Usrah Mingguan minggu ini di adakan di rumah ambo he..he..Kebetulan pulak naqib kami tidak dapat hadir. Tak seronoklah camni,tapi takpolah Usrah tetap di teruskan seperti biasa.Mungkin pembaca dah jemu, asyik2 Usrah Beris Pak Abu. Tapi maaflah ye doh ambo anak Kg Beris Pak Abu,nak buat camno.Sebagai warga yang berpegang pada prinsip di mana bumi di pijak,di situ langit(bulan) di junjung, menjadi tanggungjawab Ambo mengwar warkan segala kegiatan di Cawangan Ambo. Bukan nok nyoho(bermegah megah)tapi sekadar berkongsi pengalaman dengan semua pembaca yang tak jemu2 menyelusuri blog Ambo.Lagipun anak2 Beris Pak Abu di perantauan nak sangat tahu segala kegiatan di Kg mereka.Hilang juga rindu kat kampung katanya,entahla belalang he..he..Blog ini di hasilkan pun hasil dari idea ambo dalam Usrah,takkan tak nak cerita hal Usrah,tak baik la camtu betul tak.
Berbalik pada Usrah minggu ini,seperti biasa bermula dengan tahlil ringkas. Sesi pembacaan dibatalkan untuk memberi ruang yang lebih panjang pada Isu Semasa,nape ye? tak sebenarnya Beris Pak Abu sekali lagi di beri penghormatan sebagai tuan rumah Majlis Ceramah Umum anjuran Pas Kaw. Besut. Jadi perbincangan malam ini lebih menjurus kepada persiapan mengadakan ceramah tersebut.Ketua Penerangan Pas Kaw. Besut,Ust Syukri turut hadir memberi penerangan berkaitan ceramah yang akan di adakan.Hasil dari perbincangan akhirnya kami bersetuju melantik Ambo(Ketua pungutan Derma), Saperi Muda(Hidangan Penceramah danPersiapan Pentas)),Kamaruddin Yaakub(Ketua Gerai), Ismail Mat Ali(Ketua Pemasangan Bendera),Zaidi Said (Ketua Poster) dan yang lainnya akan turut bekerjasama menjayakan majlis ini. Kami juga bersetuju untuk bergotong royong menyediakan tampat pada Jumaat 23/10/2009.
P/S:Minggu depan Usrah di rumah Hj Said Husin.
SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan