Khamis, 25 Februari 2010

Pesuruhjaya Tinggi Maldives kunjungi Tok Guru Nik Aziz

KOTA BHARU, 25 Feb: Biar pun dipinggir kerajaan pusat kerana diperintah pembangkang, namun bagi negara luar ia menjadi sesuatu yang menarik untuk mengenali lebih dekat pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Maka tidak hairanlah duta-duta dan Pesuruhjaya Tinggi negara asing sering mengunjungi negeri pakatan termasuk Kelantan untuk mendapatkan gambaran lebih jelas.

Dan hari ini Pesuruhjaya Tinggi Maldives ke Malaysia, Mohammed Zaki dan isteri, Nazima Asir mengunjungi Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kediaman rasminya di JKR 10.


Kelantan merupakan negeri kedua selepas Selangor dikunjunginya dalam rangka lawatan rasmi ke seluruh negara.

Turut hadir pada pertemuan itu isteri Menteri Besar, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Che Abdullah Md Nawi, Abdul Fattah Mahmood, Dr Mohd Fadzli Hassan dan Wan Ubaidah Omar.

Mohammed berkata, beliau mengunjungi Kelantan untuk melihat sesuatu yang istimewa di negeri ini khususnya sektor pertanian untuk dikongsi dengan rakyat di negaranya.

“Semoga dengan pertemuan ini akan saling mendapat manfaat daripadanya, insyaAllah,” katanya.

Beliau dan isteri serta rombongan turut menikmati jamuan tengahari bersama Menteri Besar dan anggota Exco.Hrkh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan