Dewan
Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) melihat kenyataan terbaru Datuk Seri
Shahrizat Jalil yang mempersoalkan siapakah pemimpin UMNO yang tiada
masalah seperti mengiyakan pandangan masyarakat bahawa memang benarlah
tidak ada pemimpin UMNO yang benar-benar bersih dari sebarang skandal.
Kenyataan
yang keluar dari mulut Datuk Seri Shahrizat Jalil, seorang menteri
dalam kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara spontan
seperti menyindir semua pemimpin UMNO supaya jangan berlagak bahawa
mereka tidak ada apa-apa masalah dan merasa selesa dengan keadaan
mereka. Skandal mereka belum terdedah dan masa yang akan menentukan
keadaan diri mereka dalam UMNO.
Bagi
DPP Malaysia, tidak ada apa yang memeranjatkan dalam ucapan Datuk Seri
Shahrizat Jalil. Ini kerana rakyat sudah sinonim bahawa UMNO dan rasuah
serta penyelewengan sudah sebati. Kes Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang
didapati bersalah kerana rasuah di mahkamah Tinggi Shah Alam semalam
boleh menjadi kayu pengukur bahawa pemimpin UMNO sukar untuk dijadikan
contoh teladan buat rakyat Malaysia.
Selain
Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, ramai lagi pemimpin UMNO yang pernah
terkait dengan pelbagai skandal. Sebelum ini beberapa tahun lepas,
beberapa orang pemimpin kanan UMNO pernah dihadapkan ke Lembaga Disiplin
UMNO sehingga ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana
dakwaan rasuah. Malah, bekas Naib Presiden UMNO sendiri turut terbabit
dengan rasuah sehingga terpaksa melepaskan jawatan beliau.
Dengan
isu skandal penyelewengan dalam Projek Fidlot Kebangsaan (NFC), ramai
percaya bukan setakat Datuk Seri Shahrizat Jalil sahaja yang terlibat,
malah ramai lagi pemimpin kanan negara juga boleh dikaitkan dengan
kelulusan projek tersebut. Mereka ini patut dipertanggungjawabkan dengan
kelulusan projek tersebut dan wajar diambil tindakan. Laporan Ketua
Audit Negara 2010 pula mendapati pelbagai ketirisan dalam perbelanjaan
di Kementerian-kementerian, agensi kerajaan dan lain-lain lagi. Dalam
keadaan demikian, tidak hairanlah Indeks Persepsi Rasuah negara merudum
buat tahun ketiga berturut-turut.
Justeru,
tidak ada apa lagi yang boleh diharapkan oleh rakyat dalam negara ini,
melainkan perubahan mesti dibuat oleh rakyat dalam PRU ke 13. Malaysia
perlu diselamatkan dari tangan-tangan hitam yang mengotorkan negara
dengan rasuah dan skandal yang memalukan negara.
***Kenyataan Media Ust Riduan Mohd Nor, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan