SHAH ALAM - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim tidak berhak untuk mempersoalkan kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen berikutan kes liwat yang dihadapi beliau.
Menurutnya, semua pertimbangan bagi jawatan itu hanya boleh diputuskan oleh pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan bukannya Rais mahupun pemimpin Barisan Nasional (BN).
“Tugas dan bidang kuasa Rais hanyalah tertumpu kepada stesen Radio Televisyen Malaysia milik Kerajaan Pusat, bukannya mengambil peranan menentukan jawatan politik individu lain.
“Kalau dia tanya saya, saya nak tanya dia pula, layak atau tidak dia menjadi Menteri Penerangan? Kalau dia fikir dengan kuasa yang ada dia boleh aturkan semua di negara ini, minta dia aturkan RTM dulu,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Semarak Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) di sini, kelmarin.

Sementara itu, ketika dalam ucapannya, Anwar berharap perbicaraan kes liwat keduanya di mahkamah tidak 'mengganggu' tugasnya sebagai penasihat ekonomi Selangor untuk memberikan lebih perhatian terhadap negeri itu.
Menurutnya, beliau sentiasa berdoa supaya ujian terhadapnya dapat dipermudahkan oleh Allah.
“Kalau saya tidak diganggu banyak di mahkamah, saya dapat tumpukan perhatian lebih banyak di Selangor kerana sekarang ini masih banyak fitnah dan khianat dilemparkan terhadap saya,” katanya.
Sebelum ini, Dr Rais berkata, beliau bersetuju dengan pendapat beberapa pihak supaya Anwar melepaskan jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen berikutan pertuduhan liwat yang dihadapinya itu.SH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan