahathir adalah memilih orang yang salah bagi kerja-kerja yang
salah.Beliau juga mempercayai orang yang salah.Semua jutawan Melayu
yang beliau dipilih tidak mempunyai kepandaian perniagaan sebenar
tetapi hanyalah pembantu yang dipercayai bekasMenteri Kewangan
DaimZainuddin.
Itulah mengapa orang seperti Tajuddin, Halim, Rashid
Husein RHB Bank, Mohd Noor Mutalib dan Abdul RahmanMaidin (MRCB)berakhir
dengan kegagalan.Ada diantara mereka telah diseret ke mahkamah untuk
menyelesaikan hutang.
Hanya Daim Zainudin yang kekal kaya. Ramai
daripada anak didiknya berakhir dengan hutang bank yang menimbun
danpelbagai perniagaan yang bertujuan untuk dipindahkan ke dalam Umno
Baru.Entah bagaimana, legenda Umno ini berjaya menyelamatkan dirinya
sendiri sahaja.Ini jelas mengecewakan Mahathir.Pada mulanya dia mahu
'menipu' rakyat,tetapiakhirnya dia sendiri yang tertipu!
Membiasakan budaya berhutang bagi Malaysia
Mahathir
tidak menjangka bahawa hutang negara semakin tinggi seperti hari ini,
ianya telah meningkat kepada lebih RM450 bilion.Walaupun beberapa kali
'mengemis' ke Singapura dan Brunei, dia telah ditolak dengan baik.
Akhirnya, dia meminjam dari luar negara dengan mengeluarkan bon dan
'mencuri' setiap sen dari Petronas dan syarikat-syarikat berkaitan
kerajaan yang lain untuk membiayai projek-projek mega. Sepanjang
pemerintahannya selama 22 tahun, Mahathir tidak pernah menyimpan
walaupun sedikit wang untuk Malaysia untuk kecemasan.Dan ini adalah
kesilapan keempatnya.
Kurang memahami prinsip ekonomi
Mahathir
hanya seorang doktor biasa; pengamal umum yang tiada kepakaran khusus.
Pemahamannya tentang ekonomi lebih kurang sahaja sepertimana rakyat
Malaysiayang lain. Ideanya dalam meningkatkan ekuiti orang Melayu
begitu mudah –dengan menggunakan GLC.
Wawasan Mahathir dalam menjalankan
perniagaan adalah melalui kawalan saham dalam sebanyak syarikat yang
mungkin tanpa mempertimbangkan kemungkinan kerugian wang.Dukacitanya,,
perniagaan di alam realitijuga melibatkan kerugian, bukan hanya
keuntungan.
Dasar ekonomi Mahathir tiada asas yang kukuh dan
tidak pernah diuji di mana-mana negara sebelum ini.Ia berdasarkan
pendapat dan pandangannya sahaja.Jika ini terbukti baik atau berkesan,
banyak negara akan segeramelaksanakan idea ini berabad yang lalu.
Sistem ekonomi kapitalis dan juga komunis juga menghadapi keruntuhan
ekonomi dan iaadalah sesuatu yang biasa pada hari ini, kerana ia adalah
sebahagian daripada kitaran turun naik ekonomi buatan manusia.
Beberapa ahli ekonomi malah menggesa negara-negara untuk kembali kepada
mata wang berasaskan emas, sistem monetari kaedahkuno yang mantap.
Jadi
bolehkah ini dibandingkan dengan konsep ekonomi keanak-anakan
Mahathir?Oleh itu, kesilapan kelima Mahathir adalah pemahamannya
yangsalah terhadap ekonomi.Ianya membawa kepada kontroversi tambatan
ringgit daripada dolar AS dan penutupan semalaman dagangan pasaran
saham CLOB pada tahun 1998 - dua peristiwa dimana pelabur-pelabur masih
belum memaafkan Malaysia dan juga Mahathir.
Sindrom diktator
Ego
dan sikap tidak sedarkan diri untuk menjadi diktator Mahathir adalah
kesilapan keenamnya.Dia meminda perlembagaan untuk melemahkan Agong dan
Sultan dan memastikan bahawa badan-badan perundangan dan penguatkuasa
taat kepadanya.Dia memecat Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas dan
menutup kedua-dua belah mata apabila hakim secara terbuka boleh dibeli
oleh orang-orang yang berpengaruh.
Ia telah menyukarkan rakyat Malaysia
dan pelabur untuk mempercayai sepenuhnya sistem kehakiman negara. Ini
adalah kenapa Umno-BN kehilangan integriti dan kepercayaan orang
terhadap mereka dalam gabungan itu. Rakyat Malaysia akan sentiasa
mencurigai apa sahaja yang dilakukan oleh Umno BN walaupun ia mungkin
sebenarnya berniat baik.
Polisi perkauman
Untuk
mengelakkan kehancuran dasar dan salah laku daripada terdedah,
Mahathir terpaksa menggunakan politik perkauman yang menjadi
kegemarannya.Dia terpaksa meyakinkan orang Melayu bahawa apa yang telah
dilakukannya adalah perlu untuk kepentingan mereka.
Dia menyimpanhabuan
yang besar untuk dirinya dan memberi cebisan kecil untuk meyakinkan
orang Melayu bahawa persengketaan terhadap kaum-kaum lain adalah
benar.Orang bukan Melayu perlu disekat. Oleh itu, peruntukan bajet untuk
rancangan seperti BTN atau Biro Tata Negara di mana graduan Melayu dan
penjawat awam secara terbuka dipupuk untuk menjadi curiga terhadap
kaum-kaum lain.
Tetapi tidak semua orang Melayu
terpengaruh.Ajaran itu menyalahi Islam dan juga terhadap nilai-nilai
kemanusiaan sejagat. Kaum Melayu berada dalam keadaan keliru, manakala
orang bukan Melayu sama sekali diketepikan. Sikap perkauman adalah
kesilapan nombor 7 Mahathir.
Korupsi
Jika
Mahathir dan Umno telah berjaya membuat Malaysia mencapai status
negara maju menjelang tahun 2020, mengapa rekod menunjukkan begitu
banyak kesilapan serius sehingga kini?Tinggal hanya lapan tahun tapi
ekonomi negara masih berada dalam keadaan lemah dengan hutang negara
yang melambung tinggi, keharmonian kaum dan agama dalam keadaan
kucar-kacir, dan keadaan politik yang semakin teruk dimana Umno-BN
secara terbuka melancarkan keganasan untuk menghentikan pembangkang
daripada mengadakan perhimpunan.
Sistem pendidikan juga tidak
mempunyai hala tuju, sistem kesihatan semakin teruk dan lebih mahal,
dengan sistem 1Care yang telah ditolak bulat-bulat sebelum ianya cuba
untuk dilaksanakan.Sistem undang-undang, dan keamanan masih
dipersoalkan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah menjadi lebih berleluasa
berbanding sebelum ini dalam kerajaan Umno-BN.
Daripada negara rancak
menyediakan diri untuk merealisasikan wawasan 2020, Malaysia mungkin
akan sebaliknya bankrap. Tidak memerangi rasuah, tetapi membiakkannya
pula adalah kesilapan nombor 8 Mahathir.
Mencampuri urus tadbir negara
Majoriti
orang Melayu adalah miskin dan masih memerlukan bantuan kerajaan
walaupun setelah 55 tahun Umno "berjaya" (gagal) mentadbir. Orang bukan
Melayu telah cukup bersabar dan memberi Umno peluang yang cukup.
Mereka sudah menunggu sehingga generasi ketiga selepas kemerdekaan
negara pada tahun 1957 dan mereka kini sudah jemu dengan Umno BN.
Begitu juga dengan orang Melayu.
Mereka yang tidak mendapat manfaat
secara terus daripada harta kekayaan Umno, dan ini merupakan majoriti
daripada mereka, juga sudah semakin bosan.Ramai mulamengundi
pembangkang dan adalah dijangkalebih ramai yang akan berbuat demikian.
Apabila
Mahathir menyedari bahawa keadaan semakin parah, dia menyerahkan baton
kepada Abdullah Badawi pula, dengan tanggapan bahawa dia masih boleh
mengawal perjalanan kerajaan menerusi 'kawalan jauh'. Tetapi apabila
ianya tidak berjalan sepertiapa yang dia mahu, Mahathir terpaksa
menyingkirkan Badawi dan menggantikannya pula dengan Najib.
Badawi
tidak berkaliber dan bukanlah dalam kapasiti untuk memimpin Malaysia
tetapi apa kurangnya Najib?Selama ini, daripada memberikan bantuan,
Mahathir terus mencampuri urusan negara.Mengganggu urusanpentadbiran
negara dan tidak membenarkan pemimpin-pemimpin menyelesaikan masalah
bersesuaian dengan era masa kini adalah kesilapan ke-9Mahathir.
Mendatangkan masalah dalam Umno dan menaikkan Mukriz
Namun,
Mahathir berdegil dan enggan menerima atau mengakui
kesilapannya.Daimerupakan seorang lelaki yang enggan berdepan dengan
realiti. Dia tidak berminat dalam hal kebajikan rakyat Malaysia sama
sekali, bagi orang Melayu mahupun Umno.
Dia hanya mahu menyelamatkan
maruahnya dan memastikan anaknya Mukhriz menjadi perdana menteri tanpa
mengiraapaapa yang dia perlulakukanbersama panglima UMNO untuk
merealisasikan kemahuannya ini.
Kejam dan mementingkan diri
sendiri sendiri, Mahathir akan melakukan apa sahajawalaupun dia
terpaksa melakukan huru-hara semata-mata untuk memenuhi cita-cita itu.
Dia boleh medaftar masuk semulake dalam Umno untuk terus berkuasa.
Bayangkan apa yang dia akan lakukan untuk mendapatkan kerusi Presiden
Umno untuk Mukhriz. Tetapi perbuatannya yang tidak berhenti dari
mencampuri dan mendatangkan masalah pada Umno akan menjadi kesilapan
yang kesepuluh dan terakhir baginya.
Mahathir akanmenjatuhkan Umno, dan dalam kejatuhan itu, UMNO berkemungkinan besar akan membawa Mahathir bersamanya.
Malaysia Chronicle
Tiada ulasan:
Catat Ulasan