KUALA
LUMPUR, 25 Julai — Dewan Pemuda PAS pusat mendakwa Suruhanjaya Pilihan
Raya (SPR) telah membuat pusingan-U apabila secara rasmi mengakui
wujudnya pengundi hantu dalam daftar pilihan raya.
Exco
Dewan Pemuda PAS pusat, Suhaizan Kaiat berkata pengakuan Timbalan
Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar membuktikan segala dakwaan
Pakatan Rakyat dan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0)
selama ini adalah benar.
Bersih
2.0 dalam tuntutannya juga meminta agar SPR membersihkan daftar undi
bersama tujuh tuntutan lain termasuk mereformasikan undi pos, gunakan
dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21
hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan
politik kotor.
Wan Ahmad semalam dilaporkan berkata, pihaknya tidak pernah menafikan kewujudan “klon” dalam daftar pemilih.
Sehubungan
itu, jelas beliau, SPR sentiasa menggesa pengundi agar tampil
memeriksa pendaftaran mereka selain mengharapkan kerjasama parti
politik untuk membersihkan daftar semasa.
Beliau
menjawab persolaan yang ditimbulkan oleh Suhaizan sebelum itu
berhubung dakwaan pendaftaran berganda di Baling dan Kuala Nerang.
“Setelah
16 hari Himpunan Bersih 2.0 akhirnya SPR mengaku bahawa terdapat klon
kepada kad pengenalan pengundi yang terdapat dalam daftar pemilih sah
yang dikeluarkan SPR dan secara tidak langsung Wan Ahmad telah mengaku
bahawa pengundi hantu benar-benar wujud.
“Ini
merupakan kenyataan pusingan-U SPR mengenai pengundi hantu yang selama
ini tidak pernah diakui, malah menuduh Pakatan Rakyat mengada-adakan
cerita untuk melunturkan keyakinan rakyat kepada SPR,” kata Suhaizan
yang juga Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS
pusat.
Jelas
beliau, pengakuan Wan Ahmad itu, yang disiarkan satu akhbar tempatan
semalam, berkisar pada pendedahan dibuat mengenai seorang wanita yang
memiliki dua hak mengundi dan seorang lelaki yang mempunyai dua
identiti.
“Mariam
Binti Su memiliki dua kad pengenalan berbeza iaitu 720616025472 dan
720610025738 tetapi mempunyai satu nombor kad pengenalan lama yang sama
iaitu A2278510 dan dia memiliki dua hak mengundi di Dewan Undangan
Negeri (DUN) Kuala Ketil dan Parlimen Baling,” katanya.
Dia merupakan pemilih berdaftar di lokaliti 016/32/10/003 iaitu Kampung Jawa, Kuala Ketil.
Kata
Suhaizan, seorang lagi pemilih bernama Murugan a/l Subramaniam pula
dilahirkan pada 02 Oktober 1973 dan memiliki nombor kad pengenalan lama
A2909056. Dua identiti Murugan a/l Subramaniam memiliki tarikh lahir,
nombor kad pengenalan lama, jantina, lokaliti, daerah mengundi, DUN,
Parlimen dan negeri yang sama.
“Hanya
empat digit terakhir kad pengenalan iaitu 5201 dan 5877 yang
membezakan identiti Murugan Subramaniam. Nombor kad pengenalan pertama
Murugan Subramaniam adalah 731002025877 dan kad pengenalan kedua adalah
731002025201,” katanya.
Tegas
Suhaizan, dua insiden itu membuktikan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
dan SPR telah melakukan kesalahan yang besar dan bertentangan dengan
Perlembagaan Persekutuan.
“Kes
Mariam Su dan Murugan Subramaniam telah membuktikan dua kesalahan
besar yang dilakukan oleh JPN dan SPR iaitu pertamanya JPN telah
mengeluarkan satu kad pengenalan lama dimiliki oleh dua identiti,
keduanya SPR telah membenarkan seorang pemilih memiliki hak mengundi
lebih daripada sekali.
“Prosedur
Operasi Standard (SOP) kedua-dua jabatan ini perlu dikaji semula,
sistem komputer JPN dan SPR telah menggunakan SOP yang salah,” katanya.
Selama ini SPR telah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan wujudnya pengundi hantu yang kerap kali dibangkitkan Pakatan Rakyat.
Sebelum
ini dalam beberapa siri pilihan raya kecil Pakatan Rakyat turut
membangkitkan isu pengundi hantu namun dinafikan kewujudannya oleh SPR.
Selain
itu Pakatan Rakyat juga mendakwa Barisan Nasional (BN) mendaftarkan
warga asing sebagai rakyat negara ini melalui operasi “MyDaftar.”
Operasi itu dikatakan mahu menjadikan warga asing sebagai pengundi yang sah bagi memenangkan BN pada pilihan raya umum ke-13.
Kejadian itu dikatakan berlaku di Selangor, Kelantan dan negeri-negeri lain namun dinafikan SPR.
Dalam pada itu Suhaizan juga mengkritik proses pembatalan data bertindan yang didakwa memerlukan proses rumit.
Ini
kerana Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981
menyatakan daftar yang sedia berkuat kuasa menjadi keterangan prima
facie bagi menentukan sama ada seseorang berhak mengundi.
Sehubungan
itu, Suhaizan berkata, jika pilihan raya diadakan pada waktu terdekat,
ia akan menggunakan daftar pemilih yang diragui.
“Mana-mana
parti yang menang dalam pilihan raya ke-13 tetapi mempunyai data-data
pemilih yang meragukan mungkin boleh dibatalkan kemenangannya. Ini
merupakan sesuatu yang serius bakal akan berlaku.
“Oleh
itu Pemuda PAS mendesak agar ditubuhkan suatu suruhanjaya diraja
mengkaji sistem perjalanan pilihan raya dalam negara kita yang dilihat
bermasalah,” katanya yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Johor.TMI
bagi la bukti apa pun...ingat umno percaya kee.....sebab mereka Al quran pun tolak
BalasPadam