KUALA LUMPUR : "Muhyidin Yasin telah berbohong kepada penduduk Hulu Selangor.
"Beliau dengan tegas sebelum ini berkata akan menamakan anak tempatan sebagai calon Barisan Nasional (BN) di Hulu Selangor," kata Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim dalam blognya.
Muhyidin telah menaburkan janji palsu kepada semua penyokongnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Hulu Selangor dengan berjanji untuk memilih anak tempatan untuk mewakili BN pada PRK kali ini.
Menurut Khalil, Muhyidin telah membuat janji palsu ini ketika bercakap kepada penduduk Sungai Buaya, Hulu Selangor dan telah disiarkan oleh media Umno sendiri pada isnin lalu.
"Tetapi, kelmarin beliau mengumumkan seorang penduduk Rawang dari bahagian Selayang, Selangor iaitu P Kamalanatahan sebagai calon BN di Hulu Selangor," jelas beliau.
Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong ekoran kematian penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada Parti Keadilan Rakyat pada 25 Mac.
Pencalonan akan diadakan di Kuala Kubu Baru pada Sabtu ini.

TS Muhyiddin telah memberi tamparan hebat di muka Samy Vellu dengan menolak calon anak emasnya, G. Palanivel bagi PRK Hulu Selangor. Imej Samy dan Palanivel kini tercalar. bagi pengundi majoriti Hulu Selangor, mereka masih tidak dapat maaf Muhyiddin kerana tidak memilih anak tempatan selepas Najib menolak UMNO untuk bertanding di kawasan itu. Pengundi akan memberi tamparan paling hebat kepada Muhyiddin pada 25 April ini dengan menolak calon pilihannya khasnya dan BN amnya. Pada masa itu. Samy Vellu dan Palanivel akan ketawa besar, BN kalah, MIC dapat jawatan Senator dan Timbalan Menteri. UMNO dapat habuk saja. Hidup UMNO. Hidup Umno, Hidup Umno.
BalasPadamMatt Piah Batang Kali