Jumaat, 16 April 2010

Abang Teoh Beng Hock Fail Usul Nazri Aziz Dikenakan Tindakan Hina Mahkamah

SHAH ALAM 16 Apr - Teoh Meng Kee, abang kepada mendiang Teoh Beng Hock pada Jumaat memfailkan notis usul agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dipenjarakan bagi kesalahan menghina mahkamah berhubung kenyataannya yang mendakwa pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand "pembohong".
Notis usul itu difailkan melalui firma guaman Karpal Singh & Co di pejabat pendaftar Mahkamah Majistret di sini pada pukul 11.30 pagi.
Permohonan itu dibuat mengikut Perkara 26 Akta Mahkamah-mahkamah Rendah 1948.
Dalam afidavit yang diikrarkan untuk menyokong permohonan itu, Meng Kee, 34, menyatakan Mohamed Nazri pada 11 April lepas memberi kenyataan di media elektronik berkenaan dengan keterangan Dr Pornthip dalam prosiding inkues kematian adiknya iaitu: "She is a liar! She lied in the inquest."
Mohamed Nazri berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pakar patologi itu sebelum ini bahawa beliau tidak akan hadir memberi keterangan pada inkues yang akan disambung pada 20 April ini kerana menerima 'tekanan politik' daripada sesetengah pihak.

Lawatan Kebajikan Unit Usrah Pas Beris Pak Abu

Adik Mohd Afiq

Sumbangan dari Tabung Kebajikan Usrah di sampaikan S/U Caw. saudara Saperi Muda


Unit Usrah Pas Beris Pak Abu telah membuat satu lawatan Kebajikan mengunjungi adik Mohd Afiq yang patah peha kiri.Di fahamkan adik Afiq yang juga anak kepada ahli Usrah,saudara Norazmi said mengalami kecederaan tersebut akibat terjatuh dari tangga rumahnya.Sedikit sumbangan dari Tabung Kebajikan Usrah turut di hulurkan.

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Himpunan Bantah APCO Depan Masjid Jamek Kg Baru





KUALA LUMPUR, 16 April: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan siang tadi berhimpun di perkarangan Masjid Jamek, Kampung Baru bagi mendesak kerajaan menamatkan segera khidmat firma perunding Israel, Apco Worldwide dalam sektor komunikasi negara.

Himpunan lebih kurang 15 minit sejurus solat Jumaat itu berlangsung secara aman disertai hampir 100 jemaah hadir.

Ketua Dewan Pemuda PAS Wialayah, Kamaruzaman Mohammad ketika menyampaikan ucapannya meminta kerajaan tidak menunggu sehingga bulan Ogos ini untuk menamatkan khidmat firma perunding terbabit.

"Kita tuntut kerajaan Malaysia menamatkan Apco sertamerta dan bukan tunggu bulan 8," tegasnya yang juga Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat.Imbang Penuh

Penglibatan Apco jelasnya mendedahkan negara kepada bahaya besar kerana firma asing tersebut mampu mengakses maklumat penting negara.

Selain itu, ianya juga turut mengguris hati umat Islam yang selama ini menentang kezaliman Zionis Israel terhadap umat Islam Palestin.

Turut berucap sama pada himpunan tersebut Presiden Gamis, Mohd Idris Mohd Yussoff.

Kamaruzaman juga turut memberitahu, himpunan lebih besar akan diadakan jika firma Israel itu masih terus diberi muka berkhidmat di negara ini.Hrkh

Mahasiswa Berhak Ke Hulu Selangor!


KUALA LUMPUR : Mahasiswa juga berhak dan tidak seharusnya disekat daripada menyertai sebarang aktiviti kempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor 25 April ini kerana mahasiswa juga mempunyai kuasa untuk meyuarakan pendapat mereka.
“Mahasiswa juga boleh memberi kritikan kepada pemerintah Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini. Mereka berhak memberi pendapat dan pandangan mereka dan biarkan rakyat sendiri yang membuat keputusan,” jelas Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution yang membantah amaran Menteri Pengajian Tinggi kepada mahasiswa agar tidak terbabit dengan kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.
Menurut beliau, seharusnya mahasiswa tidak perlu diugut dengan pelbagai sekatan yang ada untuk mereka menyampaikan mesej dan pendapat mereka kepada rakyat di Hulu Selangor.

Muhyidin Bodohkan Penyokong BN

KUALA LUMPUR : "Muhyidin Yasin telah berbohong kepada penduduk Hulu Selangor.

"Beliau dengan tegas sebelum ini berkata akan menamakan anak tempatan sebagai calon Barisan Nasional (BN) di Hulu Selangor," kata Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim dalam blognya.

Muhyidin telah menaburkan janji palsu kepada semua penyokongnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Hulu Selangor dengan berjanji untuk memilih anak tempatan untuk mewakili BN pada PRK kali ini.

Menurut Khalil, Muhyidin telah membuat janji palsu ini ketika bercakap kepada penduduk Sungai Buaya, Hulu Selangor dan telah disiarkan oleh media Umno sendiri pada isnin lalu.

"Tetapi, kelmarin beliau mengumumkan seorang penduduk Rawang dari bahagian Selayang, Selangor iaitu P Kamalanatahan sebagai calon BN di Hulu Selangor," jelas beliau.

Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong ekoran kematian penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada Parti Keadilan Rakyat pada 25 Mac.

Pencalonan akan diadakan di Kuala Kubu Baru pada Sabtu ini.

PRK Sibu: 16 Mei undi, 8 Mei penamaan calon

1 Jamadil Awal 1431H.


Suruhanjaya Pilihan Raya sebentar tadi mengumumkan pilihan raya kecil parlimen Sibu ditetapkan pada Ahad, 16 Mei ini.

Menurut pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, penamaan calon pula ditetapkan pada Sabtu, 8 Mei.

Beliau membuat pengumuman itu selepas mengadakan mesyuarat hampir tiga jam di pejabat SPR di Shah Alam.

Abdul Aziz berkata, Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan telah mensyaratkan supaya kekosongan kerusi yang berlaku perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan.

Kerusi parlimen Sibu kosong berikutan kematian ahli parlimennya yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau Hui Choi, minggu lalu.

Lau, 68, dari SUPP memenangi kerusi tersebut pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 3,235 undi. Beliau menewaskan calon DAP Wong Ho Leng dan calon PKR Lim Chin Chuang.

Dia mendapat 19,138 undi manakala Wong mendapat 15,903 undi dan Lim (812).

Lau mewakili parlimen Sibu sejak 1990.

Dalam pilihan raya umum 2008, parlimen Sibu mempunyai 53,679 pengundi, dengan majoriti kaum Cina (60 peratus), Melanau (20 peratus), Iban (18 peratus) dan Orang Ulu (1.1 peratus).

Keluarga Lau memiliki kumpulan KTS - sebuah konglomerat yang terbabit dalam industri pembalakan dan media.

Kumpulan KTS memiliki beberapa akhbar termasuk Borneo Post dan Oriental Daily News. Malaysiakini/-

Samy Vellu Bakal Lepas Jawatan Presiden MIC


KUALA LUMPUR : Presiden MIC, S. Samy Vellu, akan berundur dari jawatan itu dalam tempoh 14 bulan lagi.

Samy Vellu mengesahkan bahawa timbalannya Datuk G. Palanivel akan menggantikan beliau untuk mengepalai MIC.

“Beliau akan jadi Presiden dalam tempoh 13 atau 14 bulan lagi.

“Apabila beliau jadi Presiden, beliau boleh pilih siapa calon disukainya untuk bertanding dan berpeluang memilih kawasan yang baik untuk dirinya sendiri,” kata beliau seperti dipetik madia hari ini.

Samy Vellu berkongsi pendiriannya ini pada hari Palanivel sah digugurkan dari tiket bertanding kerusi Parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya kecil ini.

Beliau sebelum ini pernah disebut-sebut akan meninggalkan parti dalam tempoh setahun sejak pemilihan tahun lalu.

Malah laporan awal tahun lalu menyebut beliau akan melepaskan jawatan itu sebaik selepas pemilihan September lepas.

Beliau juga dikatakan akan pergi bercuti awal tahun ini untuk memberi peluang kepada Palanivel tetapi menangguhkannya atas alasan masih ada banyak perkara yang perlu dilakukan.

Samy Vellu dan Palanivel merupakan antara enam calon MIC kalah dalam pilihan raya umum 2008.

Palanivel, wakil rakyat Hulu Selangor sejak 1990 tetapi tewas dua tahun lalu digantikan oleh Ketua Penerangan MIC P. Kamalanathan untuk membawa cabaran BN.Erapakatan

Zaid Ibrahim Kaya Tapi Tidak Berbohong.


MEMANG benar calon PR Dato' Zaid kehidupannya tentu lebih selesa sedikit daripada Adun PAS Manek Urai yang dahulunya seorang penjaja atau pemborong ikan. Lumrah manusia, ada yang kaya dan ada yang miskin tetapi kekayaan Dato' Zaid seperti yang mereka perkatakan tidak sampai sehingga tersenarai 10 terkaya di Malaysia. Siapa jutawan Melayu yang tersenarai di dalam 10 terkaya itu? Jika hendak tahu tanyalah Najib kerana saudara sedarah sedagingnya ada di senaraikan.

Masalah apanya jika si kaya atau si miskin menjadi calon untuk memperjuangkan rakyat? Apa yang penting mereka tidak menambahkan kekayaannya atau memakan hasil dari sumber yang haram, mencekik darah rakyat atau mementingkan diri sendiri.