Ahad, 25 Oktober 2009

Cadangan EGM Mursyidul Am,ahli di minta bertenang





KEMAMAN
– Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad
meminta supaya ahli
dan penyokong PAS supaya bertenang dan tidak mengeluarkan sebarang komen berhubung dengan saranan mengadakan Muktamar Khas oleh Mursyidul Am, Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata, perkara tersebut InsyaAllah akan diselesaikan dengan seberapa segera, melalui pendekatan lazim yang diambil oleh PAS secara musyawarah, muzakarah atau pertemuan dari hati ke hati.

”Saya mengharapkan supaya semua ahli-ahli diperingkat bawah dan pimpinan diminta bertenang, InsyaAllah perkara ini kita ak
an dahttp://www.buletinonline.net/images/stories/Berita12/idrisahmad.jpgpat diselesaikan tidak berapa lama lagi melalui konsep secara lazim yang kita lakukan,

”berdasarkan kepada pertemuan, muzakarah dan berbincang dari hati ke hati, dan InsyaAllah perkara ini akan diselsaikan dengan baik,”katanya yang ditemui ketika menghadiri satu program penerangan, di Chukai, dekat sini, semalam, 24 Oktober.

Beliau turut menyeru supaya sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak kepada media diharap tidak akan mengeruhkan lagi suasana dan keadaan.

Katanya, beliau yakin dengan kekuatan dan kebijaksanaan serta konsep ‘berlapang dada’ yang ada pada pimpinan PAS akan dapat menguruskan sebarang krisis sebagaimana yang pernah berlaku sebelum ini.

”Kita penuh yakin kerana kekuatan yang ada pada pimpinan PAS didalam mengatasi pelbagai krisis (sebelum ini) kita berjaya, yang mana ketika menghadapi (isu) ‘Unity Government’ (sedikit masa) dulu,

”kita (dapat) lihat bagaimana suasana yang agak (meruncing seolah-olah) politik dalam PAS ini telah ‘bergoncang’,

”tapi AlhamduliLlah dengan kebijaksanaan, dengan konsep berlapang dada, dan juga konsep musyawarah yang dilakukan kepimpinan kita (PAS), AlhamduliLlah pekara itu dapat diselesaikan dengan baik,”jelasnya.

Menurutnya, tindakan segera yang akan diambil PAS adalah mengaturkan satu pertemuan diantara Mursyidul Am dengan kepimpinan tertinggi bagi mendengar sendiri apakah sebenarnya hasrat hati beliau.

”InsyaAllah kita akan bertemu dengan Tok Guru (Nik Aziz) sendiri, untuk (mendengar) dan berbincang apakah maksud hasrat dihatinya dan pandangan-pandangan yang kita perlukan (daripada) beliau,”ujarnya.

Katanya, beliau yakin dengan kaedah pertemuan tersebut dan percaya, semua pihak akan dapat menerimanya dengan baik.BO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan