Sabtu, 22 Ogos 2009

Zamri lawan Nizar:Rohaizat dan Yusri perlu bersemuka-Mahfuz






BUKIT MERTAJAM - Pas mencadangkan calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman dan bekas rakan kongsi firma guamannya, Yusri Isahak bersemuka dan menjelaskan isu mereka secara terbuka kepada masyarakat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.

Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, parti itu bersedia untuk menyediakan pentas bagi tujuan itu supaya rakyat dapat menimbangkan siapa yang sebenarnya betul atau salah.

“Kalau kedua-dua pihak bersetuju untuk bersemuka dan memperjelaskan secara terbuka apa yang berlaku dalam syarikat guaman yang pernah mereka miliki satu ketika dulu, kita (Pas) sedia tawarkan pentas.

“Penjelasan itu untuk beri satu keyakinan kepada masyarakat dan rakyat apa sebenarnya yang berlaku dan menimbangkan siapa yang sebenarnya betul,” katanya pada sidang akhbar di Markas Besar Pas Permatang Pasir di sini, semalam.

Semalam, Yusri mendakwa beliau telah dijadikan kambing hitam dalam isu pembatalan lesen guaman sivil Rohaizat.

Sementara itu, Mahfuz berkata, Pas tidak sama sekali menyerang peribadi calon BN itu dan menafikan tuduhan kononnya Pas membangkitkan isu berkenaan untuk dijadikan isu politik.

“Kita tidak mengaibkan orang kerana kita mengemukakan bukti yang sebenarnya dan rakyat di Permatang Pasir perlu tahu perkara sebenar kerana mereka berhak memilih calon yang baik,” katanya dan menurutnya media baru seperti blog dan laman web yang memulakan perkara itu. sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan