Isnin, 7 Mac 2011

Samakan Tok Guru Nik Aziz Dengan Ayah Pin,Harussani Mahu Farahhana Jamaludin Bertaubat Dan Memohon Maaf

Kenyataan Harussani dalam Sinar Harian Online( Untuk Besarkan Klik Pada Gambar)
Kenyataan Farahhana Jamaludin yang disiarkan Mingguan Malaysia mendapat kritikan berbagai pihak
Pengarah Jaringan Melayu Malaysia( JMM ) Farahhana Jamaludin


SHAH ALAM – Tindakan seorang pemimpin kanan sebuah pertubuhan menyamakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan ketua ajaran sesat Ayah Pin, Ariffin Muhammad boleh membawa kepada dosa jika individu berkenaan tidak bertaubat dan memohon maaf kepada mereka yang terbabit.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria( gambar kiri ) berkata, ini kerana, perbuatan menyamakan keperibadian seseorang dengan perwatakan individu lain yang bertentangan dengan personalitinya adalah berdosa dan hukumnya fasik.

"Dalam ayat 11, surah Al Hujarat, Allah SWT telah mengingatkan kita bahawa seseorang ditegah memanggil orang lain dengan gelaran buruk. Orang yang menggelar itu harus segera bertaubat kerana itu adalah perbuatan yang zalim," tegasnya.

Dalam isu yang membabitkan dua individu itu, Harussani berkata, perbezaan antara Nik Aziz de-ngan Ayah Pin adalah sa-ngat ketara kerana Nik Aziz adalah seorang ulama yang juga ahli politik berjawatan Menteri Besar sebuah negeri, manakala Ayah Pin ketua ajaran sesat yang mengaku dirinya tuhan serta diburu pihak berkuasa.
"Tidak boleh sama sekali mengata seseorang sampai begitu, mana boleh samakan Nik Aziz dengan Ayah Pin," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaludin.

Dalam kenyataannya disiarkan semalam, Farahana menyifatkan imej Nik Aziz boleh disamakan dengan Ayah Pin kerana menjadikan agama sebagai alat untuk menguasai pemikiran pengikutnya.

Beliau mendakwa, kedua-duanya mempunyai persamaan kerana mengaburi pemikiran pengikut untuk memuaskan nafsu masing-masing.

"Mereka boleh lakukan apa saja tanpa boleh ditegur kerana 'kesucian' mereka," katanya.SH

1 ulasan:

  1. amat menyedihkan sekali bagi seorang wanita yg sebenarnya ketandusan dan agak jahil dalam bidang agama ni...kanapa saya berkata begini..?? kerana wanita ini tidak lansung tahu membezakan yg mana sesat dan yg mana tidak..maka tidak terfikirkah wahai cik farahana yg educated ni..bila kita pandang semula pada pengikutx ayah pin..kebanyakannya datang dari golonganx educated...tapi cik farahana penyokong penyokong TG Nik Aziz hanyalah berlabelkan parti semata mata...macam juga cik farahana sebagai penyokong UMNO..jangan lah oleh kerana taksub pada UMNO membawa cik farhana ke lembah kebodohan dalam cerdik...tak terfikir ke cik farhana bagaimana UMNO/BN menggunakan saluran RTM dan sebagainya utk mengaburi mata rakyat...???..ade baiknya cik farhana berdepan dengan TG Nik Aziz...cari kebenaran dari fitnah fitnah cik farhana tu...siapalah yg mengangkat seorang wanita spt anda menjadi ketua ni.......cetek sungguh pemikiran perempuan ni...dalam cerdik rupanya bodoh....

    BalasPadam