Khamis, 25 Februari 2010

Pesuruhjaya Tinggi Maldives kunjungi Tok Guru Nik Aziz

KOTA BHARU, 25 Feb: Biar pun dipinggir kerajaan pusat kerana diperintah pembangkang, namun bagi negara luar ia menjadi sesuatu yang menarik untuk mengenali lebih dekat pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Maka tidak hairanlah duta-duta dan Pesuruhjaya Tinggi negara asing sering mengunjungi negeri pakatan termasuk Kelantan untuk mendapatkan gambaran lebih jelas.

Dan hari ini Pesuruhjaya Tinggi Maldives ke Malaysia, Mohammed Zaki dan isteri, Nazima Asir mengunjungi Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kediaman rasminya di JKR 10.

PAS Bangunkan Markas Tarbiyyah Sebagai Kolej Universiti


KUALA LUMPUR: Tapak markas tarbiyyah PAS di Taman Melewar, Gombak akan dibangunkan semula sebagai institusi pengajian tinggi yang menawarkan kursus bagi memenuhi keperluan industri negara, kata Naib Presidennya, Salahuddin Ayub.
Beliau berkata, penubuhan "Kolej Universiti Prof Dr Zulkifli Mohamad" itu mendapat persetujuan PAS pusat dan boleh membuat pengambilan pertama pelajar pada pertengahan tahun ini selepas kurikulumnya diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
"Pembinaan institut itu menelan belanja hampir RM2 juta dan ditampung oleh wang sumbangan orang ramai dan dermawan," katanya ketika melawat tapak kolej universiti itu yang sedang giat dibina, hari ini.
Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad berkata, Majlis Pendidikan PAS Pusat kini dalam proses mengemas kini kurikulum institut itu.
"Kita mahukan kursus-kursus yang ditawarkan adalah lebih menjurus kepada kursus-kursus keperluan industri dan bukannya kursus tradisi. Mengenai kelayakan, jika kursus kita menepati syarat-syarat saya rasa tiada masalah," katanya. - BERNAMA

Saya pernah diugut polis supaya mengaku diliwat Anwar-Azmin Ali

MACHANG, 25 Feb: “Saya pernah diugut polis supaya mengaku pernah diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditahan pada 16 September 1998," kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali.
 “Pegawai polis meminta saya menandatangani surat mengakui diliwat. Saya diugut akan ditahan di bawah ISA selama 20 tahun kalau tidak mahu menurut kehendak mereka,” katanya pada ceramah isu semasa di padang Majlis Daerah Machang malam tadi.
Menurutnya, beliau tidak sanggup untuk menurut kehendak mereka sehingga didera begitu rupa ketika dalam tahanan.
Malah katanya, ketika itu dua lagi kenalan rapat dengan Anwar iaitu Dr Munawar dan Sukma juga diminta membuat pengakuan serupa bagi mengaibkan bekas Timbalan Perdana Menteri terbabit.
Menurutnya, beliau hanya dibebaskan Mahkamah Tinggi kemudiannya selepas didapati tahanannya dilakukan secara salah.

MAIS Buat Laporan Polis P Gunasegaram dan SIS




Majlis Agama Islam Selangor (Mais) hari ini membuat laporan polis terhadap editor urusan akhbar The Star, P Gunasegaram dan Sister in Islam (SIS) yang didakwa membuat kenyataan yang menyentuh bidangkuasa raja-raja Melayu, urusan agama Islam dan hukum Syarak dan sensitiviti umat Islam.

Laporan tersebut oleh setiausaha Mais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi di ibupejabat polis Shah Alam di seksyen 11.Malaysiakini

Zambry Saman W.Azizah RM 100 Juta


IPOH 25 Feb. – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir hari ini memfail saman fitnah menuntut ganti rugi RM100 juta terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali; dan dua yang lain ekoran penerbitan artikel berbaur fitnah di dalam akhbar PKR, Suara Keadilan pada Disember tahun lalu.

Idola: Ambil perhatian teguran Wardina



Pertubuhan Jamaah Islah (JIM) menyokong sepenuhnya saranan pelakon, pengacara dan personaliti TV, Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot agar masyarakat khususnya golongan remaja hari ini tidak terlalu ghairah menjadikan artis dan selebriti sebagai ikon atau idola untuk dicontohi.
Beliau dilaporkan mengemukakan saranan tersebut ketika menjadi salah seorang ahli panel yang mengupas tajuk 'Selebriti sebagai Ikon Masyarakat’ dalam program bual bicara anjuran Kerajaan Negeri Kelantan di Kota Bharu minggu lepas.
Menurut beliau juga, dunia artis serta hiburan lebih banyak dipenuhi dengan keburukan daripada kebaikan dan hanya bersandarkan keseronokan.
JIM menyedari bukanlah mudah bagi Wardina membuat pendedahan sebegitu, yang tentunya akan menimbulkan pelbagai reaksi daripada banyak pihak. Wardina telah memilih untuk menyatakan kebenaran dan tidak berselindung di sebalik kepalsuan,  sekaligus menunjukkan dia adalah seorang yang berfikiran matang dan mempunyai tanggungjawab sosial yang tinggi terhadap masyarakatnya.

“Rais Yatim tidak berhak persoal jawatan saya”-Anwar

SHAH ALAM - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim tidak berhak untuk mempersoalkan kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen berikutan kes liwat yang dihadapi beliau.

Menurutnya, semua pertimbangan bagi jawatan itu hanya boleh diputuskan oleh pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan bukannya Rais mahupun pemimpin Barisan Nasional (BN).

“Tugas dan bidang kuasa Rais hanyalah tertumpu kepada stesen Radio Televisyen Malaysia milik Kerajaan Pusat, bukannya mengambil peranan menentukan jawatan politik individu lain.

“Kalau dia tanya saya, saya nak tanya dia pula, layak atau tidak dia menjadi Menteri Penerangan? Kalau dia fikir dengan kuasa yang ada dia boleh aturkan semua di negara ini, minta dia aturkan RTM dulu,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Semarak Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) di sini, kelmarin.

Senyuman Janazah Aktivis HAMAS Dibunuh Agen Mossad

by USTNIK

"Mahmud Mabhuh, aktivis HAMAS yang dibunuh agen Mossad di Dubai ditunjukkan gambarnya dalam keadaan senyum. (artikel dahulu). Cara pembunuhannya seperti filem Hollywood atau Bollywood seperti cerita di bawah.


Yahudi dan agen Yahudi dikenali semenjak lama sebelum Nabi Muhammad SAW sebagai bangsa jahat. Mereka membunuh Nabi dan pengikut Nabi. Nabi Muhammad SAW sendiri pernah hendak diassasinate oleh Yahudi dengan mencampakkan batu besar dari atas rumah tempat Nabi SAW berteduh. Allah mengkhabarkannya kepada Baginda melalui Jibril as. Sheikh Ahmad Yaasin berderai kepalanya akibat peluru berpandu dari Apache.

Serpihan darah dan daging memenuhi jalan dan dinding rumah. Tetapi wajahnya seakan tersenyum ‘menerima akibat’ dari sebuah jihad. Isteri saya ngeri apabila melihat wajah mayat-mayat yang mati secara ngeri, tetapi tidak wajah Sheikh Ahmad Yaasin. Para syuhada Palestin ramai yang wajahnya demikian. Barangkali inilah yang disebut oleh Nabi SAW, mafhumnya: ‘Sesiapa yang kasih bertemu Allah, Allah kasih bertemunya’. (kuliah audio)
Cara Mossad bunuh Mahmoud
mossad ikut
GAMBAR rakaman kamera litar tertutup menunjukkan Mahmoud (dalam bulatan) diekori oleh dua pembunuhnya di Hotel Al Bustan Rotana, Dubai pada Januari lalu.
baca artikel penuh...di sini.



Sisi lain dari ketokohan MB Tan Sri Khalid Ibrahim


Oleh Dinsman
Selepas lebih satu jam bersama dengan Tan Sri Khalid Ibrahim dalam satu sesi wawancara untuk Harakah, 22 Februari, di tingkat 21 bangunan SUK, Shah Alam, saya fikir ada banyak perkara lagi mengenai beliau dan dasar serta pendekatan pentadbirannya yang patut dan perlu diketahui oleh rakyat Malaysia, khasnya rakyat Selangor.
Ada beberapa sebab mengapa saya kata begitu. Pertama, sebelum ini saya kerap juga mendengar orang merungut atau komplen tidak bersetuju dengan cara dan pendekatan pentadbiran yang dijalankan oleh beliau selaku Menteri Besar Selangor. Dan rungutan serta komplen yang saya dengar itu bukannya daripada mulut orang Umno/BN atau mulut orang kampung di Sabak Bernam atau di Dengkil, tetapi daripada mulut orang yang ada jawatan dalam kerajaan dan dalam parti KeAdilan sendiri.
 Kata mereka Tan Sri Khalid cuba membawa cara pentadbiran korporat ke dalam pentadbiran kerajaan negeri. “Dia nak buat kerajaan Selangor macam dia pernah buat dengan syarikat Guthrie dia dulu, mana boleh! Ini politik, kenalah buat cara politik,” kata mereka.

Video & Gambar : Demo Orang Asli Di Gombak





Sekumpulan 30 Orang Asli menyertai perhimpunan di depan Hospital Orang Asli Gombak tengah hari ini kerana membantah apa yang mereka dakwa salah guna kuasa oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), melibatkan layanan hospital seliaan jabatan itu.

Dalam satu petisyen berkaitan perkara itu, hospital di bawah seliaan jabatan berkenaan didakwa melakukan penganiayaan kepada masyarakat berkenaan.Mkini