KEPUTUSAN Mahkamah Tinggi Shah Alam hari
ini yang menyabitkan kesalahan ke atas mantan Menteri Besar Selangor,
Dr. Mohd Khir Toyo kerana menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan
sebuah hartanah dengan harga lebih rendah, membuktikan satu perkara yang
pasti, Datuk Seri Anwar akan didapati bersalah dan dihumban ke penjara!!
Justifikasinya, dengan keputusan ini,
UMNO/BN mengharap rakyat tidak akan mempersoalkan sistem keadilan negara
bila Anwar kelak didapati bersalah dan dihantar ke penjara kerana
pemimpin UMNO sendiri seperti Khir Toyo juga didapati bersalah dan
dijatuhkan hukuman.
Pendek kata, keputusan ke atas Khir Toyo
hari ini adalah ‘jawapan’ UMNO/BN jika keputusan Anwar nanti
dipersoalkan banyak pihak dari segi kebebasan hakim membuat keputusan.
Tapi penulis ingin mengingatkan kerajaan
bahawa rakyat bukan bodoh. Dengan informasi dihujung jari pada hari
ini, semua maklumat mudah didapati tidak seperti dahulu. Pendakwaan ke
atas Khir Toyo ini sebenarnya terlalu ‘ringan’ kerana dia dituduh
dibawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, bukan Akta Pencegahan Rasuah dan
Akta baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang lebih berat
hukumannya.Hukuman penjara pun maksimum 2 tahun sahaja selain denda.
Selain dari itu, maklumat yang penulis
perolehi dari mereka yang arif dengan soal perundangan, Khir Toyo tidak
mungkin didapati bersalah atas tuduhan yang dikenakan ke atas kerana
satu faktor yang utama – nilai hartanah itu tidak ditentukan oleh Khir
Toyo tetapi penilai hartanah yang bertauliah, Rahim & Co.
Justeru bila hakim Dato Mokhtarudin Baki
masih mendapati Khir Toyo bersalah, penulis melihat adanya
‘tangan-tangan ghaib’ yang mempengaruhi hakim dalam membuat keputusan
tersebut. Logik ini ada kerana campur tangan eksekutif dalam sistem
perundangan dan kehakiman Malaysia bukanlah suatu perkara yang baru.
Ia sudah menjadi rahsia umum sejak
sekian lama dengan pertubuhan berkaitan keadilan seperti Majlis Peguam
sendiri telah mengadakan beberapa siri bantahan menuntut proses
kehakiman yang bebas daripada campur tangan eksekutif. Masalah ini
telah mendapat perhatian antarabangsa dengan Persatuan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) melantik Pelapor Khas untuk memantau perjalanan sistem
perundangan di Malaysia.
Satu ketika dahulu, Hakim Datuk Muhamad
Kamil Awang pernah membuat pengakuan terbuka ada menerima panggilan
telefon dari pihak yang tidak dinamakan yang mengarahkannya menggugurkan
petisyen pilihanraya Likas yang didakwa dicemari pengundi hantu.
Jadi penulis tidak lihat keputusan
mahkamah ini sebagai kebebasan sistem kehakiman yang diharapkan rakyat.
Ia masih lagi percaturan politik bagi mewajarkan tindakan yang bakal
dikenakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertuduhan
fitnah meliwat Saiful Bukhari.
Khir Toyo masih mempunyai ruang untuk
merayu ke mahkamah yang lebih tinggi, ditambah dengan latar belakang
kesnya yang lemah, tidak mustahil dia akan dibebaskan di peringkat
rayuan besok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan